[Healthy is Wealthy]

Inilah aktiviti masa lapangku. Menyihatkan badan dengan mengunjungi gym. Bukanlah impian untuk memiliki susuk tubuh yang tegap dan mantap semata-mata tetapi mengekalkan kesihatan dan kecerdasan. Menghabiskan masa terluang dalam gym pasti nantinya sedikit menghilangkan stress hidup, minda kian bersemangat dan selalu berfikiran yang positif. Jadi ayuh kawan-kawan, kesihatan itu adalah kekayaan! Jom bersukan!





Fobia Kenangan Silam

Kata orang, hidup takkan tenteram bila dibayangi dengan cerita kenangan silam, kisah lama yang sering menjelma dan pengalaman lalu yang kadang kala menghantui jiwa. sesiapa pun pasti ada kenangan silam samada baik atau buruk. gembira atau suka mahupun sedih dan membuat kita derita sengsara, hanya kerana sebuah cinta. meskipun cerita itu telah berlaku begitu lama namun kesannya cukup mendalam dan membuatkan kita fobia. malah yang lebih memedihkan bilamana turut memberi effect dengan kehidupan kita pada masa kini.

Bagi yang putus kasih pada masa lalu, pastinya membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup. tetapi sejauh manakah kita mampu meneka siapakah yang terbaik buat kita. mungkin dulu pasangan kita tak setia dan bila kita bertemu dengan orang baru pasti ada terselit naluri ketidakpercayaan kepada pasangan baru. ini semua disebabkan oleh fobia kenangan silam. jangan begitu, kadang kala kita harus redha dengan permainan duniawi. memberi dan menerima, memaaf dan melupa adalah antara kunci dalam kebahagiaan. berilah penuh kesetiaan kepada pasangan dan menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. itupun jika ia adalah suatu kesalahan yang boleh dimaafkan. terpulanglah kepada anda.

Apa yang penting anda happy dan puas hati dengan apa yang anda lakukan. jangan sampai menyiksa hati sendiri bila memikirkan kisah kenangan silam yang pernah ada. lupakan dan binalah hidup baru. ini adalah kerana hidup yang indah adalah hidup yang tahu mengenal cinta, menghargai dan memiliki cinta.

[ Diary AidilFitri ]

I'm not Muslim. but Raya is one of my can't-wait festival. visit my frens house, eat, drink and laughing. it's so nice gathering. for me, Raya this year is the best. meet new friends. from virtual to real friend. and the most important, can wear baju melayu till the Syawal ends. ^_^ i love the culture but i'm still Iban inside my mine. and here i share with u guys my collections of baju raya.

[raya day 1]

[raya day 2]

[raya day 3]

[raya day 4]

[raya day 5]

[and to all my friends, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. See ya at 2012]

[ Iftar Ramadhan at Kuching Sarawak ]

Salam Ramadhan. Tak lama lagi menjelmanya Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam. Seperti tahun yang sudah2 aku turut terasa kehangatan bulan kemuliaan bagi kaum muslimin dan muslimat ini. Ramadhan tak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke Bazaar. Pelbagai kuih muih dan lauk pauk dijual nyata menarik minat sesiapa sahaja. Kalau malas bersesak di bazaar elok makan di rumah saja, lagi selamat dan jimat. Aku dengan housemate seperti biasa sibuk pula menyediakan juadah berbuka puasa walaupun aku berpuasa semadi-nadai saja. haha!

[ ni dia sosej goreng ala sutun ]

[ sayur kegemaran sejak azali lagi ]

[ aku memang suka kuih berasaskan nasi spt lemang, pulut sambal dan tapai madu ]

[ tak dilupa juga buah kurma dan popia ]

[ makanan feveret orang Sarawak .. mee kolok goreng ]

[ hari2 makan ayam .. muka pun dah macam ayam der ]

[ Sekali sekala teringin juga beriftar di luar, lokasi kali ini Coffee O Corner ]

[ inilah dia lokasinya di kawasan Satok ]

[ menghadap makanan .. belum cukup waktu so kena la tunggu ]


[ pelbagai makanan dan pencuci mulut disediakan di sini ]


[ tak lupa juga rokok sebagai penghidup nyawa .. eak? ]

[ memang ramai sangat pengunjung yang datang .. cukup meriah ]

[ Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 ]

[ Kerana Hidup Itu Tiada Bedanya ]


syukur jika ada yang MEMAHAMI
gembira bila ada yang MENCINTAI
suka andai ada yang MEMINATI
seronok kalau ada yang MERINDUI
bahagia kerana cinta itu masih ada

.. dan begitulah hidup ini ..

jangan berdendam jika tiada yang memahami
jangan bersedih bila tiada yang mencintai
jangan berduka jika tiada yang meminati
jangan bimbang kalau tiada yang merindui
kerana cinta pasti milik mereka yang TABAH

.. dan begitulah hidup ini ..

dan sekalipun CINTA itu bukan milik kita
pahamilah, cinta dan minat itu menjadikan kita semakin RINDU

.. kerana hidup ini tiada bedanya !

:: Hopeless is Useless ::

Pernah tak korang berharap pada sesuatu dengan niat yang sangat tinggi? sangat2 berharap hingga tidak mempedulikan tentang hal lain. aku sure 100% kita semua pernah merasa perasaan yang sama. perasaan mengharap dengan penuh harapan. tak kisah lah pengharapan dalam bab impian masa depan, kehidupan sosial, cinta, keluarga, harta, duit, tentang perasaan atau apa saja yang kita harapkan. mengharap agar apa yang kita impikan jadi kenyataan. dapat mengecapi apa yang kita idam-idamkan.

Tapi .. kadang2 harapan itu tiada ertinya, bilamana semuanya hanyalah sia-sia. tiada erti tiada maknanya .. berakhir dengan begitu saja .. hopeless .. useless .. memang menyakitkan!

Aku akui memang aku seorang yang demand. aku mengharap untuk memiliki segala2 yang terbaik. menginginkan sesuatu yang lebih dari orang lain. menginginkan sesuatu yang termampu aku lakukan, bukan hanya berangan tapi mesti ada usaha untuk mendapatkannya. tak salahkan? kita semua ditakdirkan untuk memilih. dan pilihan itu hanya kita saja yang berhak diatasnya.

Dalam hidup ini kita haruslah menjadi mahal dalam segalanya. jangan mudah memberi dan merasa. kadang2 sifat ego itu sangat perlu. bukan apa. orang akan hormat kita jika ada pendirian dan prinsip. bukannya sombong tapi kita hanya memilih. bukankah pilihan itu yang menentukan hidup kita? jadi pilihlah .. samada anda seorang yang murah tanpa dihormati atau mahal dengan peribadi tinggi? jadi jangan pernah berhenti berharap selagi kita ada peluang memilih! salam ramadhan '11

::Am i BaD ?::

*menghela nafas panjang*


Orang boleh tuduh kita sejahat-jahatnya, orang boleh kata kita seburuk-buruknya, orang boleh anggap kita sekejam-kejamnya. itu kata orang, semua pun mereka boleh beritahu, semua pun mereka boleh tafsirkan. itu hak mereka. biarlah apa yang mereka nak kata. tapi yang tahu, yang mengerti, yang memahami, cuma diri kita sendiri, buruk baiknya hanya kita yang tahu, selain DIA.

Kadang2 niat kita baik, tapi tahukah orang kebaikan kita? kadang2 kita nak mengalah, tahukah orang pengorbanan kita? kadang2 kita ikhlas memberi, apa pula reaksi orang yang menerima?

Memanglah kadang2 manusia tidak terlepas dari kesilapan, kesalahan dan kelemahan. aku akui aku banyak silap, banyak salah dan lemah. aku tidak dilahirkan sempurna sifatnya. terkadang menyimpang juga dari laluan asal, terkadang menongkah juga derasnya arus, itu semua lumrah. kita manusia biasa, silap dan salah itu resipi kehidupan.

Aku sangat nak minta maaf kalau boleh, sekiranya kewujudan aku hanya satu "trouble" korang. iya, aku tidak meminta begitu. aku rela berundur diri kalau itu jalan terbaik. aku bukan manusia yang baik. selamat malam korang !

Living my Lifetime

This is story 'bout me, ::just a simple life like others .. i guess:: My name is Hiffi, but people call me Epi. me? .. patient and reliable, warmhearted and loving, persistent and determined, placid and security loving, jealous and possessive, resentful and inflexible, self-indulgent and greedy person .. that was people said ..

In my life, there is so many people check in and out like a hotel's life ::people come people out:: but i still love them. me? adores comfort and likes being surrounded by pleasing, soothing things.

p/s obviously, i love my self .. too

::saya tinggal di kawasan ini .. apartment synergy advanced a.k.a rumah atas kedai. haha::

In my free time, i love to chill' myself .. hangout with buddies, eat, lepaking and photoshoot ..

.. watching movie .. epic movie, country movie, romance and ALL .. i dun like seram sejok movie .. lol ..

.. yeah opkos shopping ya~

.. singing .. i love to express my self at karaoke center .. my favorite song to sing is Sebelum Cahaya by Letto .. hahaha!

~fashion is my passion~

.. i love to surfing .. chatting with buddies, laughing and gossippink .. i'm faithful and generous friend with a great capacity for affection but don't add me with your KPOP face please ::i hate fake people:: just be yourself okay ..

::music is my life .. no music no life:: country song, pop jazz, rnb .. pendek kata ALL la .. layan!

.. sometimes ::OUT OF ORDER:: so please Q up .. LOL

.. aku ni muka nampak inosen tapi badan penuh tatoo .. kadang2 telebih jiwang ..

well .. i love my self .. i love you too .. i don't care what people say and what people think .. i know what's right ..

.. to be continued ..

Cari Makan Sana Sini

HAI HAI HAI .. selamat kita bertemu kembali dalam rancangan Cari Makan Sana Sini bersama saya host anda. Encik H (bukan nama sebenar) wakakaka .. suka makan? jum join saya. kita makan sampai pengsan. my bff, check it out, mana tau ada pix korang.

Lokasi : Burger King, KLCC

Lokasi : My Mamak, Kuching

Lokasi : Basaga, Kuching

Lokasi : Mc'd, Kuching

Lokasi : Gerai Makan Sematan, Kuching

Lokasi : Madam Tang, Kuching

Lokasi : D11, Kuching

Lokasi : Food Court Warisan Seni, Sabah

Lokasi : Kedai Nasi Ayam, Bukit Bintang

Lokasi : The Chicken Rice Shop, BTS

Lokasi : Look Up Point, KL

Lokasi : Food Court Midvalley

Lokasi : Heritage, Kuching

Lokasi : Waterfront, Kuching

Lokasi : Seven On Seven, Matang Kuching