Tentang Hidup Ini

Hidup adalah kejadian normal yang sukar dimengertikan apatah lagi didefinisikan. Fenomena kitaran hidup sering menjadikan emosi kita bertukar silih berganti. Mungkin saat ini kita gembira, tiada jaminan minit seterusnya kita masih bersuka cita. Jika hari ini kita berduka, tidak mungkin pastinya hari esok masih gundah gulana. Tidak mudah menafsir sebuah kehidupan. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berbicara namun ketentuannya .. kita juga yang merasakannya. Baik suka atau tidak, harus dilalui. Jangan sesekali takut pada kesedihan dan kesunyian, kerana itu memberi anda pengertian bahawa hidup ini ada satu titik untuk lebih memahami diri sendiri dan melupakan kebergantungan pada orang lain. Itu semua kerana .. hidup memang begitu. Berani bermain sama api, berani terbakar sendiri. Berani main badai, berani lemas sendiri .. tersadai. Jadi waspada jangan sampai alpa lupa diri segala. Kalau berani juga, cubalah. Menyesal atau tidak, itu belakang kira lor.