terdiam terpaku sejenak seketika

SYUKUR .. kebelakangan ini aku banyak berfikir.. bukan memikirkan suatu yang menyesakkan mata menyakitkan telinga, tapi sekadar memikirkan keindahan kehidupan ini. barangkali lama rasanya tak menikmati suatu perasaan teruja bila betemu saudara seagama, sebudaya. last aku involved dengan aktiviti belia church ialah tahun 2005, september. dan bila ku luangkan masa yang lalu untuk menemui Dia, hatiku begitu tenang dan hilang sedikit kekalutan yang aku rasakan. dan apa yang lebih membuatkan aku begitu bersyukur, masih ada ruang dan waktu untuk aku kembali bersujud dihadapanNya.. dan untuk seketika aku terdiam sejenak dan terpaku seketika dengan banyak hal yang telah ku tempuhi selama ini. sedikit sebanyak pengalaman hidup aku atau mungkin orang lain ku jadikan panduan bagi melayari bahtera kehidupan. harus kita sedari, tidak semua hidup manusia dilengkapi dengan keindahan dan keseronokan semata-mata. mungkin ada orang lain yang lebih merasai kepiluan dan kesunyian yang berpanjangan namun mereka masih berupaya menjalani kehidupan ini.

gathering miak sarawak 2009

biarpun agak terlewat aku tetap nak gak publish gathering miak sarawak 2009 yang berakhir dengan gemilangnya sabtu lepas. bermula dengan perbincangan yang agak suam-suam kuku, kronologi gathering makin mencemaskan di saat bermulanya function yang menuntut kesabaran. namun dengan tahap profesional dan keyakinan pada AJK, akhirnya gathering dimulakan dengan penuh gelak tawa, meriah dan menjadi salah satu kenangan yang agak sukar dilupakan. terima kasih kepada AJK yang terlibat dan semoga kita berjumpa di edisi yang kedua pada musim yang akan datang!

at room 515 K.P.H .. ready 4 flash!

tiga orang penting gathering.zai.aida.polo

makan time

me n sulu sarawak (izinku pergi by kaer's song writer)

me n saiful (top5 1st malaysian idol)

me n bob from KL .. only one or.mala

games 1 .. lucky pic .. miss diana try to singing like a Ning ..

the best performance .. sulu with hafiz dance retro ..

games 2 .. its limbo rock baby!

games 3 .. mumia is back!

sarawakian's indi band .. Moon_Light .. go boys!

hafiz n me .. cool n peace!

ohmyghost! .. miss wid n me is princess n prince retro at night! thanxz 4 votes ..

see ya at 2nd gathering .. muahhh!

Edisi Emosi : seorang lelaki

sebolehnya aku tak ingin meluahkan kekecewaan yang telah sekian lama ku pendamkan. namun aku harus akur, putaran hidup yang kadang kala menuntut pengorbanan biarpun jarang dihargai. cinta bukanlah segalanya. itulah yang dapat ditafsirkan. nak menangis, air mata aku tak benarkan hati untuk meruntun jiwa. nak menyesal .. inilah pilihan aku walaupun tau begini pengakhirannya nanti. benar kata teman ~ mungkin ada yang lebih hebat dan baik untuk aku demi mencapai cecitaku. tapi tak pa .. mungkin ini yang terbaik bagi kita. daripada menanggung lara dibebani duka, lebih baik berpisah tanpa kata, mencari haluan masing-masing .. yang makin berbeza. jika cinta yang dia cari, mungkin tiada yang sehebat dari aku. jika duniawi yang dia cari, aku bukanlah orangnya ..

sepi yang mencengkam jiwa

bukan mudah untuk seorang insan yang dilahirkan "happy" seperti aku untuk merasa sepi. sesuai dengan nama yang ditakdirkan untuk aku, memang banyak pengalaman manis yang buat aku tak kering gusi bila mengenangkannya. apatah lagi dengan kewujudan kawan2 yang sekepala yang hari2 ada2 saja plan yang buat aku penat dalam kegumbiraan. tapi lately minggu ini, ada sesuatu yang mengusik jiwa menekan hati dan perasaanku. tatkala menginginkan sentuhan sang kekasih, adakalanya waktu jadi pemisah. saat ingin merasai keriangan bersama kawan, masing2 punya waktu dan masalah yang berlainan. saat itulah jiwa kacau bila emosi mengganggu minda. aku terlalu sepi sendiri. rindu pada family yang amat ku sayangi. rindu pada teman yang jarang ku temui. bukan salah mereka. masing2 ada tugasan di luar kawasan. tapi aku fahami dan mengerti, taklama lagi, saat itu pasti menjelma untuk kembali bersama. entahla, apa yang aku pikirkan, tapi aku betul2 bosan dan benci dengan perasaan ini. makin ku layani makin aku jauh sukar dimengerti. jika diturutkan kata hati ingin sahaja aku menjerit dan membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginan aku. kejam kan? tapi itulah yg aku pikirkan. tapi aku masih waras dan sahih. aku perlu tenang dan cekal. kerana mungkin itulah keistemewaan aku. tenang dalam gegaran dugaan.

oh ya. hujung minggu ini bakal diadakan Gathering Group Miak Sarawak fb di Kuching Park Hotel. keesokan harinya ada Road Show Apis. dan awal bulan Julai aku akan melangkah kaki ke Kota Metropolitan Malaysia. Hujung bulan Julai plak aku bakal memasuki arena penggambaran untuk rakaman rancangan pelancongan yang bakal aku kendalikan. yah..banyak gak perancangan yang bakal buat aku teruja dan kembali ke persada dunia yang penuh pancaroba. nantikan kemunculan aku. tunggu aku di sana ya. sekian. salam!

back~2~nature

party.party.party..aku sanggup mengorbankan kemeriahan Rumah Terbuka Gawai Dayak untuk sama-sama memeriahkan green carpet untuk birthday party gabungan Weyda dan Zul .. seronok sangat . walaupun kami pertama kalinya "dijajah" namun itu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan terakhir. hahhaha .. ayat skema betol uk menerangkan kesesakan di amoebar_lounge. ni beberapa candid pic yang aku suka uk tatapan kenangan yang sukar dilupakan.

zai.aida n me @ green carpet ..

me n birthday gurl .. miss.wid .. always on high

me n adam .. flying without wings .. cool

face party!

aida.wid n me .. luvly frenz

family pic candid

mak tengah kopek kelapa Gading

saya tengah menyediakan sayur

sangat sedap ..

budak2 yang boleh tahan nakal

one of my fav exsotic food .. undai

abu .. aya' yang baik

lepak di kampung agak seronok gak

shopping di HomeMart ..meriah jugek

ara vs ervan - kisah kanak2 comel

Epi dan Jang ..

Ervan .. muka innocent ..

manja ..

Ara .. sweet muka dia ..

ervan and ara ..

ervan .. nakal tapi baik ..

ara dan ervan .. jadilah insan berguna nanti ok

ceritera chinta classic

kadang2 buat aku tersenyum. kisah cinta klasik yang dulu pernah meruntun jiwa jadi rawan seketika. menyemai cinta bersama, menaruh kasih penuh makna. walau sesekali terbit rasa nestapa namun adakalanya rasa itu pengubat duka bila berjauhan di sana. tercipta seribu kemanisan yang sukar diungkap dengan kata-kata. ku akui, cinta bukan segalanya. kini bertemu kembali setelah lama rasanya tak bersua. hanya lirikan mata memecah hening, biar senyum diukir pada bibir mentafsir segala. relakan degupan kini bukan diatas namanya. hanya percaya dan bahagia melihat mereka berdua bersama. dan kini i'm taken ..

cintailah diri anda dahulu sebelum mencintai orang lain ..

KAPIT .. bumi penuh kebanggaan

Kapit.mungkin ramai yg tak tau apa? mana? ada apa? kenapa? kami sgt bangga jd anak jati Kapit. bagi sesetengah pddk lokal, ia dikenali sbg pulau.. mengapa? sbb nak datang sini, cuma satu jalan jer, guna boat xpress dr Sibu selama 3 jam.

perjalanan yang menerujakan dengan permandangan yang mengagumkan

Fort Sylvia menjadi tarikan pengunjung yang cintakan sejarah silam

pada zaman dahulu kala, (brooke n the geng) kat sinilah tempat pendamaian semua suku kaum etnik kat Sarawak sbb zaman dulu2, etnik Iban, Kayan n Bidayuh (antaranya..ada 37 lagi semuanya) mmg tak sebulu.. selalu perang.. potong kepala n bermusuhan berabad lamanya tp lepas tu Brooke buat satu pendamaian di Kapit jadi semua suku kaum pun datang ke Kapit n buat satu pendamaian. tmpt dia kat Kubu Sylvia. pas dari hari tu.. suku kaum etnik tak lagi bermusuhan n hidup aman damai mcm sekarang..

masyarakat Iban di Kapit ketika menjelangnya musim perayaan Gawai

Kat Kapit anda akan menemui pusat pembuatan Pua Kumbu Asli Iban yang jarang terdapat di tempat lain. kat sini juga musim buah2an mmg sgt dinanti2 kan. buah durian, dabai n mcm2 ag mmg sgt sedap jika dibanding dgn tmpt lain. bahasa kat sini Bahasa Iban dengan 95% berbangsa Iban. nama berita kaban? manah?(apa khabar kawan? sehat?) tmpt rekreasi banyak kat sini. ada Balleh Safari Raft yang bertaraf antarabangsa, tiap2 tahun ada pertandingan berakit dr sungai ke sungai.. mmg mencabar!

bentuk muka bumi yang berbukit bukau dengan likuan anak sungai yang mencabar menjadi salah satu cabaran bagi penggemar aktiviti lasak

barang kraf ada gak dijual kat sini.. tp kalo nak lagi adventures, dialu-alukanlah.. kalu berkesempatan pg rumah2 panjang (Rumah Sengkuai Nanga Selaut) mmg besh .. nak tau? rumah panjang kat sini sgt moden.. ada astro, ada parabola.. rumah batu dah. tp elektrik belum 24 jam lagi.. mlm jer, siangnya idop mcm tu jer.. org kampong suka borak2 n buat kraftangan.. boleh pegi air terjun kat belakang umah, nak jungle hiking lagi la ada.. kalu berkesempatan pg huma.. permandangan mmg menakjubkan. boleh tgk 2 banjaran berwarna kuning atau hijau yg ditanam dgn padi. persekitaran dgn kicauan mergastua.. udara segar sgt seronok!

rumah panjangku ..

kutemukan sahabat di Kapit

rasa macam tak percaya.bilamana Edi, Stella n Bob datang Kapit n "ngabang" ke rumah aku di Kapit. sebelum ni aku tak pernah ada kawan selain kawan sekolah datang ke rumah aku. suka sangat. dengan itu makin aku bangga jadi sebahagian dari anak jati Kapit. aku berkenalan dengan mama dan bapa Stella. tadi pun aku kenalkan Edi, Stella n Bob ngan family aku. semoga persahabatan kami akan terus berkekalan dan dengan kemesraan ini menjadi ikatan yang tak kan putus selamanya.

stella n me .. waiting 4 edi n bob

edi, bob n stella .. lunch at M.I Restaurant

bob n stella .. sapa lagi comel?

stella n zai .. lepak at my house

menyusuri perjalanan yang jauh

jauh perjalanan, luas pengalaman .. namun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik tempat asal usul kita .. walaupun bandar Kapit hanyalah pekan kecil yang jauh di pedalaman, namun rasa kerinduan dan kebanggaan terhadapnya membuatkan aku pasti kembali lagi ke sini ..

Kch - Sbu

Sbu - Kch

Kapit

pekan2 kecil sepanjang Sg. Batang Rajang

otw ke Kuching

terminal Sarikei