Di Penghujung February 29

Lama sangat dah tak memblogging. Sibuk sangat dengan kerjaya, aktiviti harian dan menjalani hidup seadanya seperti insan lain. Kalau tak silap, ini adalah posting pertama aku sejak tahun 2012. Ya memang ini post pertama aku. Rasanya awal tahun takda yang menarik sangat nak dikongsikan bersama. Kalau adapun itu hanya akanku simpan di sudut hati yang paling dalam. January berlalu begitu pantas bagi aku. Bermula dengan sambutan tahun baru di KL bersama Ruddy dan kawan2 serta adik2 dia. We have fun together. Beer time. So damn cool! Pertengahan January keluarga kami dikejutkan dengan berita kemalangan Mendiang Lawrence Tandang Langit hingga akhirnya dia menghembuskan nafas yang terkhir. So next Gawai will be BLACK without you my cousin! Rest In Peace!

February bermula dengan jadual2 kerja yang padat. Bermula dengan minggu pertama site visit ke klinik2 TPC, kemudian diikuti dengan minggu testing Laboratory Information System dan diikuti minggu Training untuk user2 baru TPC. Meeting sana meeting sini cukup membuat aku gementar tapi berjaya memberikan persembahan yang terbaik dengan apa yang aku lakukan. Hinggakan sambutan Valentine pun aku sekadar membeli bunga untuk si dia yang jauh di mata. Minggu terakhirnya aku menghabiskan masa bersama beliau. Kenangan di Basaga Resort pasti meninggalkan kenangan yang indah.

# laksa sarawak for open house in Ruddy's house

# bole la melencong dengan passport ni

# mandi manda di Basaga Resort

# cikgu TPC

# red rose for my Valentine !