
SERVE : Love Lent Project 2012


How Will This Lent Be Different For You?
Start : March 18, '12 6am
End : March 18, '12 3pm
Location : Parish Gallery (St.Joseph's Cathedral) | St.Mark's Church Hall (Batu Kawa) & Kampung Kudei Lama (Jalan Nanas Barat)

Empowered Ministry in partnership with the Society of St.Vincent de Paul (SSVP) invites all families and interested individuals to be part of this year's SERVE : Love Lent Project 2012. We will be preparing and serving lunch to (approximately) 500 urban poor (individuals and families), including the under-priviledged SSVP adoptees. Meals will be prepared at the food preparation centre (outdoor kitchen) : St.Joseph's Cathedral, Parish Gallery; and distribution centres : St.Mark's Church Hall (Batu Kawa) & Kampung Kudei Lama (Jalan Nanas Barat)
Be a part of the SERVE:LOVE Team Today!
Make a Difference & Change Lives as Disciples of the Word in Communion for Mission.

Ambal eksotik dari Sarawak


Siput buluh atau siput pahat-pahat adalah sejenis haiwan bercengkerang yang banyak terdapat di kawasan pantai terutamanya di Kampung Buntal Sarawak. Bagi penduduk tempatan ia dikenali sebagai Ambal dan menjadi makanan kegemaran bagi orang kampung mahupun yang datang berkunjung. Ambal biasanya mudah diperolehi di kawasan pantai berlumpur terutama di Negeri Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak. Menariknya, spesies siput buluh ini turut terdapat di California Amerika Syarikat, China dan Hong Kong.

Di Sarawak, musim Ambal dikatakan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya namun paling banyak didapati pada November dan Disember. Lazimnya Ambal di Sarawak dijual antara RM12 dan RM18 sekilogram, bergantung kepada musim dan jenis seperti Ambal Puis dan Ambal Kapur. Malah, apabila dipasarkan ke bahagian lain di Sarawak, harganya mampu melambung naik sehingga RM25 sekilogram.


# bahan yang digunakan untuk menangkap Ambal [kredit kepada hantujeraul.blogspot.com]

Begitupun, Ambal kian diancam kepupusan berikutan perubahan alam sekitar dan tiada usaha untuk menternaknya secara komersil. Penyelidikan yang dilakukan Universiti Malaysia Sarawak di Asajaya misalnya menunjukkan penurunan dari 6,768 ekor Ambal perhektar pada tahun 2005 kepada 4,868 perhektar pada tahun 2006. Menerusi kajian yang sama, kumpulan penyelidik berkenaan cuba menghasilkan benih Ambal selaras dengan matlamat memulihara spesies berharga tersebut. Kejayaan menternak Ambal akan menjadi suatu kejayaan yang sangat besar buat Sarawak khususnya dalam sektor akuakultur sekaligus menjamin bekalan berterusan bagi memenuhi permintaan Ambal yang semakin meningkat.

Resipi masakan Ambal sememangnya digemari penduduk tempatan yang diakui sedap, berlemak dan mempunyai khasiat yang tersendiri kerana nilai protein yang terkandung didalamnya. Pelbagai hidangan boleh dihasilkan berasaskan Ambal termasuklah masak kari, rebus mahupun masak tumis bagi yang menggemari masakan pedas. Penyediaannya agak senang kerana hanya perlu membersihkan Ambal dari sisa-sisa pasir dan kotoran lain kemudian bolehlah terus di masak mengikut selera masing-masing. Anda boleh memasak Ambal bersama cengkerang ataupun menanggalkannya mengikut kesesuaian resipi yang disediakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)