Kata orang, hidup takkan tenteram bila dibayangi dengan cerita kenangan silam, kisah lama yang sering menjelma dan pengalaman lalu yang kadang kala menghantui jiwa. sesiapa pun pasti ada kenangan silam samada baik atau buruk. gembira atau suka mahupun sedih dan membuat kita derita sengsara, hanya kerana sebuah cinta. meskipun cerita itu telah berlaku begitu lama namun kesannya cukup mendalam dan membuatkan kita fobia. malah yang lebih memedihkan bilamana turut memberi effect dengan kehidupan kita pada masa kini.
Bagi yang putus kasih pada masa lalu, pastinya membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup. tetapi sejauh manakah kita mampu meneka siapakah yang terbaik buat kita. mungkin dulu pasangan kita tak setia dan bila kita bertemu dengan orang baru pasti ada terselit naluri ketidakpercayaan kepada pasangan baru. ini semua disebabkan oleh fobia kenangan silam. jangan begitu, kadang kala kita harus redha dengan permainan duniawi. memberi dan menerima, memaaf dan melupa adalah antara kunci dalam kebahagiaan. berilah penuh kesetiaan kepada pasangan dan menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. itupun jika ia adalah suatu kesalahan yang boleh dimaafkan. terpulanglah kepada anda.
Apa yang penting anda happy dan puas hati dengan apa yang anda lakukan. jangan sampai menyiksa hati sendiri bila memikirkan kisah kenangan silam yang pernah ada. lupakan dan binalah hidup baru. ini adalah kerana hidup yang indah adalah hidup yang tahu mengenal cinta, menghargai dan memiliki cinta.