
menghitung hari yang berlalu dengan nada ceria mungkin tak siapa yang mengerti .. ku lihat wajah-wajah yang bakal ku tinggalkan, kak ida, kak yah, kak ema, miss ho, marrill, kak ju, abang wira, abang rosli, mike, shirley ... bagaikan kakak dan abang aku sendiri. biarpun sesekali kata duka terlepas jua, namun tidak menjadi alasan untuk menaruh dendam. malah ku yakin kemesraan itu mengeratkan kasih sayang antara kita. buat nana, mell dan ham .. kalian bagaikan adik aku sendiri. kenakalan buat kami jadi akrab. kemesraan buat kita sehaluan .. sampai jumpa lagi.
“perjalanan hidup jika diterjemahkan dalam media filem mahupun drama menjadi plot yang membosankan namun dengan adanya kita, peristiwa semasa di sana sini menjadi dramatik dan menghiburkan penuh informasi” - epi - bekas penyunting visual/penulis skrip.