Semua manusia ada perasaan cinta, benci, sayang, rindu, marah .. perasaan yang wujud tanpa paksaan, penuh kerelaan. Ia bukan sekadar pilihan tetapi pakej dalam kehidupan. Kadang2 sukar mengungkap perasaan apatah lagi bila fikiran jadi tak keruan dan pendirian kadang2 sukar dimengertikan. Dan kerana perasaan itulah kita mencintai orang lain, dan kerana rasa itu juga kita menyayangi, merindui dan rasa ingin memiliki si cinta hati. Kerana perasaan jugalah kita membenci orang lain, mendendami dan kadang kala bermusuhan. Tanpa sedar, perasaan menjadi titik tolak terjadinya pertelingkahan jika tiada lagi persefahaman. Perasaan juga memberikan kita keyakinan, semangat dan inspirasi untuk terus bangun dari setiap kegagalan. Tanpa perasaan, hidup manusia tiada ertinya.
Teringat kata seorang teman, "biarlah hidup bersendirian, asalkan perasaan pada seseorang masih kuat dan teguh kerana cintanya kini milik orang lain" .. pernah juga terbaca dan terlihat atau berpengalaman kerana perasaan yang tidak menentu, hidup menjadi kian bercelaru. Apa yang penting kawan2, hidup mestilah diteruskan sekalipun pancarobanya kuat melilit minda, mencengkam jiwa nestapa. hidup memerlukan keberanian. berani untuk terus berjaya, berani untuk melepaskan masa silam, berani untuk menggapai kejayaan !

*thanks GOD for superb January*