
destinasiku .. KUCHING




biarpun seketika, sekilas cuma


hidup adalah satu perubahan yang harus kita terima seadanya. biarpun mulanya kita yakin dan pasti semuanya seperti yang diimpikan, tapi bukanlah semudah itu sahabatku.. kadang-kadang perjalanan hidup datang menduga tanpa dipinta. sekelip mata semuannya berubah.
indahnya pelangi malam, menerangi malapnya langit gelita. bersama seribu kemilau bintang, membuatkan dunia jadi bahagia. hadirnya pelangi walaupun seketika tapi maknanya sukar diduga. getarnya membuat jiwa jadi teruja. sesekali pelangi menyapa bulan malam. andai dapat ku gantikan tempatmu di sana. namun ku khabarkan pada pelangi malam. tempatmu bukan di sini. asalmu pada senja di sana. bersama rintik hujan tika panas terik membelai.
indahnya awan di sana tapi seketika cuma, memandangnya mungkin baik bagi sesiapa. memberi inspirasi bagi pelukis alam. pencipta keindahan. menjadi saksi kisah kasih yang belum tercipta. petir menerpa membawa ribut yang membinasa semua. membawa hati lara jauh, jatuh bersama kesedihan berpanjangan.

it's all about learning



transformasi kehidupan



menghitung hari yang berlalu dengan nada ceria mungkin tak siapa yang mengerti .. ku lihat wajah-wajah yang bakal ku tinggalkan, kak ida, kak yah, kak ema, miss ho, marrill, kak ju, abang wira, abang rosli, mike, shirley ... bagaikan kakak dan abang aku sendiri. biarpun sesekali kata duka terlepas jua, namun tidak menjadi alasan untuk menaruh dendam. malah ku yakin kemesraan itu mengeratkan kasih sayang antara kita. buat nana, mell dan ham .. kalian bagaikan adik aku sendiri. kenakalan buat kami jadi akrab. kemesraan buat kita sehaluan .. sampai jumpa lagi.
“perjalanan hidup jika diterjemahkan dalam media filem mahupun drama menjadi plot yang membosankan namun dengan adanya kita, peristiwa semasa di sana sini menjadi dramatik dan menghiburkan penuh informasi” - epi - bekas penyunting visual/penulis skrip.

pertemuan dan persahabatan


3 minggu lepas, aku terjumpa family Anip di mall setelah beberapa tahun tak bertemu. rindu gak time lepak2 ngan family dia dulu. menikmati secawan nescafe bujang bersama Anip mengingatkan aku zaman kolej yang indah dengan persahabatan dalam mengenal erti kematangan. lama tak jumpa member aku tu. dengar cerita dia dah buka kiosk kebab (kami pernah berangan-angan nak buat restaurant mewah siap ada swimming pool, carpark bertingkat dan mcm2 lagi. kalau takdir menentukan, aku nak sangat berjumpa dengan dia balik.
2 minggu lepas, aku terjumpa ngan Omar dekat st.joseph, one of my friend masa smk dulu. dari tinggi dia setakat pinggang aku dan kini tinggi dia hampir sama ngan aku. dia best friend ngan Abu, my adik. banyak yang kami bualkan. nasib kami lebih kurang, anak yatim .. huhuhu .. sedeh beb. memandang riak wajah Omar mengingatkan aku dengan Richmond .. persahabatan yang hilang ditelan zaman yang juga semakin berubah. sekarang adik aku tu dah nak jadi bomba. skrg tgh teruk ikut trainning. sian dia. apapun aku doakan dia berjaya demi mencapai cita-cita dia.
1 minggu lepas, member b.f.f aku buat party lagi, dan kali ini tema gathering white_out. seronok sungguh. one of the best party in my life. cuma apa yang menjejaskan keadaan, perselisihan faham antara beberapa geng buat party sedikit tak ok .. harap2 hubungan yang tak ok tu ok balik. tak syok la kalau masam2 muka, sedangkan dah banyak kita share the moments together ... kadang kala kita tak perlu la nak jual mahal sangat! sifat merendah diri dan keterbukaan yang paling penting dalam hubungan persahabatan. bukannya mementingkan diri sendiri. bukan aku nak mengata cuma saling mengingatkan agar aku atau kau atau sesiapa sahaja tak mudah menyalahkan orang lain dengan kesilapan sendiri. jangan hanya kerna hal yang tak masuk akal, persahabatan jadi permusuhan. hargailah teman yang selama ini berkongsi suka duka sebelum ianya makin renggang. aku pernah merasai suatu kehilangan. jadi ikhlas aku katakan, kalian beruntung ..
Party memang happening. dengan kaler putih yang menyelubungi pesta, tak dapat aku bayangkan kemesraan kami. bercahaya dan bertenaga .. love u all guys ..
wid, bob, zai n me
baby, me, aida, wid n bob
shella, zai n me

inikah namanya cinta?



1Love:KAYDo9@CEWC




Tadi. Rasa seperti semalam semuanya berlaku. Pantas sekali. Masih hangat dakapan teman-teman saat perpisahan berlaku. Masih segar bait-bait lagu yang memuji keindahan kuasa Roh Kudus. Masih jelas gerak tari yang lucu mengusik jiwa bila dikenang. Masih ku ingat kata-kata semangat yang diperjuangkan oleh Brother Jude. Inspirasi doa yang ku pinjam dari Sis Maay. Dan kekuatan yang sejati dari Ayoong. Kini aku kembali ke dunia biasa. Melayari hari-hari yang mendatang dengan berusaha untuk menangkis segala cubaan. Namun aku mengerti aku hanyalah insan biasa, tak lari dari dosa dunia.


Hari itu. Aku, Gerrard dan Gabriel masih menanti di depan pintu dewan. Anak-anak muda yang lain dah tak sabar-sabar dengan permulaan konsert sebentar lagi. Sambil menghembus asap rokok yang mula membuat aku mual, ku hirup air mineral yang sempat aku bawa bersama. Pengumuman dari servant yang bertugas menandakan konsert bermula. Semua berpusu-pusu memenuhi setiap ruang dewan. Drama Tari dan Teater ala muzikal hebat dipentaskan dengan kerlipan cahaya yang kemilau. Pantulan cahaya pantas membuatkan kami beralih arah ke persembahan berkumpulan nyanyian dari anak-anak muda Kristus yang mempunyai bakat yang sungguh luar biasa. Aku sangat teruja. Malah aku dapat rasakan ketenangan yang teramat sangat bila ku mampu lepaskan segalanya melalui praise and worship.


Esok. Semoga semuanya berjalan menurut kehendak rencanaNya. Namun yang pasti aku menyimpan sejuta kekuatan yang aku pelajari dari KAYD. Aku pasti kembali lagi untuk misi yang seterusnya. Misi memuji keindahan nama Bapa, Putera dan Roh Kudus. Amin.

diari_ramadhan


thanx siti for kari ayam keribang
kuih muih datang khas dari U.mas
Bagi aku, bulan ramadhan dilalui dengan hati yang terbuka dan menghormati adat resam serta kepercayaan masing2. apatah lagi, majoriti sahabatku adalah dari kalangan muslim. Sahur sama2 .. sungke sama2 .. adakalanya berpuasa .. adakalanya tak puasa .. walaupun tak sempurna puasa namun aku tetap menghormati mereka yang berpuasa. Tak salah kita menghormati sesama kerana mengikut didikan mak aku, orang akan hormat kita kalau kita hormat orang lain. Kan?
berbuka puasa di rumah k.a.m.i
anggur yang sedap dr stella n geng
seronok
Biar apapun kita, rasa rendah diri, hormat menghormati dan saling memahami menjadi acuan utama untuk hidup aman damai harmoni tanpa sengketa terpendam di hati. Salam Ramadhan, Salam 1Malaysia Salam Merdeka. Salam Aidilfitri yang bakal tiba juga, khas buat teman2 yg mengenali, memahami dan menyayangi diri ini.
berbuka puasa di Hartz Chicken Buffet

mongkos, kampung asli Bidayuh



rumah panjang kampung mongkos
tunggu nak start shooting

Batu Kapal milik Orang Kaya Bugis

unik tak tumbuhan liar ni?

kawan2 dari Kampung Mongkosair terjun Silungkung di Bukit Niat

anak2 muda gigih mempelajari tarian tradisional

Warisan yang menjadi kemegahan masyarakat pribumi haruslah terus dipelihara dan dikekalkan demi mengangkat martabat suatu khazanah yang melambangkan identiti yang tersendiri. Malah panorama hutan semulajadi di Kampung Mongkos menjadi aset penting untuk industri pelancongan di Sarawak. Khazanah alam yang terus dipelihara ini menjadi warisan dari zaman ke zaman sekaligus mampu menjana pendapatan dan taraf ekonomi penduduk setempat.

i ♥ kuala lumpur



terdiam terpaku sejenak seketika


SYUKUR .. kebelakangan ini aku banyak berfikir.. bukan memikirkan suatu yang menyesakkan mata menyakitkan telinga, tapi sekadar memikirkan keindahan kehidupan ini. barangkali lama rasanya tak menikmati suatu perasaan teruja bila betemu saudara seagama, sebudaya. last aku involved dengan aktiviti belia church ialah tahun 2005, september. dan bila ku luangkan masa yang lalu untuk menemui Dia, hatiku begitu tenang dan hilang sedikit kekalutan yang aku rasakan. dan apa yang lebih membuatkan aku begitu bersyukur, masih ada ruang dan waktu untuk aku kembali bersujud dihadapanNya.. dan untuk seketika aku terdiam sejenak dan terpaku seketika dengan banyak hal yang telah ku tempuhi selama ini. sedikit sebanyak pengalaman hidup aku atau mungkin orang lain ku jadikan panduan bagi melayari bahtera kehidupan. harus kita sedari, tidak semua hidup manusia dilengkapi dengan keindahan dan keseronokan semata-mata. mungkin ada orang lain yang lebih merasai kepiluan dan kesunyian yang berpanjangan namun mereka masih berupaya menjalani kehidupan ini.

gathering miak sarawak 2009






makan time
me n sulu sarawak (izinku pergi by kaer's song writer)
me n saiful (top5 1st malaysian idol)
me n bob from KL .. only one or.mala
games 1 .. lucky pic .. miss diana try to singing like a Ning ..
the best performance .. sulu with hafiz dance retro ..






