SYUKUR .. kebelakangan ini aku banyak berfikir.. bukan memikirkan suatu yang menyesakkan mata menyakitkan telinga, tapi sekadar memikirkan keindahan kehidupan ini. barangkali lama rasanya tak menikmati suatu perasaan teruja bila betemu saudara seagama, sebudaya. last aku involved dengan aktiviti belia church ialah tahun 2005, september. dan bila ku luangkan masa yang lalu untuk menemui Dia, hatiku begitu tenang dan hilang sedikit kekalutan yang aku rasakan. dan apa yang lebih membuatkan aku begitu bersyukur, masih ada ruang dan waktu untuk aku kembali bersujud dihadapanNya.. dan untuk seketika aku terdiam sejenak dan terpaku seketika dengan banyak hal yang telah ku tempuhi selama ini. sedikit sebanyak pengalaman hidup aku atau mungkin orang lain ku jadikan panduan bagi melayari bahtera kehidupan. harus kita sedari, tidak semua hidup manusia dilengkapi dengan keindahan dan keseronokan semata-mata. mungkin ada orang lain yang lebih merasai kepiluan dan kesunyian yang berpanjangan namun mereka masih berupaya menjalani kehidupan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)