Rasanya dah seminggu lebih aku memulakan tugasan sebagai jurutera on-site untuk sistem tele-primary care. meninggalkan kerjaya lama sebagai editor mungkin keputusan yang luar biasa yang pernah aku buat, dan mungkin juga takdir yang telah ditentukan untuk aku jalani. biasalah, kadang-kadang betul gak cakap orang, hidup suatu perjudian. umpama berjalan dalam gelap. tak tau yang mana satu, mujurlah diciptakan suluh untuk menerangi kegelapan. apala aku merapu ni. tapi apa yang penting, aku happy dan selesa dengan kerjaya baru aku. nak lupakan sekejap kesibukan dunia penerbitan. sekarang ni nak fokus betul2 dan menggapai kejayaan. lepas ni takda la aku khabarkan tentang penggambaran dan skrip2 baru yang aku siapkan.
Kerja baru ni cukup mencabar kesabaran, ketelitian dan kemahiran aku. dengan basic database yang pelajari masa kat kolej dan pengetahuan umum yang ada, aku mula belajar dengan penuh dedikasi dan focus setiap praktikal yang bos aku bagi. syukur la bos aku seorang yang cukup expert dan mengetahui segala sesuatu pasal sistem TPC. rakan sekerja yang ala2 gila2 memberikan suasana kerja yang cukup selesa dan takla tensen2 sgt. tapi sekarang ni ada masalah kecil dengan user sistem TPC (doktor2 dan nurse2 dan segala sesuatu staff yang berkait rapat ngan dunia perubatan). macam2 karenah yang ditemui sepanjang kerjaya. ni belum lagi, baru seminggu. dah lama2 nanti tak tau lagi la camana, silap2 haribulan, aku yang masuk wad psikiatrik.
Tapi, aku suka la ngan keja baru ni. satu sebab aku dapat online bilamasa aku suka, sebab keja mmg memerlukan kami untuk berkomunikasi secara web terutamanya ngan staff dari HQ. kedua sebab aku dapat berjumpa ngan masyarakat luar terutamanya patient2 yang dari pelbagai site. ketiga sebab aku banyak travelling nanti. pegi ke serata malaysia, insyaallah kalau ada rezeki. hehe. ok la .. bz sikit ni (chewahh) .. kalau ada apa2 yang grand aku report lagi la yerrr .. salam 1malaysia.