Muay Thai - Challenge Yourself

Bagi sesiapa yang kenal saya, saya merupakan seorang lelaki biasa yang sangat aktif bersukan sejak dari bangku sekolah lagi. Olahraga, renang, bola tampar, bola keranjang adalah antara sukan yang saya pernah wakil sekolah ketika itu. Kalau nak dikenang memang manis saat-saat dikalungkan medal, dan kesemua pingat yang diperolehi masih saya simpan hingga kini.

[antara pingat yang diperolehi dalam bidang sukan dan akademik]

Sekarang dah tua dan berkejaya memang susah untuk terlibat dengan mana-mana sukan. Yang masih aktif hanyalah terlibat dengan gym, itupun dibuat selepas balik kerja, tak dapat nak fokus sangat. 

Sukan lasak Muay Thai mungkin belum biasa kedengaran bagi masyarakat kita. Ia adalah seni mempertahankan diri ala boxing yang berasal dari negara jiran, Thailand.


[petikan dari Wikipedia]


Oleh kerana ingin melihat sejauh mana kemampuan aku dalam sukan ini, aku register untuk memulakan latihan sebagai seorang ahli dalam kumpulan ini. Latihan dijalankan 3 kali sehari, selama 2 jam setiap sesi. Aku hanya mampu membuat 2 kali latihan setiap hujung minggu. Memang penat, lasak dan memerlukan stamina yang sangat tinggi.

[diskusi setelah tamat latihan]

[acara sparing akan diadakan bagi melihat kemampuan ahli setelah diberi tunjuk ajar]

[nah, ni le kesan latihan yang lasak, padat dan hebat. hahaha, tapi tak sakit, cuma lebam]

[cabar diri anda!]

Big Family, First Christmas

Rasanya post ini agak outdated disebabkan jadual harian yang padat menjelang awal tahun. Well, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Natal, Merry Christmas buat my big family, kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang kenal Hiffi Salang. 14 tahun aku tak pernah celebrate Krismas bersama keluarga, sebab hanya pada tahun ini keluarga aku baru convert to Christian, sebelum ini masih mengamalkan kepercayaan lama. Aku pula masuk Kristian ketika berusia 14 tahun di Gereja Katolik Kapit. Sejak itu aku tak pernah celebrate Krismas bersama keluarga, yang ada hanya bersama kawan-kawan dan kadang kala aku hanya pergi ke gereja pastu makan dan balik. Seperti tiada apa-apa.

[Pertama kali menjejakkan kaki ke gereja bersama keluarga. Ini ketika minggu terakhir sebelum Krismas. God Bless Us]

[Pagi Krismas, sembahyang di Gereja Methodist Iban, Kapit]

[Aktiviti BBQ bersama keluarga]

[Ketika musim perayaan, jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk]

[Menonton perlawanan bola sepak ketika cuti perayaan bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan]

[My best friend]

Tahun ini, seluruh seisi keluarga bergembira, excited pergi ke gereja untuk sembahyang di pagi Krismas. Aku membantu mengiringi nenek yang tidak dapat berjalan dengan kuat lagi. Balik dari sembahyang, aku, adik aku Padtery serta sepupu Jeff, mula mem'bbq sambil ditemani tin-tin beer. Memang seronok, berbual, berjenaka dan bergembira bersama. Kawan-kawan yang lain pun turut datang memeriahkan suasana. Pastinya, Krismas tahun ini adalah sebagai satu permulaan bagi kehidupan kami yang lebih sempurna di masa depan. Terima kasih Tuhan!