diari_ramadhan

ramadhan kembali lagi. seperti biasa, bagi kaum muslim, inilah saat yang dinanti2kan untuk menguatkan iman dengan menahan lapar dan dahaga. Apatah lagi, bila berakhirnya ramadhan, aidilfitri pula menjelma bagi meraikan 1 syawal. Bagi kaum bukan muslim pula, bulan ramadhan turut dirasai dan dimeriahkan dengan kunjungan ke bazaar ramadhan sambil membeli pelbagai masakan tradisional, eksotik mahupun western food yang menjadi pilihan masing2. Di sarawak, menu utama pilihan ramai termasuklah ikan parek bakar, ikan terubuk bakar, kuih kapal, sutung tutok .. dan mcm2 lagi la .. aku biasalah .. selain tauhu sumbat, dadeh menjadi favourite.

thanx siti for kari ayam keribang

kuih muih datang khas dari U.mas

Bagi aku, bulan ramadhan dilalui dengan hati yang terbuka dan menghormati adat resam serta kepercayaan masing2. apatah lagi, majoriti sahabatku adalah dari kalangan muslim. Sahur sama2 .. sungke sama2 .. adakalanya berpuasa .. adakalanya tak puasa .. walaupun tak sempurna puasa namun aku tetap menghormati mereka yang berpuasa. Tak salah kita menghormati sesama kerana mengikut didikan mak aku, orang akan hormat kita kalau kita hormat orang lain. Kan?

berbuka puasa di rumah k.a.m.i

anggur yang sedap dr stella n geng

seronok

Biar apapun kita, rasa rendah diri, hormat menghormati dan saling memahami menjadi acuan utama untuk hidup aman damai harmoni tanpa sengketa terpendam di hati. Salam Ramadhan, Salam 1Malaysia Salam Merdeka. Salam Aidilfitri yang bakal tiba juga, khas buat teman2 yg mengenali, memahami dan menyayangi diri ini.

berbuka puasa di Hartz Chicken Buffet

mongkos, kampung asli Bidayuh

Bagi sesetengah orang, Serian terkenal dengan keramahan dan kemesraan penduduk yang rata-ratanya adalah suku kaum Bidayuh. Kampung Mongkos merupakan salah satu perkampungan Bidayuh asli yang terletak di Serian dengan jarak kira-kira 103km perjalanan dari Bandaraya Kuching. Seni reka bentuknya terpelihara semenjak tahun 1959 dan masih kekal hingga ke hari ini.

rumah panjang kampung mongkos

tunggu nak start shooting

Tidak banyak berbeza dengan homestay lain di Sarawak, Homestay Kampung Mongkos menawarkan fasiliti asas untuk keselesaan pengunjung dengan harga yang berpatutan. Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti lasak, sahutlah cabaran berkunjung ke Batu Kapal Bugis dengan merentasi hutan bersama penduduk kampung yang bersedia mengiringi pengembaraan anda. Kesempatan berkunjung ke Air Terjun Silungkung yang terletak di Bukit Niat merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan kerana kejernihan sungai dan kesejukan air terjunnya pasti meninggalkan pengalaman yang sukar dilupakan.

Batu Kapal milik Orang Kaya Bugis

unik tak tumbuhan liar ni?

kawan2 dari Kampung Mongkos

air terjun Silungkung di Bukit Niat

Malam Kebudayaan yang diadakan di Rumah Panjang Kampung Mongkos merupakan kemuncak aktiviti pengunjung homestay bersama penduduk kampung. Pada malam tersebut kira-kira 6 jenis tarian yang dipersembahkan termasuklah Langi Pengadap yang ditarikan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

anak2 muda gigih mempelajari tarian tradisional

Warisan yang menjadi kemegahan masyarakat pribumi haruslah terus dipelihara dan dikekalkan demi mengangkat martabat suatu khazanah yang melambangkan identiti yang tersendiri. Malah panorama hutan semulajadi di Kampung Mongkos menjadi aset penting untuk industri pelancongan di Sarawak. Khazanah alam yang terus dipelihara ini menjadi warisan dari zaman ke zaman sekaligus mampu menjana pendapatan dan taraf ekonomi penduduk setempat.

i ♥ kuala lumpur

seharian menghabiskan masa di Kuala Lumpur adalah suatu pengalaman yang terindah sukar dilupakan .. apatah lagi bersama kawan2 yang tersayang mlengkapkan penjelajahan yang tiada akhirnya .. huhuhu .. love u guys ..

penat sgt sampai kaki terasa nak tercabut

me n siti lepaking @ b.b

sempat agi nak pose ..

i ♥ kuala lumpur!

jiwa kosong n serabut beb ..

makan Burger King n i really luv it

touch up sikit be4 party

my good frenz .. zai

me n eida .. sweet sekali

purple in our heart .. from philosophy

my flava food court .. mid.vall

waiting 4 boarding .. to kL

terdiam terpaku sejenak seketika

SYUKUR .. kebelakangan ini aku banyak berfikir.. bukan memikirkan suatu yang menyesakkan mata menyakitkan telinga, tapi sekadar memikirkan keindahan kehidupan ini. barangkali lama rasanya tak menikmati suatu perasaan teruja bila betemu saudara seagama, sebudaya. last aku involved dengan aktiviti belia church ialah tahun 2005, september. dan bila ku luangkan masa yang lalu untuk menemui Dia, hatiku begitu tenang dan hilang sedikit kekalutan yang aku rasakan. dan apa yang lebih membuatkan aku begitu bersyukur, masih ada ruang dan waktu untuk aku kembali bersujud dihadapanNya.. dan untuk seketika aku terdiam sejenak dan terpaku seketika dengan banyak hal yang telah ku tempuhi selama ini. sedikit sebanyak pengalaman hidup aku atau mungkin orang lain ku jadikan panduan bagi melayari bahtera kehidupan. harus kita sedari, tidak semua hidup manusia dilengkapi dengan keindahan dan keseronokan semata-mata. mungkin ada orang lain yang lebih merasai kepiluan dan kesunyian yang berpanjangan namun mereka masih berupaya menjalani kehidupan ini.

gathering miak sarawak 2009

biarpun agak terlewat aku tetap nak gak publish gathering miak sarawak 2009 yang berakhir dengan gemilangnya sabtu lepas. bermula dengan perbincangan yang agak suam-suam kuku, kronologi gathering makin mencemaskan di saat bermulanya function yang menuntut kesabaran. namun dengan tahap profesional dan keyakinan pada AJK, akhirnya gathering dimulakan dengan penuh gelak tawa, meriah dan menjadi salah satu kenangan yang agak sukar dilupakan. terima kasih kepada AJK yang terlibat dan semoga kita berjumpa di edisi yang kedua pada musim yang akan datang!

at room 515 K.P.H .. ready 4 flash!

tiga orang penting gathering.zai.aida.polo

makan time

me n sulu sarawak (izinku pergi by kaer's song writer)

me n saiful (top5 1st malaysian idol)

me n bob from KL .. only one or.mala

games 1 .. lucky pic .. miss diana try to singing like a Ning ..

the best performance .. sulu with hafiz dance retro ..

games 2 .. its limbo rock baby!

games 3 .. mumia is back!

sarawakian's indi band .. Moon_Light .. go boys!

hafiz n me .. cool n peace!

ohmyghost! .. miss wid n me is princess n prince retro at night! thanxz 4 votes ..

see ya at 2nd gathering .. muahhh!

Edisi Emosi : seorang lelaki

sebolehnya aku tak ingin meluahkan kekecewaan yang telah sekian lama ku pendamkan. namun aku harus akur, putaran hidup yang kadang kala menuntut pengorbanan biarpun jarang dihargai. cinta bukanlah segalanya. itulah yang dapat ditafsirkan. nak menangis, air mata aku tak benarkan hati untuk meruntun jiwa. nak menyesal .. inilah pilihan aku walaupun tau begini pengakhirannya nanti. benar kata teman ~ mungkin ada yang lebih hebat dan baik untuk aku demi mencapai cecitaku. tapi tak pa .. mungkin ini yang terbaik bagi kita. daripada menanggung lara dibebani duka, lebih baik berpisah tanpa kata, mencari haluan masing-masing .. yang makin berbeza. jika cinta yang dia cari, mungkin tiada yang sehebat dari aku. jika duniawi yang dia cari, aku bukanlah orangnya ..

sepi yang mencengkam jiwa

bukan mudah untuk seorang insan yang dilahirkan "happy" seperti aku untuk merasa sepi. sesuai dengan nama yang ditakdirkan untuk aku, memang banyak pengalaman manis yang buat aku tak kering gusi bila mengenangkannya. apatah lagi dengan kewujudan kawan2 yang sekepala yang hari2 ada2 saja plan yang buat aku penat dalam kegumbiraan. tapi lately minggu ini, ada sesuatu yang mengusik jiwa menekan hati dan perasaanku. tatkala menginginkan sentuhan sang kekasih, adakalanya waktu jadi pemisah. saat ingin merasai keriangan bersama kawan, masing2 punya waktu dan masalah yang berlainan. saat itulah jiwa kacau bila emosi mengganggu minda. aku terlalu sepi sendiri. rindu pada family yang amat ku sayangi. rindu pada teman yang jarang ku temui. bukan salah mereka. masing2 ada tugasan di luar kawasan. tapi aku fahami dan mengerti, taklama lagi, saat itu pasti menjelma untuk kembali bersama. entahla, apa yang aku pikirkan, tapi aku betul2 bosan dan benci dengan perasaan ini. makin ku layani makin aku jauh sukar dimengerti. jika diturutkan kata hati ingin sahaja aku menjerit dan membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginan aku. kejam kan? tapi itulah yg aku pikirkan. tapi aku masih waras dan sahih. aku perlu tenang dan cekal. kerana mungkin itulah keistemewaan aku. tenang dalam gegaran dugaan.

oh ya. hujung minggu ini bakal diadakan Gathering Group Miak Sarawak fb di Kuching Park Hotel. keesokan harinya ada Road Show Apis. dan awal bulan Julai aku akan melangkah kaki ke Kota Metropolitan Malaysia. Hujung bulan Julai plak aku bakal memasuki arena penggambaran untuk rakaman rancangan pelancongan yang bakal aku kendalikan. yah..banyak gak perancangan yang bakal buat aku teruja dan kembali ke persada dunia yang penuh pancaroba. nantikan kemunculan aku. tunggu aku di sana ya. sekian. salam!

back~2~nature

party.party.party..aku sanggup mengorbankan kemeriahan Rumah Terbuka Gawai Dayak untuk sama-sama memeriahkan green carpet untuk birthday party gabungan Weyda dan Zul .. seronok sangat . walaupun kami pertama kalinya "dijajah" namun itu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan terakhir. hahhaha .. ayat skema betol uk menerangkan kesesakan di amoebar_lounge. ni beberapa candid pic yang aku suka uk tatapan kenangan yang sukar dilupakan.

zai.aida n me @ green carpet ..

me n birthday gurl .. miss.wid .. always on high

me n adam .. flying without wings .. cool

face party!

aida.wid n me .. luvly frenz

family pic candid

mak tengah kopek kelapa Gading

saya tengah menyediakan sayur

sangat sedap ..

budak2 yang boleh tahan nakal

one of my fav exsotic food .. undai

abu .. aya' yang baik

lepak di kampung agak seronok gak

shopping di HomeMart ..meriah jugek