aku suka Hujan ..

Hari ini hari yang agak indah gak bagi aku ..
hari Jumaat tak tau nak g mana ..
Daniel n Azie ajak kuar g makan jap ..
aku ikot jer .. bosan dok opis ..
Budak 2 ekor ni tak tau nak g mana ..
Azie nak makan laksa kat Madam Tang ..
so pergilah ..
Guess Whattt?
kitaorg jumpa Noh makan kat situ ..
aku terkedu jap .. huhuhu ..
kitaorg tengok jer dia dr jauh ..
muzik Noh besh ..
dia ngan sum1 (kakak atau adik atau gf dia .. tak tau ...)
ngan Vocalis Evennstar (lupa nama dia ..)

rugi tul tak jadi g Bintulu 4 Hujan punya tour dulu ..
berhiburlah dengan lagu ni .. Pagi Yang Gelap .. hayatilah liriknya ..
kan?

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu
Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang
Aku amat merindui kamu
Pagi yang gelap Kini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang I
nginku ulang ke masa dulu
Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
cerita hanya kita berdua


so Hujan still de ROCK!!!

pandu cermat, ingat yang tersayang

satu hari:04:01:09
aku, Edi dan Daniel mmg plan nak pegi pantai ok uolls
memang dah dari minggu lepas dah plan dah nak pegi
sbb aku ni kaki pantai .. suka la sangat .. damai jer kan ..
tapi Edi cakap kol 2 baru dapat jumpa
pas ambik aku kat rumah, kitaorg ambik Daniel kat Sukma
jam dah kol 3 lebih
mula-mula nak makan jap .. tapi nak tengok tiket jap
nak tengok wayang apa yg ada ..
so g Cineplex .. jumpa Lan .. kol Agus jap ..
dia nak kasi tiket free (thanxz Agus)
tp pastu macam tak jadi plak .. g Star plak .. semua cita mcm tak besh
very de tak seronok
"apa lagi adik-adik"-ayat kawan Jelita (aku tak ingat sapa)
pastu g makan kat T.J jap ..
pas makan kitaorg g Batu Kawa ada butiq baru buka kat sana
kasut dia sangat cantik .. sangat taste aku ..
ada line merah kat tepi dia .. runcing ok !
pas jalan2 jap kat B.K kitaorg g Taman Sahabat ..
bagi anak-anak ikan makan .. makan bubuk
jam dah nak dekat kol 6.15 so kitaorg g Cineplex balik
tengok cita the Spirit ..
Lan cakap tak besh .. Agus pun cakap tak besh ..
tp kitaorg nak jugekkkkk tengok .. so lantaklah ..
mula2 intro lagi dah cita tu mmg tak masuk akal ..
layan jer lah .. Daniel mcm ngantok .. Edi diam jer .. aku fokus
cuba pikir positif n cari keistemewaan cita tu ..
tapi tak dapat ..
last2 kitaorg chow .. malas da ..

bermulalah segalanya ..

Epi:Bosan ohh ..
Daniel:yalah ngek ..
Epi:O D kmk nak g bank jap kaktok leh sik .. sikda wit ..
Edi:Ok lah ..
Epi:Tinggal mek kat tepi CIMB ya jak .. lak jumpa di McD
Edi&Daniel:Bye ngek ..

aku pun jalan terus g CIMB atm ..
tak sampai 3 minit aku nak amsuk ATM ..
tiba2 aku dengar bunyi Prenggggggggggggg...
(eh aku tak tau la bunyi dia mcm mana nak taip .. tp ada accident depan tu)

PakGuard:Siya..ada accident depan ya..motorsikal ya laju gilak ..

aku cuba tengok ke belakang .. jantung aku bagai nak pecah ..
aku takut sangat
sbb bab bab accident ni aku takut sangat ..
aku harap sangat bukan Edi ngan Daniel yang terlibat dengan kemalangan ..
aku kuatkan juga tengok ke belakang ..
YA ALLAH ...
aku terasa kaki aku keras dah nak berjalan ..
aku tengok kereta Edi tak bergerak kat depan
Sah la diaorg dah terlibat ngan kemalangan ..
aku tengok pembonceng motorsikal tu terduduk kat jalan ..
sambil org awam mula berhenti
nak gak tengok kemalangan tu ..
aku teruskan niat nak ambik duit ..
tangan aku menggeletar menekan butang2 pada ATM tu ..
tak sampai 30 saat aku pun mula bergegas ke tempat kejadian ..
masa tu Edi dan Daniel dah kat luar
aku takut sangat .. aku tak suka perasaan macam ni ..
Daniel pa lagi .. noya sangat ..
tapi kami tenang jer ..
nasib baik masa tu ada akak polis turut jadi saksi masa tu
dia cakap mmg budak mat rempit tu laju ..
pastu laki dia sarankan kami kol MP
u know MP? Military Police ok
yg aku bengang sangat kawan si setan mat rempit tu siap tengking kami

"Kau nak kol MP .. Kol lah" dia ulang berkali2 mcm tak puas hati

dipendekkan cerita pas MP datang padan muka diaorg
dahla askar tu takder lesen dah mati, side mirror pun takder ..
macam2 agi la ..
masa kat Balai Polis Pelancong tu hanya Tuhan saja yg tau ..
hurmmm malas nak cerita ...
tau tau jer la mcm mana polis layan budak nakal

blog pertama

selamat pagi cinta .. ungkapan yang mungkin buat sesiapa saja yang dilamun cinta akan merasa kebahagiaan bila bersama chentanya .. mungkin blog ini tidaklah padat dengan kisah cinta yang hangat atau drama yang hebat, tapi percayalah .. blog ini menjadi penawar luka tika duka dan luahan segenap hati insan seumpamanya seperti aku .. kadang-kadang dalam hidup ini, kita merasa gembira dan puas bila kita berjaya mendapat apa yang kita inginkan .. tapi sejauh manakah kita merasa lega dan redha dengan setiap apa yang terjadi? mungkinkah setiap milik kita adalah milik kita sepenuhnya? eh.kisah cinta hampir sama lah .. itulah manusia .. kisah cinta kita adalah sama, cuma bagaimana kita melawan kesepian, meredah onak jeram dan merawat luka yang terpendam saja yang membezakan kita.

absoLurve:epi .. aku bukanlah pemburu cinta tapi cinta adalah suatu perasaan yang lahir kadang-kadang bukan kerana nafsu semata-mata tapi sejauh mana anda menyenangi cintamu ..