ღ kenali siapa aku ღ

siapa aku? kenalkah anda dengan aku? mungkin bagi yang pertama kali mengenali aku, pasti dicop aku seorang yang happy go lucky, kaki enjoy, sosial, nakal dan maybe juga aku dikatakan pencinta yang hebat. mungkin ya mungkin tidak. namun apa yang pasti aku cukup menghargai apa jua ada padaku. syukurlah dengan setiap kurniaan Tuhan. mari kita berbicara pasal "cinta" pula kali ini.

aku memang seorang pencinta. aku mudah jatuh cinta. dalam sekelip mata bila kena pada seleranya. sebab cinta itu sungguh indah. orang kata, jangan terlalu cepat dan mudah jatuh cinta, tapi nak buat macam mana, aku dah rasakan itu cinta, jadi seharusnya aku menghargai perasaan cinta itu. am i rite? tapi bila dah berpunya, aku cukup setia. aku akan menghargai cinta yang kekasih berikan. oleh itu jangan sesekali mencurangi dan mendustai aku. jangan buat aku syak dengan kesetiaan. bila perasaan itu datang dalam jiwa aku, akan bermulalah rasa benci dan berakhir dengan kata putus. tapi aku takkan berdendam, malah berdoa semoga bekas kekasih akan mendapat cinta baru yang lebih buruk dari aku, pada akhirnya. biar dia tahu, menyesalnya menduakan aku dalam cinta. hahaha

aku kekasih yang sukakan kejutan dalam cinta. bukannya aku suka mengharapkan sesuatu tapi aku suka dimanja dan dikejutkan dengan cinta yang mendalam. sebagai contoh, bila tibanya hari lahir, aku suka dikejutkan dengan pemberian hadiah seminggu sebelum harijadi, sebab aku tahu pada tarikh sebenar memang akan diberi hadiah. dan mungkin mengejutkan lagi bila hari lahir akan diucapkan dengan kata cinta yang indah pula. aku romantik dan jiwang. ya itu memang aku. bukan aku materialistik cuma aku suka dengan pemberian walaupun seketul batu buruk, aku pasti menyimpannya dengan baik.

aku tidak suka berpegang pada kata pujangga "fight for love". aku tak suka bersaing. sebab bila dan berebut-rebut, timbul pula isu, macam lah takda orang lain? aku lebih suka mengalah dan memberi peluang kepada orang lain jika terpaksa memilih.

akhir sekali, aku takkan membina kebahagiaan diatas penderitaan orang lain. aku takkan merampas kekasih orang, malah aku pastikan orang yang aku cintai masih single dan available. sebab aku tahu, bila kita berniat ingin memiliki hak orang lain secara sengaja atau tak sengaja, lambat laun Tuhan pasti memberikan balasan yang setimpal. buruk padahnya.

Gawai disyukuri, Tradisi dirai

Dewasa ini sambutan Hari Gawai diraikan dengan pelbagai aktiviti oleh penduduk kampung bagi mensyukuri hasil tuaian padi terutamanya suku kaum Dayak di Sarawak. Ada yang menari poco-poco, Ngajat dan tarian joget dengan iringan muzik yang cukup menyeronokkan. Ada yang sibok melayan tetamu dengan makanan dan minuman tradisional tuak serta pelbagai jenis minuman keras. Walaupun suasana cukup hingar bingar dengan gurauan dan gelak ketawa bersama, namun tingkah laku sentiasa dijaga dan maruah keluarga sentiasa dipelihara dalam melayani setiap pengunjung yang datang.

Bagi rumah panjang Nanga Selaut di Bahagian Kapit, majlis Hari Gawai tetap meriah tanpa meninggalkan adat istiadat budaya bangsa yang cukup unik dan mengagumkan. Teresang Tinggi, Ranyai, Ai Pengayu dan Upacara Miring menjadi upacara tradisi turun temurun yang masih dikekalkan.

penyediaan Teresang oleh Jeff dan Abu ..

hasilnya, Teresang didirikan dan pada Hari Gawai akan diletakkan Piring diatasnya

suku kaum Iban sememangnya kaya dengan budaya bangsa yang unik dan berestetika tinggi.