[ TITANIC 2012 ]

  • TITANIC. Kisah kapal gergasi yang tersimpan di dalamnya sebuah ceritera cinta yang agung, romantik dan tragis. Well aku bukannya nak share tentang fact atau real story about Titanic sebab kalau korang search dalam google, banyak lagi info yang sangat2 menarik pasal kapal yang kini dimainkan semula di pawagam2 dalam versi 3D. Apa yang aku nak sharekan kat sini hanyalah kegilaan, minat serta obsessi aku pada filem Titanic yang mula ditayangkan di layar perak pada tahun 1997.
  • Ketika tayangan filem ini di seluruh dunia dulu, mana ada panggung wayang kat bandar aku, cuma dapat tengok melalui VCD sajala, DVD pun belum ada lagi kot masa tu. Entah aku macam minat giler kat cerita ni. Sampai aku kumpul sticker, poster, mug, bag, T-shirt, pendek kata macam2 barangan Titanic yang aku ada. Kalau yang tak minat tu, mungkin naik muntah tengok koleksi aku ni. Tapi sekarang dan 15 tahun berlalu, aku pun tak tau mana pergi barang2 semua tu. Semuanya hanya tinggal kenangan dalam sanubari sahaja.
Aku dah tengok versi 3D kat pawagam baru2 ni. Memang lain la feel dia, dulu mana ada audio sound yang canggih, warna pun sangat2 terang ditambah dengan teknologi 3D yang memang mantap la. Best giler. bagi 5 star la.