warga emas teras masyarakat

pernahkah terlintas di fikiran anda? sebaik terjaga dari lena, membayangkan diri seorang insan yang telah lewat usia dengan fizikal yang semakin di mamah masa? sukar untuk dibayangkan kerana apabila kita menjalani kehidupan yang serba serbi sempurna, kadang2 kita begitu mudah melupakan situasi kehidupan orang lain ..

aku baru saja balik dari hospital. melawat nenekku yang kini menghidap kanser hempedu setelah datuk aku akhirnya selamat menjalani rawatan menghidap jangkitan kanser tulang pada tahun lepas. ini bukanlah nenek yang melahirkan emak aku tapi nenek ini adalah adik beradik dengan nenek yang melahirkan emak aku. banyak sangat jasa dan budi orang tua ini yang tersimpan kukuh dan terpahat di dalam jiwa aku. masa mula2 masuk kolej dulu, adalah juga nenek ni menyumbang seringgit 2 untuk tujuan perbelanjaan aku walaupun kehidupannya sediri taklah berada sangat. masa itu, walau sedikit sumbangan tapi nilainya sukar ditukar ganti. apa yang aku lebih sukar lupakan ialah apabila nenek inilah yang merawat luka di dahi aku (tengok pic aku) yang berparut gara2 bergaduh dengan samseng kampung. huh .. nakalnya aku.

tadi masa aku sampai di wad, memang sukar aku jangkakan keadaan nenek aku. lemah sangat. kurus. tiada lagi riak wajah manis dan senyuman mesranya menyapa aku .. fizikalnya lemah sekali ketika disuap anaknya bubur. aku meramas-ramas tangannya .. dulu bibirnya itu pernah mencium aku bilamana aku lama tak balik kampung. masih terasa sentuhan mesra dan pujiannya yang manja bagi aku "inilah cucu aku yang paling hensem" katanya .. hermmm .. tapi aku tau. ini hanya sementara. nenek masih kuat dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan masih ada. ini sebahagian daripada dugaan DIA untuk makhluk yang lemah seperti kita.

lantas aku berfikir dalam perjalanan pulang, begitu banyak penderitaan, kesengsaraan, kemiskinan dan ketidakadilan yang masih membelengu kehidupan kita yang sukar dihuraikan dengan segala rundingan. jika kita masih berada di titik normal dan berfikiran waras, seharusnya kehidupan ini dinikmati dengan kedamaian dan keharmonian serta bersyukur dengan setiap ciptaan DIA tanpa prejudis dan salah sangka. keterbukaan pada setiap kelemahan dan kelebihan diri dan orang lain pasti mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna biarpun kadang kala kesilapan itu sebahagian dari rutin kehidupan kita.

6 Response to "warga emas teras masyarakat"

farish izaryl @izreez said...

yupp setuju ngn pdpt epi tuh:) gudd entry

hiffi salang said...

hai rizz ..
itu hanya pendapat ..

Joey said...

anyway..hope ur grandma sembuh...

and..something confusing me..not because of your grandma...

okla...

hiffi salang said...

joey .. juz tell me ..
wht confusing bout me???

Joey said...

erk...takdela

actually bukan confius sgt pun..ahahaha

anyway..ari tuh coming to kl to meet your lover kan?

well..just guessing.

hiffi salang said...

eh2 .. pandai2 jer joey nih