Living my Lifetime

This is story 'bout me, ::just a simple life like others .. i guess:: My name is Hiffi, but people call me Epi. me? .. patient and reliable, warmhearted and loving, persistent and determined, placid and security loving, jealous and possessive, resentful and inflexible, self-indulgent and greedy person .. that was people said ..

In my life, there is so many people check in and out like a hotel's life ::people come people out:: but i still love them. me? adores comfort and likes being surrounded by pleasing, soothing things.

p/s obviously, i love my self .. too

::saya tinggal di kawasan ini .. apartment synergy advanced a.k.a rumah atas kedai. haha::

In my free time, i love to chill' myself .. hangout with buddies, eat, lepaking and photoshoot ..

.. watching movie .. epic movie, country movie, romance and ALL .. i dun like seram sejok movie .. lol ..

.. yeah opkos shopping ya~

.. singing .. i love to express my self at karaoke center .. my favorite song to sing is Sebelum Cahaya by Letto .. hahaha!

~fashion is my passion~

.. i love to surfing .. chatting with buddies, laughing and gossippink .. i'm faithful and generous friend with a great capacity for affection but don't add me with your KPOP face please ::i hate fake people:: just be yourself okay ..

::music is my life .. no music no life:: country song, pop jazz, rnb .. pendek kata ALL la .. layan!

.. sometimes ::OUT OF ORDER:: so please Q up .. LOL

.. aku ni muka nampak inosen tapi badan penuh tatoo .. kadang2 telebih jiwang ..

well .. i love my self .. i love you too .. i don't care what people say and what people think .. i know what's right ..

.. to be continued ..

Cari Makan Sana Sini

HAI HAI HAI .. selamat kita bertemu kembali dalam rancangan Cari Makan Sana Sini bersama saya host anda. Encik H (bukan nama sebenar) wakakaka .. suka makan? jum join saya. kita makan sampai pengsan. my bff, check it out, mana tau ada pix korang.

Lokasi : Burger King, KLCC

Lokasi : My Mamak, Kuching

Lokasi : Basaga, Kuching

Lokasi : Mc'd, Kuching

Lokasi : Gerai Makan Sematan, Kuching

Lokasi : Madam Tang, Kuching

Lokasi : D11, Kuching

Lokasi : Food Court Warisan Seni, Sabah

Lokasi : Kedai Nasi Ayam, Bukit Bintang

Lokasi : The Chicken Rice Shop, BTS

Lokasi : Look Up Point, KL

Lokasi : Food Court Midvalley

Lokasi : Heritage, Kuching

Lokasi : Waterfront, Kuching

Lokasi : Seven On Seven, Matang Kuching

Mari Memasak d' Hujung Minggu

Hujung minggu selalunya orang merancang pelbagai aktiviti bersama teman, keluarga dan yang tersayang. seperti juga aku, ada yang menonton wayang, jalan-jalan, bersukan, mandi-manda dan pelbagai lagi. kadang-kala bila asyik bekerja, jadi waktu beginilah diluangkan masa untuk berehat sepanjang hari. bila dah takda keja, terasa bosan pulak kan. jadi, aku rasa nak memasak pulak. walaupun aku ni sangat tak reti nak masak, tapi cuba-cuba sajalah .. sekadar menghabiskan masa yang terluang, kan? nah .. inilah dia menu yang selalu aku masak bersama housemate.

::ni time kat Sabah, seafood memang murah tak hengat la kat sana .. apa lagi ! saya memang suka makan seafood::

::ni time Krismas tahun lepas, me and my "apai bujang" masak ketam, terbaek la::

::chef yang bertugas::

::sayur kacang masak dengan cili kering dan "spare-part" ayam, memang taste sangat2::

::ayam masak kicap, dulu tak pandai sangat nak buat, sekarang dah jadi kepakaran katanyer, jangan lupa tambah rempah ratus yerrr::

::makanan eksotik orang Sarawak, ikan terubok masin goreng begitu saja, cecah dengan cili dan limau, perghhh makan lagi dengan nasi panas::

:: ini juga makanan asli dari Sarawak, sayur MIDIN, sangat menyelerakan masak dengan tumis belacan::

::ayam goreng, kari ayam .. sedap bila orang bujang yang masak, simple dan sedap .. kot!::

::masakan kat kampung, "undai" masak kering, sedap!::

::nak memasak, kena la sediakan bahan-bahan seperti di atas dulu yer. hehehehe::

My Second Tattoo - wave -



Title >> The Wave
Duration of making >> 3 hours
Tattoo Maker >> Bro Eric_71st skin slavery

A Story About Gawai

GAWAI DAYAK - more than festival celebration. it's tradition of cultural, spirit of ritual and authentication of costume.

Seperti tahun-tahun yang sudah, perayaan gawai menjadi salah satu hari yang amat dinanti-nantikan bagi suku kaum Iban terutamanya di bahagian Kapit, Sarawak. Yang tinggal di bandar semuanya pasti tak sabar nak balik kampung untuk meraikan festival itu bersama keluarga tercinta. Memandangkan hanya jalan air menjadi penghubung utama, orang ramai menggunakan perahu panjang ataupun bot express untuk sampai ke destinasi rumah panjang masing-masing.


Bagi penduduk kampung Rumah Sumbang Nanga Selaut, kerjasama yang erat dalam pelbagai hal sentiasa dititikberatkan, yang lelaki mencari bahan makanan dari hutan untuk dibuat jamuan bersama keluarga. Tahun ini, umbut kelapa dijadikan menu utama seisi keluarga. Binatang ternakan disembelih untuk hidangan kepada para tetamu yang datang.


Menjelangnya awal pagi 31 mei, tawak akan dimainkan bagi menandakan bermulanya festival Gawai. Dengan alunan yang bersahaja penduduk kampung mengetahui persiapan untuk meraikan Gawai harus disediakan selengkap-lengkapnya.

Adat Teresang Tinggi merupakan upacara yang meriah dan penuh dengan istiadat. Terlebih dahulu teresang akan didirikan dengan menggunakan buluh, apabila selesai, semua ahli keluarga akan duduk di tanju rumah panjang untuk mendapatkan berkat dari mereka yang mengetuai adat bacaan doa khas Biau. Piring yang telah siap akan diletakkan pada atas teresang oleh pemilik piring yang telah diberkati.



Bagi kaum belia dan wanita pula, persiapan ranyai dilakukan dengan meriah dan penuh kegembiraan, sebatang pokok (biasanya pokok pisang) akan didirikan di tengah diruai rumah panjang serta digantung dengan makanan dan minuman sebagai tanda tapak utama sambutan Hari Gawai Dayak.

Ketika sambutan Gawai juga, diadakan majlis sambutan kelahiran. Dikunjungi oleh hampir semua ahli rumah panjang, nyata sikap perpaduan dan kemesraan penduduk seperti Satu Malaysia, Satu Keluarga.

Malam semakin menjelang, piring yang terdiri daripada telur, bertih, pulut dan banyak lagi bahan persembahan akan dibawa ke ruai dan disusun sebelum datangnya tetamu untuk memberkati piring tersebut dengan adat Biau. Setiap pintu bilik akan menyediakan piring masing-masing dan dimulakan dari pintu pertama hingga yang terakhir. Aktiviti ini dilakukan sehinggalah larut malam.


Tepat jam 12, "ai pengayu" akan diberikan kepada setiap ahli keluarga dan bermulalah aktiviti kunjung mengunjungi antara warga rumah panjang. Ranyai yang didirikan pada siang hari akan mula "ditebang" dan tarian ngajat lelaki dan wanita dipersembahkan mengelilingi ranyai.

Majlis perkahwinan juga merupakan upacara yang selalunya diadakan ketika hari Gawai. Mengenakan persalinan lengkap pakaian Iban, pastinya pasangan pengantin tampak secocok dan serasi bersama. Dalam pada itu, orang kampung yang turut hadir akan berseronok dengan menikmati makanan yang disediakan sambil menarikan pelbagai tarian yang kadang kala mencuit perasaan. Tua dan muda semuanya bersukaria hingga ke penamat majlis. Selamat Hari Gawai dayak 2011 !

p/s Sambutan Gawai tahun ini adalah yang paling seronok diadakan di kampung saya !