diari_ramadhan

ramadhan kembali lagi. seperti biasa, bagi kaum muslim, inilah saat yang dinanti2kan untuk menguatkan iman dengan menahan lapar dan dahaga. Apatah lagi, bila berakhirnya ramadhan, aidilfitri pula menjelma bagi meraikan 1 syawal. Bagi kaum bukan muslim pula, bulan ramadhan turut dirasai dan dimeriahkan dengan kunjungan ke bazaar ramadhan sambil membeli pelbagai masakan tradisional, eksotik mahupun western food yang menjadi pilihan masing2. Di sarawak, menu utama pilihan ramai termasuklah ikan parek bakar, ikan terubuk bakar, kuih kapal, sutung tutok .. dan mcm2 lagi la .. aku biasalah .. selain tauhu sumbat, dadeh menjadi favourite.

thanx siti for kari ayam keribang

kuih muih datang khas dari U.mas

Bagi aku, bulan ramadhan dilalui dengan hati yang terbuka dan menghormati adat resam serta kepercayaan masing2. apatah lagi, majoriti sahabatku adalah dari kalangan muslim. Sahur sama2 .. sungke sama2 .. adakalanya berpuasa .. adakalanya tak puasa .. walaupun tak sempurna puasa namun aku tetap menghormati mereka yang berpuasa. Tak salah kita menghormati sesama kerana mengikut didikan mak aku, orang akan hormat kita kalau kita hormat orang lain. Kan?

berbuka puasa di rumah k.a.m.i

anggur yang sedap dr stella n geng

seronok

Biar apapun kita, rasa rendah diri, hormat menghormati dan saling memahami menjadi acuan utama untuk hidup aman damai harmoni tanpa sengketa terpendam di hati. Salam Ramadhan, Salam 1Malaysia Salam Merdeka. Salam Aidilfitri yang bakal tiba juga, khas buat teman2 yg mengenali, memahami dan menyayangi diri ini.

berbuka puasa di Hartz Chicken Buffet

6 Response to "diari_ramadhan"

- mista dausz - said...

Baguslah..
Kata 1MALAYSIA..
;)

Rajin2 la pose..
rehatkan perut tuu..
penat da asik masuk mkanan jerk.
uhuhuh..

hiffi salang said...

takpa.
makan pun tak banyak sgt ..
saya tak bleh lapar sgt ..
pening .
nge~

- mista dausz - said...

patotla kurus je..
heehe..

cam sy xley xmkn..
ada je menda nk kunyah..
hahaa..
tu gemock tuu..
;(

hiffi salang said...

kurus ke wak?
mcm gomok jer saya ni ..
hehehe ...
berat 62 jer

farish izaryl @izreez said...

cdanyaa epi hehee

hiffi salang said...

nak ker? makan ar ..