Hidup adalah suatu perjalanan yang panjang .. dari anda berusia 1 hari hinggalah tibanya usia anda kini. Setelah 24 tahun 10 bulan hidup di dunia yang serba mencabar dengan segala sesuatu onak duri, aku akur andai hidup ini kadang2 suatu pengalaman yang banyak mengajar kita erti takdir dan ketentuan .. pernahkah anda terfikir? kadang2 sesuatu yang berlaku mmg telah anda jangkakan? baik buruk yang berlaku spt anda tidak mengendahkannya dan akhirnya apa yg berlaku di luar jangkaan anda. baik suka mahupun duka anda kena terima setiap satu darinya ..
aku mula berjinak2 dengan dunia alam maya ataupun e-lacur bak kata salah seorang kwn aku sejak 2004/05 cam tu la. kalu tak silap aku. baru2 gak la. setelah bbrp tahun melayari dunia maya ini aku banyak kenal dgn pelbagai kwn dr segenap pelusuk Malaya, Sbh, Swk, Brunei, Singapore, Thai n Indonesia .. mcm2 ragam yg aku temui .. bagaikan satu pengembaraan yg panjang .. aku mengenali sejuta satu sikap manusia yg kdg2 buat kita tak paham .. tapi satu yg tak dapat dilupa bila dapat mengenali ssrg yg kita temui dalam alam maya .. uniknya satu hubungan bila anda tidak pernah pun bertemu tp mampu melahirkan suatu perasaan yg dalam, penuh cinta n serasi uk bersama ..
apa yg lebih mengejutkan, org yg banyak bg dorongan, kata2 semangat, luahan perasaan, tapi tak pernah anda temui mampu membahagiakan anda .. dan tiba akhirnya anda temui mereka di suatu persimpangan jalan yang panjang .. dalam hidup ini anda akan menemui sesiapa sahaja uk seketika. memang dah takdirnya begitu dan di lain hari anda akan menemui org lain pula. pertemuan dan perpisahan itu seringkali suatu rempah dalam kehidupan. dan andainya aku menjadi salah satu persimpangan dalam liku2 kehidupan korang, inilah aku .. masa mencemburui kita lebih mengenali sesama .. andainya aku berdiam bukanlah maksudnya aku sombong dan bongkak, andainya aku tertawa bukanlah maksudnya aku mengada2 ceria, andainya aku menyenangkan .. terimalah aku seadanya ..
Is dan kawan2 dia .. pertama kali bertemu ..
Kazaf, Anas & Diedie .. kisah baru bermula ..
Boy .. pertemuan pertama setelah 3 tahun