1Love:KAYDo9@CEWC

Hari Itu. Aku lelapkan mata. Tapi tak mampu. Jauh ku melamun. Bila melihat teman-teman yang lain sibuk dengan urusan masing-masing aku teringat kehidupan di masa silam. Jauh aku meninggalkan Tuhan. Berdosa sekali aku pada Tuhan. Namun sejauh mana aku pergi .. jiwa aku masih kuat dan kerinduan padaNya masih seperti dulu. Dan kerana kerinduan pada Tuhan juga, aku kembali ke sini. Kembali melepaskan rindu pada kasih Tuhan. Rindu untuk memujanya. Rindu pada kedamaian di gerejaNya. Rindu pada lagu-lagu yang memuji keindahan nama Tuhan. Akhirnya aku terlelap. Lelap bersama kerinduan .. yang akhirnya ku temui kembali.

Tadi. Rasa seperti semalam semuanya berlaku. Pantas sekali. Masih hangat dakapan teman-teman saat perpisahan berlaku. Masih segar bait-bait lagu yang memuji keindahan kuasa Roh Kudus. Masih jelas gerak tari yang lucu mengusik jiwa bila dikenang. Masih ku ingat kata-kata semangat yang diperjuangkan oleh Brother Jude. Inspirasi doa yang ku pinjam dari Sis Maay. Dan kekuatan yang sejati dari Ayoong. Kini aku kembali ke dunia biasa. Melayari hari-hari yang mendatang dengan berusaha untuk menangkis segala cubaan. Namun aku mengerti aku hanyalah insan biasa, tak lari dari dosa dunia.

Hari itu. Aku, Gerrard dan Gabriel masih menanti di depan pintu dewan. Anak-anak muda yang lain dah tak sabar-sabar dengan permulaan konsert sebentar lagi. Sambil menghembus asap rokok yang mula membuat aku mual, ku hirup air mineral yang sempat aku bawa bersama. Pengumuman dari servant yang bertugas menandakan konsert bermula. Semua berpusu-pusu memenuhi setiap ruang dewan. Drama Tari dan Teater ala muzikal hebat dipentaskan dengan kerlipan cahaya yang kemilau. Pantulan cahaya pantas membuatkan kami beralih arah ke persembahan berkumpulan nyanyian dari anak-anak muda Kristus yang mempunyai bakat yang sungguh luar biasa. Aku sangat teruja. Malah aku dapat rasakan ketenangan yang teramat sangat bila ku mampu lepaskan segalanya melalui praise and worship.

Esok. Semoga semuanya berjalan menurut kehendak rencanaNya. Namun yang pasti aku menyimpan sejuta kekuatan yang aku pelajari dari KAYD. Aku pasti kembali lagi untuk misi yang seterusnya. Misi memuji keindahan nama Bapa, Putera dan Roh Kudus. Amin.