bukan mudah untuk seorang insan yang dilahirkan "happy" seperti aku untuk merasa sepi. sesuai dengan nama yang ditakdirkan untuk aku, memang banyak pengalaman manis yang buat aku tak kering gusi bila mengenangkannya. apatah lagi dengan kewujudan kawan2 yang sekepala yang hari2 ada2 saja plan yang buat aku penat dalam kegumbiraan. tapi lately minggu ini, ada sesuatu yang mengusik jiwa menekan hati dan perasaanku. tatkala menginginkan sentuhan sang kekasih, adakalanya waktu jadi pemisah. saat ingin merasai keriangan bersama kawan, masing2 punya waktu dan masalah yang berlainan. saat itulah jiwa kacau bila emosi mengganggu minda. aku terlalu sepi sendiri. rindu pada family yang amat ku sayangi. rindu pada teman yang jarang ku temui. bukan salah mereka. masing2 ada tugasan di luar kawasan. tapi aku fahami dan mengerti, taklama lagi, saat itu pasti menjelma untuk kembali bersama. entahla, apa yang aku pikirkan, tapi aku betul2 bosan dan benci dengan perasaan ini. makin ku layani makin aku jauh sukar dimengerti. jika diturutkan kata hati ingin sahaja aku menjerit dan membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginan aku. kejam kan? tapi itulah yg aku pikirkan. tapi aku masih waras dan sahih. aku perlu tenang dan cekal. kerana mungkin itulah keistemewaan aku. tenang dalam gegaran dugaan.
oh ya. hujung minggu ini bakal diadakan Gathering Group Miak Sarawak fb di Kuching Park Hotel. keesokan harinya ada Road Show Apis. dan awal bulan Julai aku akan melangkah kaki ke Kota Metropolitan Malaysia. Hujung bulan Julai plak aku bakal memasuki arena penggambaran untuk rakaman rancangan pelancongan yang bakal aku kendalikan. yah..banyak gak perancangan yang bakal buat aku teruja dan kembali ke persada dunia yang penuh pancaroba. nantikan kemunculan aku. tunggu aku di sana ya. sekian. salam!