Ramadan Mubarak 2012

1 Ogos dah tiba, maksudnya dah 12 hari umat Islam berpuasa. Tahun ini, tahun aku paling banyak ikut berpuasa. Nak jugak sahur dan berbuka. Lebih-lebih lagi di samping orang tersayang. Eh? Siapa? ^_^ 

Teringat pertama kali berpuasa, nak berdiri pun tak larat, apatah lagi bila bersahur, dengan mata sebelah pejam sebelah celik sambil makan karipap yang dibeli semalamnya. Dia selalu cakap "semua yang dia berbuka pun nak post, tunggu berbuka pun nak post", dia tak tau, sebenarnya semua tu sebab saya rindu dia ..

Tahun ini, memberi pengalaman yang berbeza seperti tahun yang sudah. Bukan sahaja meninggalkan erti yang cukup berharga malah tahun ini menjadi suatu kenangan yang sukar dilupakan. Terima kasih kerana memori yang terindah.

DIA "3 hari yang lepas, saya tengah sebok nak berbuka dengan sayang saya, 2 hari yang lepas saya sebok masak untuk dia tapi tak berapa sedap. Semalam saya makan seafood dengan dia. Hari ini saya sangat rindu dia"

AKU "3 hari yang lepas, saya sebok bawa dia ke bazaar, suka tengok dia gembira, 2 hari yang lepas, dia masak untuk saya, comel tau dia masak, saya hanya dibenarkan tengok dia memasak. Semalam kami makan seafood, dia tak tau bertapa saya risau bila dia makan seafood, awal2 saya dah pesan jangan lupa makan ubat. Hari ini saya sangat rindu dia, saya pergi bazaar seorang diri, tapi tangan saya asyik BBM dia"

p/s Selamat berpuasa kepada semua orang, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa. Kepada dia, jangan makan banyak sangat nanti masuk angin perut tu. Jaga diri tau, saya sayang awak.