[ Happy Birthday 21 + 7 ]

Firstly, i want to thanks everyone for wishing me a great happy birthday via Fb, Hp etc. So, on 24/04 me, Lan, Zai, Kanda and Abang Man pergi celebrate my birthday countdown dekat Escobar DC. What a great nite, karox sampai pingsan. Thanks Abang Man for the cake. Nice!




The next day on 25/04 aku ngan Lan (my housemate) pergi jalan2 tengok wayang, cita "Battleship" ummm..boringgg.LOL. on 26/04 pula kita berdua keluar lepak2 malam tu, nasib ada Lan temankan, sebab member2 lain semua dok bz bagai. Kitaorang makan kat Secret Recipe. best giler, ada cake surprise plak! Thanks Lan.


On 27/4 lepak dengan Daniel. Dia belanja makan kat Sugar Bun Restoren. Makan ayam. Hehehe.. Thanks Bro! 28/4, TGIWA Thanks God It's Weekend Again! U know la kalau sudah weekend. Its Party Yo! What a great club, great people, great nite. I've lost control myself. Thankfully i have my friend to take care of me.

[ada gaya superstar tak]

[Amilee, Attymichie and me Aeppy]

Anyway, thanks for birthday present from my BFA (Best Friend Always. Saya sayang kamu)

[from Xamany Raffie]

[from Atty and Eddy]

[from Amilee]

[from BFA]

I Am Mr. Nanny

Well..i really love kids. Their so cute of coz, sweet, adorable, huggable and so manja. ^_^ It's so nice day when i was assigned to look after my cousin and niece. Happy to see them playing, laughing and make friends with others. How i wish one day .. shhh ..









Season Of Lent 2012

Sorry guys for belated wishes. Happy Lent Day, Happy Ash Wednesday, Happy Palm Sunday, Happy Holy Thursday, Happy Good Friday and Happy Easter to everybody! This is our photo during Palm Sunday at St.Peter College then walking to St.Joseph Cathedral. Awesome!





[ TITANIC 2012 ]

  • TITANIC. Kisah kapal gergasi yang tersimpan di dalamnya sebuah ceritera cinta yang agung, romantik dan tragis. Well aku bukannya nak share tentang fact atau real story about Titanic sebab kalau korang search dalam google, banyak lagi info yang sangat2 menarik pasal kapal yang kini dimainkan semula di pawagam2 dalam versi 3D. Apa yang aku nak sharekan kat sini hanyalah kegilaan, minat serta obsessi aku pada filem Titanic yang mula ditayangkan di layar perak pada tahun 1997.
  • Ketika tayangan filem ini di seluruh dunia dulu, mana ada panggung wayang kat bandar aku, cuma dapat tengok melalui VCD sajala, DVD pun belum ada lagi kot masa tu. Entah aku macam minat giler kat cerita ni. Sampai aku kumpul sticker, poster, mug, bag, T-shirt, pendek kata macam2 barangan Titanic yang aku ada. Kalau yang tak minat tu, mungkin naik muntah tengok koleksi aku ni. Tapi sekarang dan 15 tahun berlalu, aku pun tak tau mana pergi barang2 semua tu. Semuanya hanya tinggal kenangan dalam sanubari sahaja.
Aku dah tengok versi 3D kat pawagam baru2 ni. Memang lain la feel dia, dulu mana ada audio sound yang canggih, warna pun sangat2 terang ditambah dengan teknologi 3D yang memang mantap la. Best giler. bagi 5 star la.

Single But Unavailable

Orang mesti akan tanya, single ker dah berpunya, bila mula2 kenal. kenapa yer? Adakah sebab bila kita dah berpunya maka keterbatasan itu ada? atau memang niat kita hendak memiliki, apabila ingin berkenalan? adakah salah jika kita berkawan dengan orang lain bila dah berpunya? atau sebenarnya kita sendiri yang merasa ada niat lain bila berkawan. situasi dan jawapannya hanya pada kita sendiri. bak kata pepatah lama, tepuk dada tanya kepala, sebab dekat situ ada akal fikiran, ya tak?

Dalam hidup ini memang banyak perkara yang berlaku diluar kemahuan kita. memang kadang kala kita cukup yakin dan pasti sesuatu perkara itu berlaku namun takdir dan penentunya telah diputuskan oleh orang lain, dan mungkin suatu hari nanti Tuhan sendiri yang mengadilinya, siapa betul siapa salah, siapa benar siapa silap. apa yang penting, kita kena tabahkan hati masing2 dan banyakkan bersabar. mungkin sudah tertulis sesuatu itu terjadi, siapa tahu, lambat laun akan terbukti atau mungkin juga ada hikmah atas segalanya.

Ada orang menjadikan cinta itu segalanya, setiap perkara dijadikan cinta sebagai suatu lambang dan penanda aras atas semuanya. tapi bagi aku, cinta bukan segalanya, bukannya aku menidakkan cinta, tapi bila hidup anda semakin matang dan dewasa, cinta itu sebahagian daripada kehidupan yang akan selalu memberi inspirasi. biarlah jika anda single atau taken, apa bezanya? apakah bila single anda menderita, atau bila taken anda bahagia? kita ada family, sayangi mereka, itu juga cinta, anda ada sahabat, sayangi mereka, anda ada kerjaya, go for excellent, anda ada kepercayaan, trust in GOD!

SERVE : Love 2.0

This is the second time I participate in community activities to help those in need. I've been following the activity Berbuka Puasa bersama Warga Rumah Seri Kenanga Kuching which houses senior citizens by providing cares and protection to those who need to survive. For me, if our intention sincere, no matter from different religious activities or give to a different race, every help and assistance that we would give a thousand meanings extend to receiving. I hope that our best to give it receives. And may our life always blessed by Him.

[this is my name tag]

[my team busy with our menu : Fish Fillet with Mayo]




[Our team leader .. Mr.Timmy]

[Mr.James and I]



[some international students]


[touching moment]


SERVE : Love Lent Project 2012

How Will This Lent Be Different For You?

Start : March 18, '12 6am
End : March 18, '12 3pm
Location : Parish Gallery (St.Joseph's Cathedral) | St.Mark's Church Hall (Batu Kawa) & Kampung Kudei Lama (Jalan Nanas Barat)



Empowered Ministry in partnership with the Society of St.Vincent de Paul (SSVP) invites all families and interested individuals to be part of this year's SERVE : Love Lent Project 2012. We will be preparing and serving lunch to (approximately) 500 urban poor (individuals and families), including the under-priviledged SSVP adoptees. Meals will be prepared at the food preparation centre (outdoor kitchen) : St.Joseph's Cathedral, Parish Gallery; and distribution centres : St.Mark's Church Hall (Batu Kawa) & Kampung Kudei Lama (Jalan Nanas Barat)

Be a part of the SERVE:LOVE Team Today!

Make a Difference & Change Lives as Disciples of the Word in Communion for Mission.

Ambal eksotik dari Sarawak

Siput buluh atau siput pahat-pahat adalah sejenis haiwan bercengkerang yang banyak terdapat di kawasan pantai terutamanya di Kampung Buntal Sarawak. Bagi penduduk tempatan ia dikenali sebagai Ambal dan menjadi makanan kegemaran bagi orang kampung mahupun yang datang berkunjung. Ambal biasanya mudah diperolehi di kawasan pantai berlumpur terutama di Negeri Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak. Menariknya, spesies siput buluh ini turut terdapat di California Amerika Syarikat, China dan Hong Kong.

Di Sarawak, musim Ambal dikatakan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya namun paling banyak didapati pada November dan Disember. Lazimnya Ambal di Sarawak dijual antara RM12 dan RM18 sekilogram, bergantung kepada musim dan jenis seperti Ambal Puis dan Ambal Kapur. Malah, apabila dipasarkan ke bahagian lain di Sarawak, harganya mampu melambung naik sehingga RM25 sekilogram.

# teknik menangkap Ambal [kredit kepada notadanlensa.blogspot.com]

# bahan yang digunakan untuk menangkap Ambal [kredit kepada hantujeraul.blogspot.com]

# hasil Ambal [kredit kepada notadanlensa.blogspot.com]

Begitupun, Ambal kian diancam kepupusan berikutan perubahan alam sekitar dan tiada usaha untuk menternaknya secara komersil. Penyelidikan yang dilakukan Universiti Malaysia Sarawak di Asajaya misalnya menunjukkan penurunan dari 6,768 ekor Ambal perhektar pada tahun 2005 kepada 4,868 perhektar pada tahun 2006. Menerusi kajian yang sama, kumpulan penyelidik berkenaan cuba menghasilkan benih Ambal selaras dengan matlamat memulihara spesies berharga tersebut. Kejayaan menternak Ambal akan menjadi suatu kejayaan yang sangat besar buat Sarawak khususnya dalam sektor akuakultur sekaligus menjamin bekalan berterusan bagi memenuhi permintaan Ambal yang semakin meningkat.

# Ambal masak rebus dan ambal masak kari merupakan resipi yang menjadi daya tarikan peminat Ambal

Resipi masakan Ambal sememangnya digemari penduduk tempatan yang diakui sedap, berlemak dan mempunyai khasiat yang tersendiri kerana nilai protein yang terkandung didalamnya. Pelbagai hidangan boleh dihasilkan berasaskan Ambal termasuklah masak kari, rebus mahupun masak tumis bagi yang menggemari masakan pedas. Penyediaannya agak senang kerana hanya perlu membersihkan Ambal dari sisa-sisa pasir dan kotoran lain kemudian bolehlah terus di masak mengikut selera masing-masing. Anda boleh memasak Ambal bersama cengkerang ataupun menanggalkannya mengikut kesesuaian resipi yang disediakan.

Di Penghujung February 29

Lama sangat dah tak memblogging. Sibuk sangat dengan kerjaya, aktiviti harian dan menjalani hidup seadanya seperti insan lain. Kalau tak silap, ini adalah posting pertama aku sejak tahun 2012. Ya memang ini post pertama aku. Rasanya awal tahun takda yang menarik sangat nak dikongsikan bersama. Kalau adapun itu hanya akanku simpan di sudut hati yang paling dalam. January berlalu begitu pantas bagi aku. Bermula dengan sambutan tahun baru di KL bersama Ruddy dan kawan2 serta adik2 dia. We have fun together. Beer time. So damn cool! Pertengahan January keluarga kami dikejutkan dengan berita kemalangan Mendiang Lawrence Tandang Langit hingga akhirnya dia menghembuskan nafas yang terkhir. So next Gawai will be BLACK without you my cousin! Rest In Peace!

February bermula dengan jadual2 kerja yang padat. Bermula dengan minggu pertama site visit ke klinik2 TPC, kemudian diikuti dengan minggu testing Laboratory Information System dan diikuti minggu Training untuk user2 baru TPC. Meeting sana meeting sini cukup membuat aku gementar tapi berjaya memberikan persembahan yang terbaik dengan apa yang aku lakukan. Hinggakan sambutan Valentine pun aku sekadar membeli bunga untuk si dia yang jauh di mata. Minggu terakhirnya aku menghabiskan masa bersama beliau. Kenangan di Basaga Resort pasti meninggalkan kenangan yang indah.

# laksa sarawak for open house in Ruddy's house

# bole la melencong dengan passport ni

# mandi manda di Basaga Resort

# cikgu TPC

# red rose for my Valentine !