abadikan salam terakhir

"lambat Ugik datang arini" .. "banyak sangat keja kat opis, nek" .. itulah perbualan terakhir dengan nenek beberapa hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tanggal 19.03.09 sekitar jam 6pm.

setelah beberapa minggu bertarung dengan komplikasi penyakit kanser dan paru2 berair, akhirnya kesakitan yang ditanggung bukan sahaja dari segi fizikal, malah psikologi dan emosi kami sebagai anak dan cucunya akhirnya berakhir dengan pemergian nenek kepada penciptaNya. aku seperti tidak percaya. baru pagi semalam melihat nenek, petangnya ketika dalam perjalanan dari SGH ke Sibu, akhirnya segala yang dirancang telahpun Tuhan tentukan. beberapa hari sebelumnya, memang lah doktor telah menerangkan harapan untuk hidup amat tipis. jika pembedahan pun peluang hanya 50/50. dengan tenaga nenek yang makin lemah dan "kebelumpakaran" doktor yang mengubat nenek (bukan aku menuduh .. tapi kenyataan!) kami tidak bersetuju pembedahan dilakukan. hari ke hari langsung tiada perkembangan positif dari nenek, padahal sebelum masuk wad nenek nampak o.k malah dapat merokok dan bergurau-gurau dengan cucu dia ..

aku pasrah akhirnya .. mungkin ada hikmah disebaliknya. cuma kita saja yang tidak tahu bagaimana dan bila. aku puas. sekurang kurangnya aku habiskan tiap waktu dan masa terakhir bersama nenek. hinggalah ke lambaian terakhir apabila nenek dibawa pergi menggunakan ambulans ke Hosp.Sibu .. petang semalam, ketika aku sibuk menyiapkan tugasan montaj untuk dinner press, aku menerima panggilan dari Ato. "nenek dah tiada .." aku bagaikan terkedu seketika. tanpa titisan airmata seluruh jiwaku bergenang kesayuan. harapan untuk mendakap nenek yang akan pulih lenyap dibawa bersama ketentuanNya. kepada kawan2 yang banyak memberi sokongan, terima kasih. aku o.k. harap2lah ..