2011 Review - Perfect Year

Tinggal beberapa hari lagi maka berakhirlah tahun 2011. pejam celik pejam celik sekejap rasanya waktu pantas berlalu. bermula di awal tahun semua orang memasang cita-cita. nak jadi itu nak jadi ini nak buat itu nak buat ini. aku? macam biasalah ada juga impian. nak beli kereta, akhirnya dapat. nak beli DSLR pun dapat. nak bawa family datang Kuching jalan2 pun akhirnya dapat. walaupun sekejap tapi itu cukup bermakna bagi aku. so boleh katakan tahun 2011 perfect bagi aku. semua yang aku inginkan menjadi kenyataan dan lebih dari tu, banyak lagi yang berlaku diluar jangkaan aku. memang sangat2 happy. syukurlah kerana diberi kesempatan menikmati kebahagiaan duniawi.

Dalam menempuh hari2 yang terindah kadang2 kita manusia biasa tidak terlepas dari dugaan, cubaan dan akhirnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. memang aku silap kerana mudah memberi hati dan kasih kepada yang tidak seharusnya. akhirnya bila cinta dan persahabatan menjadi taruhan, semuanya pasti menjadi sangat sukar. apatah lagi bila erti pengorbanan itu hanya sia-sia. aku akhirnya mengalah biarpun terpaksa berdepan dengan kata nista sebagai perampas hak orang lain, kejam dan tidak perikemanusiaan. bagi yang memahami kisah sebenarnya pasti mengetahui kebenaran. tapi aku tiada ruang untuk bersuara. di mata mereka akulah watak antoganis nya. tak apalah. aku redha.

Lupakan kisah duka, meh aku ceritakan banyak lagi kisah menarik sepanjang 2011 ni. bagi aku perayaan sepanjang tahun ini adalah terbaik yang pernah aku rasakan. Gawai di kampung. memang terbagus dan paling meriah. bersama teman, saudara dan keluarga. sampai aku lupa segala tekanan di kota. wah bahasa jiwa bangsa sangat. Raya plak memang meriah tahap gaban. aku dengan housemate memang beraya sakan. bersama meraikan iftar dan kemudiannya Aidilfitri disambut dengan menziarahi rumah kenalan. Krismas pula aku raikan bersama cousin. dimulakan dengan Christmas Eve dan Missa di pagi Krismas. Malamnya pula family aku datang ke Kuching. lengkaplah segala yang aku impikan. semoga kegembiraan ini terus berkekalan hingga ke tahun yang mendatang.

Tahun 2011 banyak benda yang aku pelajari dalam meningkatkan kemahiran dalam kerjaya. walaupun kadang2 aku akui tekanan memang terasa namun semuanya aku jadikan pengalaman dalam mematangkan diri. di waktu yang terluang aku banyak menghabiskan masa mencari ilmu baru dalam bidang yang berbeza. aku raih peluang yang ada biarpun terpaksa membahagikan masa yang pasti memerlukan sedikit pengorbanan. namun apa yang lebih penting segala susah payah aku membuahkan hasil yang berbaloi. hilang segala penat lelah bila hasil kerja kita diberi perhatian. bagi aku tahun 2011 memang tahun rezeki dan selagi termampu aku akan mengejar setiap peluang untuk memajukan diri.

Kisah cinta menjadi agenda utama tahun 2011. aku akui aku pernah mencintai dan pernah dicintai tapi akhirnya aku yang menderita sengsara. aku dibuang begitu sahaja. cinta yang aku berikan. kasih yang aku curahkan. akhirnya aku terperangkap sendiri. memang menyakitkan. tapi Tuhan itu Maha Adil. aku ditemukan dengan insan yang tahu menghargai aku, menerima aku seadanya. syukur sangat2 kerana aku kini telah dimiliki si dia yang nyata menyintai aku sepenuh hati dan apa yang aku harapkan cinta ini akan berkekalan hingga akhinya.

Oklah. apa yang aku harapkan semoga tahun 2012 memberikan sinar baru kepada aku, kawan2 serta keluarga yang tercinta. eh apa azam korang? aku? tengoklah macam mana. selain nak menambahkan "empayar bisnes" semoga tahun depan hidup makin sukses. kesihatan makin unggul dan kebahagiaan disamping orang2 yang aku sayangi. Selamat tahun baru!