my passion~

ini adalah salah satu montaj yang aku buat dalam projek Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2008 yang lepas. dekat seminggu lebih aku bersengkang mata bekerja siang malam untuk siapkan semua grafik untuk projek ni. dari montaj, teaser, audio mixing, visual editing n mastering semuanya aku kene complete before on air. dan aku puas hati .. cukup puas hati kerana setidak-tidaknya aku memberi lembaran baru untuk rtm sarawak dari segi grafik. dan aku pun terima respon yang cukup baik dari audiens tak kira yg pakar ataupun penonton biasa. namun bagi aku, ini adalah percubaan pertama yang boleh buat aku berbangga walaupun masih banyak lagi yang perlu dipelajari terutamanya dari segi motion n action. untuk montaj ni aku gunakan 3 rangkaian software iaitu Final Cut Pro, Motion dan LiveType ..

*kualiti video kurang memuaskan. harap maaf*

paris.lady.brit.chris^im serious^

Berikut adalah beberapa perkara lucu & ganas yang harus dikenang sampai bila-bila. vers."aku skandal"

~jangan memandu dalam keadaan emosi yang berantakan. kene cool dan bertenang. nyawa penumpang di belakang sangat mahal. sebab mereka sangat comel dan tak bersalah.

~jangan membaling hp kearah kekasih anda, tetapi lemparkan ke luar kereta, supaya orang boleh mengambilnya. Hahahhahaha

~jangan menangis di khalayak ramai. kalau anda merasakan orang memandang dengan sebelah mata maksudnya wajah anda ketika itu sangat tidak comel. paling tidak!

~berenang sambil bergossip sangat menggembirakan dan lebih seronok dari makan ABC di SweeKang.

~makan kari ayam, kobis goreng dan telor di tepi pantai sama perasaannya bila anda pertama kali berjumpa skandal, sangat excited dan tidak mudah dilupain.

~mandi di pantai dengan menggunakan boxer sambil merasakan dirinya Paris Hilton bukanlah suatu dosa sebenarnya tetapi mungkin kawan anda akan mentertawakan. cemburu lar tuuuu ..

~anda dibenarkan bercakap dalam bahasa English jika hampir2 lemas, contoh yang terbaik ialah "i'm seious!"

~ada beberapa permainan tradisonal masyarakat kampung yang selalu dianjurkan di pantai antaranya duduk di bahu kawan dan saling pukul memukul dengan pihak lawan, berendam dalam air untuk mengenalpasti siapa yang paling lama (walaupun menipu); keretapi dalam air, "jerung" dan juga renang berirama!!!

~saat yang paling bahagia adalah bila anda mampu bersorak sambil melambai-lambaikan tangan apabila memenangi kesemua acara, tak kira kalah atau menang; yang penting "kamek suka"

~harus balik dari pantai sebelum maghrib atau senja berlalu ok.

~dalam perjalanan pulang anda haruslah menyanyi beramai-ramai walaupun tak tau lirik dan anda berhak menukar ke lirik anda sendiri. itu tak jadi masalah..polis tak akan menyaman anda!

~jangan sesekali bermain bowling selepas mandi pantai. tetapi jika kawan anda memaksa, nak buat camana, pegi ajerlah..

~sayangi kawan anda, seperti anda menyayangi kekasih anda, dan jangan berskandal, sangat berdosa walaupun sangat2 seronok!