
Fort Sylvia menjadi tarikan pengunjung yang cintakan sejarah silam
pada zaman dahulu kala, (brooke n the geng) kat sinilah tempat pendamaian semua suku kaum etnik kat Sarawak sbb zaman dulu2, etnik Iban, Kayan n Bidayuh (antaranya..ada 37 lagi semuanya) mmg tak sebulu.. selalu perang.. potong kepala n bermusuhan berabad lamanya tp lepas tu Brooke buat satu pendamaian di Kapit jadi semua suku kaum pun datang ke Kapit n buat satu pendamaian. tmpt dia kat Kubu Sylvia. pas dari hari tu.. suku kaum etnik tak lagi bermusuhan n hidup aman damai mcm sekarang..

masyarakat Iban di Kapit ketika menjelangnya musim perayaan Gawai

bentuk muka bumi yang berbukit bukau dengan likuan anak sungai yang mencabar menjadi salah satu cabaran bagi penggemar aktiviti lasak
barang kraf ada gak dijual kat sini.. tp kalo nak lagi adventures, dialu-alukanlah.. kalu berkesempatan pg rumah2 panjang (Rumah Sengkuai Nanga Selaut) mmg besh .. nak tau? rumah panjang kat sini sgt moden.. ada astro, ada parabola.. rumah batu dah. tp elektrik belum 24 jam lagi.. mlm jer, siangnya idop mcm tu jer.. org kampong suka borak2 n buat kraftangan.. boleh pegi air terjun kat belakang umah, nak jungle hiking lagi la ada.. kalu berkesempatan pg huma.. permandangan mmg menakjubkan. boleh tgk 2 banjaran berwarna kuning atau hijau yg ditanam dgn padi. persekitaran dgn kicauan mergastua.. udara segar sgt seronok!

rumah panjangku ..