inilah manusia!

Manusia adalah makhluk bernyawa dengan sifat yang sempurna untuk melihat, mendengar, merasa dan berfikir tentang seribu satu hal di dunia ini, memang mutlak jika dibandingkan dengan makhluk yang lain. Namun, manusia juga adalah anugerah alam yang paling sukar diduga perilakunya. Apa yang dikatakannya kemungkinan berlainan dengan apa yang dia lakukan. Ada manusia yang berpeluang melihat kebenaran tetapi dia menafikan dengan menyatakan pembohongan. Ada manusia yang mampu mendengar tetapi disampaikannya ternyata berlainan kepada orang lain. Ada manusia yang dapat merasa apa yang orang rasa, tapi hatinya busuk membiarkan rasa itu terbiar begitu sahaja. Ada manusia yang bijak berfikir. Tapi sayangnya dek kerana ego yang tinggi, akal fikirannya disalahguna.

Manusia pandai berkata-kata. Mulutnya manis dibibir tapi hatinya busuk dengan janji-janji kosongnya. "Lakonan"nya hebat hingga tiada cacat celanya. Gayanya buat orang simpati, jadi merana. Lebih parah bila dia pandai mengatur bicara dengan pujuk rayu yang buat kita lemah tertipu. Ada manusia tahu dia berbuat salah tapi bukan takut mengakui kesilapannya malah mengatakan dialah yang benar. Lebih perit lagi bila dia menyalahkan orang lain dengan kesalahannya. Ada lagi manusia yang lebih menakutkan, bila dia yang menjatuhkan hukuman untuk orang lain yang menjadi mangsa kesilapannya. Dan tiada apa yang lebih hina, bila manusia lain yang bijak berfikir, sempurna jiwa raganya turut mudah menjatuhkan hukuman pada orang lain, padahal dia tidak tahu hujung pangkal peristiwa. Itulah manusia. Jika dia baik, madu yang dia janjikan tapi jika dia jahat, racun yang dia tuangkan.

Ada manusia yang tidak dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri dan orang lain. Baginya dia lah yang pandai, dialah yang cerdik, dialah yang betul, dialah jawapan segala persoalan. Jika dihina, seribu amaran yang dia berikan. Jika dicerca, sumpah seranah hingga ke mati hasad dengkinya. Tapi jika dia menghina, semua kata-kata dusta dan celaka dari mulutnya bagaikan permata bagi dirinya. Tanpa memikirkan perasaan orang lain, dia bermegah dengan kebodohannya. Katanya dia pandai dan cerdik tapi dia tidak tahu, ada orang yang menganggapnya bodoh yang teramat sangat.

Inilah manusia. Kita takkan tahu apa jawapan untuk tindakannya. Apa yang penting, lihatlah pada pandangan positif dan teruskan laluanmu tanpa menoleh ke arah mereka yang bijak pandai yang bodoh. Maaflah andai terkasar bahasaku kerana aku juga hanyalah manusia biasa yang diciptakan dengan akal yang sempurna. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa diriku.

*petikan dari lagu Cerita Kedai Kopi*
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Setiap individu punya versi sendiri


*petikan dari lagu Alhamdulilah*
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,
ada melencong,ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya
ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan