it's all about learning

Rasanya dah seminggu lebih aku memulakan tugasan sebagai jurutera on-site untuk sistem tele-primary care. meninggalkan kerjaya lama sebagai editor mungkin keputusan yang luar biasa yang pernah aku buat, dan mungkin juga takdir yang telah ditentukan untuk aku jalani. biasalah, kadang-kadang betul gak cakap orang, hidup suatu perjudian. umpama berjalan dalam gelap. tak tau yang mana satu, mujurlah diciptakan suluh untuk menerangi kegelapan. apala aku merapu ni. tapi apa yang penting, aku happy dan selesa dengan kerjaya baru aku. nak lupakan sekejap kesibukan dunia penerbitan. sekarang ni nak fokus betul2 dan menggapai kejayaan. lepas ni takda la aku khabarkan tentang penggambaran dan skrip2 baru yang aku siapkan.


Kerja baru ni cukup mencabar kesabaran, ketelitian dan kemahiran aku. dengan basic database yang pelajari masa kat kolej dan pengetahuan umum yang ada, aku mula belajar dengan penuh dedikasi dan focus setiap praktikal yang bos aku bagi. syukur la bos aku seorang yang cukup expert dan mengetahui segala sesuatu pasal sistem TPC. rakan sekerja yang ala2 gila2 memberikan suasana kerja yang cukup selesa dan takla tensen2 sgt. tapi sekarang ni ada masalah kecil dengan user sistem TPC (doktor2 dan nurse2 dan segala sesuatu staff yang berkait rapat ngan dunia perubatan). macam2 karenah yang ditemui sepanjang kerjaya. ni belum lagi, baru seminggu. dah lama2 nanti tak tau lagi la camana, silap2 haribulan, aku yang masuk wad psikiatrik.


Tapi, aku suka la ngan keja baru ni. satu sebab aku dapat online bilamasa aku suka, sebab keja mmg memerlukan kami untuk berkomunikasi secara web terutamanya ngan staff dari HQ. kedua sebab aku dapat berjumpa ngan masyarakat luar terutamanya patient2 yang dari pelbagai site. ketiga sebab aku banyak travelling nanti. pegi ke serata malaysia, insyaallah kalau ada rezeki. hehe. ok la .. bz sikit ni (chewahh) .. kalau ada apa2 yang grand aku report lagi la yerrr .. salam 1malaysia.

transformasi kehidupan

ketika mula-mula menyertai Bahagian Ranc. TV

debaran buat aku tertekan, gelisah menjadikan hariku gundah tak sudah namun keyakinan yang tersemat dalam ingatan memberi aku kekuatan untuk terus berjuang dan berusaha. kita dewasa dengan pengalaman, belajar erti kebebasan .. menghargai makna pengorbanan. aku memperjudikan sebahagian dari usia remaja ku untuk mencapai impian yang sekian lama diidamkan, namun itu bukanlah taruhan untuk mencipta kejayaan. biarpun onak duri yang dirasai kadang kala menusuk jauh hingga ke hati namun ku tabahkan semangat dengan setitik kecekalan. menjalani hidup penuh semangat kadang pun sesekali rebah dan meronta-ronta dalam kepedihan. sekalipun puitis nya pena ini berlari namun tiada siapa yang mengerti kelukaan yang jauh bertaut melingkari. hingga akhirnya aku pasrah jika akhirnya harus ku lepaskan semuanya .. tiada lagi warna ceria yang mengubat segala derita, tiada alunan muzikal yang membayangi gerak manusia di sana sini .. tiada lagi kepura puraan suka dalam cerca. yang tinggal mungkin hanya kenangan yang aku ku kongsikan bersama mereka di sana .. yang tinggal hanyalah bibit-bibit suka duka yang menjadi pedoman untuk mengharungi masa kelak. aku akur .. impian memerlukan pengorbanan .. kini ku temui penunjuk arah ke gerbang kejayaan. mencapai bintang jauh di sana. mungkin aku tak biasa namun ku pelajari dari hari ke hari .. jauh lagi perjalanan ini untuk di orak .. biarpun sukar untuk melupakan sesuatu yang telah sebati dalam diri namun ku harus akur, pasrah dan tegas aku katakan .. aku rela ..

aku, ham dan wira .. 3 member visual editor

menghitung hari yang berlalu dengan nada ceria mungkin tak siapa yang mengerti .. ku lihat wajah-wajah yang bakal ku tinggalkan, kak ida, kak yah, kak ema, miss ho, marrill, kak ju, abang wira, abang rosli, mike, shirley ... bagaikan kakak dan abang aku sendiri. biarpun sesekali kata duka terlepas jua, namun tidak menjadi alasan untuk menaruh dendam. malah ku yakin kemesraan itu mengeratkan kasih sayang antara kita. buat nana, mell dan ham .. kalian bagaikan adik aku sendiri. kenakalan buat kami jadi akrab. kemesraan buat kita sehaluan .. sampai jumpa lagi.

ketika rumah terbuka aidilfitri 2009

“perjalanan hidup jika diterjemahkan dalam media filem mahupun drama menjadi plot yang membosankan namun dengan adanya kita, peristiwa semasa di sana sini menjadi dramatik dan menghiburkan penuh informasi” - epi - bekas penyunting visual/penulis skrip.

pertemuan dan persahabatan

Bilik bersepah dengan magazine Junk bertaburan, cawan Nescafe yang tak berbasuh lagi, mata dah kuyu memandang laptop seharian, bantal pun tak bersusun lagi. aku tak tau nak buat apa lagi. bosan yang teramat bila tak jumpa kawan2. "kita dilahirkan saya, aku..tapi kita menghabiskan masa mencari kawan, teman..geng. mencari rakan-rakan yang kita boleh berhubung. mencari sahabat sejiwa, mencari kami, menjadi kami" - kami’08 - lantas pikiran ku jauh melamun ke dunia kenangan lama. tak salah rasanya memandang ke belakang asalkan kaki terus melangkah ke hadapan. biarpun sesekali tergelincir, namun pengalaman bersamanya mendewasakan kita. dalam hidup juga, kadang-kadang kita harus akur biarpun sesekali cuba menafikan bahawa jodoh dan pertemuan itu kuasa dan kehendakNya.

3 minggu lepas, aku terjumpa family Anip di mall setelah beberapa tahun tak bertemu. rindu gak time lepak2 ngan family dia dulu. menikmati secawan nescafe bujang bersama Anip mengingatkan aku zaman kolej yang indah dengan persahabatan dalam mengenal erti kematangan. lama tak jumpa member aku tu. dengar cerita dia dah buka kiosk kebab (kami pernah berangan-angan nak buat restaurant mewah siap ada swimming pool, carpark bertingkat dan mcm2 lagi. kalau takdir menentukan, aku nak sangat berjumpa dengan dia balik.

2 minggu lepas, aku terjumpa ngan Omar dekat st.joseph, one of my friend masa smk dulu. dari tinggi dia setakat pinggang aku dan kini tinggi dia hampir sama ngan aku. dia best friend ngan Abu, my adik. banyak yang kami bualkan. nasib kami lebih kurang, anak yatim .. huhuhu .. sedeh beb. memandang riak wajah Omar mengingatkan aku dengan Richmond .. persahabatan yang hilang ditelan zaman yang juga semakin berubah. sekarang adik aku tu dah nak jadi bomba. skrg tgh teruk ikut trainning. sian dia. apapun aku doakan dia berjaya demi mencapai cita-cita dia.

1 minggu lepas, member b.f.f aku buat party lagi, dan kali ini tema gathering white_out. seronok sungguh. one of the best party in my life. cuma apa yang menjejaskan keadaan, perselisihan faham antara beberapa geng buat party sedikit tak ok .. harap2 hubungan yang tak ok tu ok balik. tak syok la kalau masam2 muka, sedangkan dah banyak kita share the moments together ... kadang kala kita tak perlu la nak jual mahal sangat! sifat merendah diri dan keterbukaan yang paling penting dalam hubungan persahabatan. bukannya mementingkan diri sendiri. bukan aku nak mengata cuma saling mengingatkan agar aku atau kau atau sesiapa sahaja tak mudah menyalahkan orang lain dengan kesilapan sendiri. jangan hanya kerna hal yang tak masuk akal, persahabatan jadi permusuhan. hargailah teman yang selama ini berkongsi suka duka sebelum ianya makin renggang. aku pernah merasai suatu kehilangan. jadi ikhlas aku katakan, kalian beruntung ..

Party memang happening. dengan kaler putih yang menyelubungi pesta, tak dapat aku bayangkan kemesraan kami. bercahaya dan bertenaga .. love u all guys ..

wid, bob, zai n me

baby, me, aida, wid n bob

shella, zai n me

inikah namanya cinta?

bila anda jatuh cinta absolutepi.blogspot.com anda tak kan dapat melupakan setiap saat anda mengalaminya. memandang matanya terasa seperti jantung anda digoncang kuat. berdebar-debar. hati malu menatap wajahnya namun riak nakal anda jelas menginginkannya. biarpun bayangnya berlalu, jiwa anda masih bergelora. ya, mengapa cemas tp penuh debaran. seluruh tangan anda menggeletar bila senyumnya melirik manja. yang kadangkala serius. semua padanya jadi impianmu. matanya, hatinya dan mungkin belaian cinta. oh..teruknya. apatah lagi bila suaranya bernada walaupun bukan untuk anda. bila tidak melihatnya, anda tidak kesunyian kerana bayangnya sentiasa bersama setiap ketika. kadang-kadang kenakalan anda mencuri setiap detik pertemuan yang mungkin anda bayangkan. menanti kelibatnya yang kadang kala menyiksa jiwa anda. biarpun hanya memandang bayangnya yang sepintas cuma, tapi anda bahagia. bila berjumpa, mata anda jujur menyatakan anda ingin bersamanya biarpun anda tak terkata.
hari jadi tak keruan, hati jadi tak tenteram, jiwa menjadi tertekan .. namun semuanya suatu keasyikan.

jika anda mengalami perasaan ini, jangan takut, mungkin inilah namanya cinta!

1Love:KAYDo9@CEWC

Hari Itu. Aku lelapkan mata. Tapi tak mampu. Jauh ku melamun. Bila melihat teman-teman yang lain sibuk dengan urusan masing-masing aku teringat kehidupan di masa silam. Jauh aku meninggalkan Tuhan. Berdosa sekali aku pada Tuhan. Namun sejauh mana aku pergi .. jiwa aku masih kuat dan kerinduan padaNya masih seperti dulu. Dan kerana kerinduan pada Tuhan juga, aku kembali ke sini. Kembali melepaskan rindu pada kasih Tuhan. Rindu untuk memujanya. Rindu pada kedamaian di gerejaNya. Rindu pada lagu-lagu yang memuji keindahan nama Tuhan. Akhirnya aku terlelap. Lelap bersama kerinduan .. yang akhirnya ku temui kembali.

Tadi. Rasa seperti semalam semuanya berlaku. Pantas sekali. Masih hangat dakapan teman-teman saat perpisahan berlaku. Masih segar bait-bait lagu yang memuji keindahan kuasa Roh Kudus. Masih jelas gerak tari yang lucu mengusik jiwa bila dikenang. Masih ku ingat kata-kata semangat yang diperjuangkan oleh Brother Jude. Inspirasi doa yang ku pinjam dari Sis Maay. Dan kekuatan yang sejati dari Ayoong. Kini aku kembali ke dunia biasa. Melayari hari-hari yang mendatang dengan berusaha untuk menangkis segala cubaan. Namun aku mengerti aku hanyalah insan biasa, tak lari dari dosa dunia.

Hari itu. Aku, Gerrard dan Gabriel masih menanti di depan pintu dewan. Anak-anak muda yang lain dah tak sabar-sabar dengan permulaan konsert sebentar lagi. Sambil menghembus asap rokok yang mula membuat aku mual, ku hirup air mineral yang sempat aku bawa bersama. Pengumuman dari servant yang bertugas menandakan konsert bermula. Semua berpusu-pusu memenuhi setiap ruang dewan. Drama Tari dan Teater ala muzikal hebat dipentaskan dengan kerlipan cahaya yang kemilau. Pantulan cahaya pantas membuatkan kami beralih arah ke persembahan berkumpulan nyanyian dari anak-anak muda Kristus yang mempunyai bakat yang sungguh luar biasa. Aku sangat teruja. Malah aku dapat rasakan ketenangan yang teramat sangat bila ku mampu lepaskan segalanya melalui praise and worship.

Esok. Semoga semuanya berjalan menurut kehendak rencanaNya. Namun yang pasti aku menyimpan sejuta kekuatan yang aku pelajari dari KAYD. Aku pasti kembali lagi untuk misi yang seterusnya. Misi memuji keindahan nama Bapa, Putera dan Roh Kudus. Amin.

diari_ramadhan

ramadhan kembali lagi. seperti biasa, bagi kaum muslim, inilah saat yang dinanti2kan untuk menguatkan iman dengan menahan lapar dan dahaga. Apatah lagi, bila berakhirnya ramadhan, aidilfitri pula menjelma bagi meraikan 1 syawal. Bagi kaum bukan muslim pula, bulan ramadhan turut dirasai dan dimeriahkan dengan kunjungan ke bazaar ramadhan sambil membeli pelbagai masakan tradisional, eksotik mahupun western food yang menjadi pilihan masing2. Di sarawak, menu utama pilihan ramai termasuklah ikan parek bakar, ikan terubuk bakar, kuih kapal, sutung tutok .. dan mcm2 lagi la .. aku biasalah .. selain tauhu sumbat, dadeh menjadi favourite.

thanx siti for kari ayam keribang

kuih muih datang khas dari U.mas

Bagi aku, bulan ramadhan dilalui dengan hati yang terbuka dan menghormati adat resam serta kepercayaan masing2. apatah lagi, majoriti sahabatku adalah dari kalangan muslim. Sahur sama2 .. sungke sama2 .. adakalanya berpuasa .. adakalanya tak puasa .. walaupun tak sempurna puasa namun aku tetap menghormati mereka yang berpuasa. Tak salah kita menghormati sesama kerana mengikut didikan mak aku, orang akan hormat kita kalau kita hormat orang lain. Kan?

berbuka puasa di rumah k.a.m.i

anggur yang sedap dr stella n geng

seronok

Biar apapun kita, rasa rendah diri, hormat menghormati dan saling memahami menjadi acuan utama untuk hidup aman damai harmoni tanpa sengketa terpendam di hati. Salam Ramadhan, Salam 1Malaysia Salam Merdeka. Salam Aidilfitri yang bakal tiba juga, khas buat teman2 yg mengenali, memahami dan menyayangi diri ini.

berbuka puasa di Hartz Chicken Buffet

mongkos, kampung asli Bidayuh

Bagi sesetengah orang, Serian terkenal dengan keramahan dan kemesraan penduduk yang rata-ratanya adalah suku kaum Bidayuh. Kampung Mongkos merupakan salah satu perkampungan Bidayuh asli yang terletak di Serian dengan jarak kira-kira 103km perjalanan dari Bandaraya Kuching. Seni reka bentuknya terpelihara semenjak tahun 1959 dan masih kekal hingga ke hari ini.

rumah panjang kampung mongkos

tunggu nak start shooting

Tidak banyak berbeza dengan homestay lain di Sarawak, Homestay Kampung Mongkos menawarkan fasiliti asas untuk keselesaan pengunjung dengan harga yang berpatutan. Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti lasak, sahutlah cabaran berkunjung ke Batu Kapal Bugis dengan merentasi hutan bersama penduduk kampung yang bersedia mengiringi pengembaraan anda. Kesempatan berkunjung ke Air Terjun Silungkung yang terletak di Bukit Niat merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan kerana kejernihan sungai dan kesejukan air terjunnya pasti meninggalkan pengalaman yang sukar dilupakan.

Batu Kapal milik Orang Kaya Bugis

unik tak tumbuhan liar ni?

kawan2 dari Kampung Mongkos

air terjun Silungkung di Bukit Niat

Malam Kebudayaan yang diadakan di Rumah Panjang Kampung Mongkos merupakan kemuncak aktiviti pengunjung homestay bersama penduduk kampung. Pada malam tersebut kira-kira 6 jenis tarian yang dipersembahkan termasuklah Langi Pengadap yang ditarikan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

anak2 muda gigih mempelajari tarian tradisional

Warisan yang menjadi kemegahan masyarakat pribumi haruslah terus dipelihara dan dikekalkan demi mengangkat martabat suatu khazanah yang melambangkan identiti yang tersendiri. Malah panorama hutan semulajadi di Kampung Mongkos menjadi aset penting untuk industri pelancongan di Sarawak. Khazanah alam yang terus dipelihara ini menjadi warisan dari zaman ke zaman sekaligus mampu menjana pendapatan dan taraf ekonomi penduduk setempat.

i ♥ kuala lumpur

seharian menghabiskan masa di Kuala Lumpur adalah suatu pengalaman yang terindah sukar dilupakan .. apatah lagi bersama kawan2 yang tersayang mlengkapkan penjelajahan yang tiada akhirnya .. huhuhu .. love u guys ..

penat sgt sampai kaki terasa nak tercabut

me n siti lepaking @ b.b

sempat agi nak pose ..

i ♥ kuala lumpur!

jiwa kosong n serabut beb ..

makan Burger King n i really luv it

touch up sikit be4 party

my good frenz .. zai

me n eida .. sweet sekali

purple in our heart .. from philosophy

my flava food court .. mid.vall

waiting 4 boarding .. to kL

terdiam terpaku sejenak seketika

SYUKUR .. kebelakangan ini aku banyak berfikir.. bukan memikirkan suatu yang menyesakkan mata menyakitkan telinga, tapi sekadar memikirkan keindahan kehidupan ini. barangkali lama rasanya tak menikmati suatu perasaan teruja bila betemu saudara seagama, sebudaya. last aku involved dengan aktiviti belia church ialah tahun 2005, september. dan bila ku luangkan masa yang lalu untuk menemui Dia, hatiku begitu tenang dan hilang sedikit kekalutan yang aku rasakan. dan apa yang lebih membuatkan aku begitu bersyukur, masih ada ruang dan waktu untuk aku kembali bersujud dihadapanNya.. dan untuk seketika aku terdiam sejenak dan terpaku seketika dengan banyak hal yang telah ku tempuhi selama ini. sedikit sebanyak pengalaman hidup aku atau mungkin orang lain ku jadikan panduan bagi melayari bahtera kehidupan. harus kita sedari, tidak semua hidup manusia dilengkapi dengan keindahan dan keseronokan semata-mata. mungkin ada orang lain yang lebih merasai kepiluan dan kesunyian yang berpanjangan namun mereka masih berupaya menjalani kehidupan ini.

gathering miak sarawak 2009

biarpun agak terlewat aku tetap nak gak publish gathering miak sarawak 2009 yang berakhir dengan gemilangnya sabtu lepas. bermula dengan perbincangan yang agak suam-suam kuku, kronologi gathering makin mencemaskan di saat bermulanya function yang menuntut kesabaran. namun dengan tahap profesional dan keyakinan pada AJK, akhirnya gathering dimulakan dengan penuh gelak tawa, meriah dan menjadi salah satu kenangan yang agak sukar dilupakan. terima kasih kepada AJK yang terlibat dan semoga kita berjumpa di edisi yang kedua pada musim yang akan datang!

at room 515 K.P.H .. ready 4 flash!

tiga orang penting gathering.zai.aida.polo

makan time

me n sulu sarawak (izinku pergi by kaer's song writer)

me n saiful (top5 1st malaysian idol)

me n bob from KL .. only one or.mala

games 1 .. lucky pic .. miss diana try to singing like a Ning ..

the best performance .. sulu with hafiz dance retro ..

games 2 .. its limbo rock baby!

games 3 .. mumia is back!

sarawakian's indi band .. Moon_Light .. go boys!

hafiz n me .. cool n peace!

ohmyghost! .. miss wid n me is princess n prince retro at night! thanxz 4 votes ..

see ya at 2nd gathering .. muahhh!