My Second Tattoo - wave -



Title >> The Wave
Duration of making >> 3 hours
Tattoo Maker >> Bro Eric_71st skin slavery

A Story About Gawai

GAWAI DAYAK - more than festival celebration. it's tradition of cultural, spirit of ritual and authentication of costume.

Seperti tahun-tahun yang sudah, perayaan gawai menjadi salah satu hari yang amat dinanti-nantikan bagi suku kaum Iban terutamanya di bahagian Kapit, Sarawak. Yang tinggal di bandar semuanya pasti tak sabar nak balik kampung untuk meraikan festival itu bersama keluarga tercinta. Memandangkan hanya jalan air menjadi penghubung utama, orang ramai menggunakan perahu panjang ataupun bot express untuk sampai ke destinasi rumah panjang masing-masing.


Bagi penduduk kampung Rumah Sumbang Nanga Selaut, kerjasama yang erat dalam pelbagai hal sentiasa dititikberatkan, yang lelaki mencari bahan makanan dari hutan untuk dibuat jamuan bersama keluarga. Tahun ini, umbut kelapa dijadikan menu utama seisi keluarga. Binatang ternakan disembelih untuk hidangan kepada para tetamu yang datang.


Menjelangnya awal pagi 31 mei, tawak akan dimainkan bagi menandakan bermulanya festival Gawai. Dengan alunan yang bersahaja penduduk kampung mengetahui persiapan untuk meraikan Gawai harus disediakan selengkap-lengkapnya.

Adat Teresang Tinggi merupakan upacara yang meriah dan penuh dengan istiadat. Terlebih dahulu teresang akan didirikan dengan menggunakan buluh, apabila selesai, semua ahli keluarga akan duduk di tanju rumah panjang untuk mendapatkan berkat dari mereka yang mengetuai adat bacaan doa khas Biau. Piring yang telah siap akan diletakkan pada atas teresang oleh pemilik piring yang telah diberkati.



Bagi kaum belia dan wanita pula, persiapan ranyai dilakukan dengan meriah dan penuh kegembiraan, sebatang pokok (biasanya pokok pisang) akan didirikan di tengah diruai rumah panjang serta digantung dengan makanan dan minuman sebagai tanda tapak utama sambutan Hari Gawai Dayak.

Ketika sambutan Gawai juga, diadakan majlis sambutan kelahiran. Dikunjungi oleh hampir semua ahli rumah panjang, nyata sikap perpaduan dan kemesraan penduduk seperti Satu Malaysia, Satu Keluarga.

Malam semakin menjelang, piring yang terdiri daripada telur, bertih, pulut dan banyak lagi bahan persembahan akan dibawa ke ruai dan disusun sebelum datangnya tetamu untuk memberkati piring tersebut dengan adat Biau. Setiap pintu bilik akan menyediakan piring masing-masing dan dimulakan dari pintu pertama hingga yang terakhir. Aktiviti ini dilakukan sehinggalah larut malam.


Tepat jam 12, "ai pengayu" akan diberikan kepada setiap ahli keluarga dan bermulalah aktiviti kunjung mengunjungi antara warga rumah panjang. Ranyai yang didirikan pada siang hari akan mula "ditebang" dan tarian ngajat lelaki dan wanita dipersembahkan mengelilingi ranyai.

Majlis perkahwinan juga merupakan upacara yang selalunya diadakan ketika hari Gawai. Mengenakan persalinan lengkap pakaian Iban, pastinya pasangan pengantin tampak secocok dan serasi bersama. Dalam pada itu, orang kampung yang turut hadir akan berseronok dengan menikmati makanan yang disediakan sambil menarikan pelbagai tarian yang kadang kala mencuit perasaan. Tua dan muda semuanya bersukaria hingga ke penamat majlis. Selamat Hari Gawai dayak 2011 !

p/s Sambutan Gawai tahun ini adalah yang paling seronok diadakan di kampung saya !


you DEAL with HIFFI SALANG

Fuhhh. memang hari yang panjang. berurusan pulak dengan manusia yang menjengkelkan, meluat, menyampah dan sebagainya memang kadang kala buat kita sakit otak. tak dilayan, memang harus dilayan, nak dibiar, memang kena layan gak. hummm..

Lately memang emosi aku banyak terganggu. penat, serik dan sakit bila asyik memikirkannya. ada saja masalah datang silih berganti. kadang kala memang terasa sangat damn! tapi nak buat camana, kita yang memilih, jadi harus melaluinya juga dengan hati yang berani. tanpa keberanian mimpi itu takkan menjadi nyata. kata mereka la kan?

Tapi jangan lupa, aku bukan manusia lemah yang boleh diperkotakkatikkan emosi dan perasaan. anda mungkin kenal aku sebagai insan yang lemah (mungkin) tapi di suatu sudut aku punya kekuatan untuk terus merasa happy, gembira dan suka. sebab itulah nama aku HIFFI SALANG. jadi jangan cuba-cuba nak buat aku merasa down, sebab anda takkan berjaya! Go Hiffi Go !


Kisah Kita :: kau dan aku

Bersama itu memang indah. Satu perkongsian rasa dan jiwa yang sama yang mungkin memerlukan pengorbanan. Bila pengorbanan itu jadi sia-sia, memang satu perasaan yang paling mendukacitakan. Apatah lagi bila maksud perpisahan itu terjadi disaat perasaan ingin bersama itu masih kuat dalam jiwa anda. Itulah takdir dan lumrah kehidupan. Kita takkan tahu bila titik noktah pertemuan dan perpisahan dalam hidup manusia. Mungkin kelmarin bertemu, mungkin esok berpisah. Kita harus menerima ketentuanNya dengan pasrah, kuat dan tabah. Mungkin ada hikmah semuanya terjadi. Ya, bukan mungkin tapi pasti. Dari anda terus hidup dalam penuh persoalan lebih baik kiranya anda mengambil jalan terbaik untuk berhenti. Bukan kerana takut menghadap realiti tetapi berhati-hati dan berwaspada.

Aku akui, memang aku pernah menyayangi, menyintai kamu, tulus ikhlas lahir dari jiwaku. Bermula dari perkenalan pandangan pertama, rindu telah mewujudkan sayang hingga aku tak sedar aku akhirnya jatuh cinta pada kamu. Menyayangi kamu lebih dari segalanya, menyintai kamu hingga seluruh jiwa aku serahkan hanya milik kamu. Rindu pada kamu setiap saat hingga aku terlupa siapa kamu. Bersama kamu aku terlupa semua, menatap mata kamu buat aku bahagia. Hari demi hari sayang tak pernah berubah, kasih tak pernah luntur sedikitpun. Makin jauh makin dekat rasa pada kamu. Kamu, pernahkah kamu ingat kenangan antara kita. Pernahkah kamu menghargai setiap detik dan saat yang kita kongsi bersama? Hanya kerana dia, kamu lukakan hati aku yang tulus menyayangi kamu. Hanya kerana kepuasan, kamu lupakan adanya aku yang setia menanti kamu hingga hujung cinta. Hanya kerana kata manisnya, kamu buatkan dunia aku hilang arah, separuh jiwa aku pergi bersama kenangan yang pernah kita ciptakan bersama. Biarpun sekejap usia perkenalan kita, tetapi macam-macam dah kita lalui bersama, susah senang suka duka bersama, pernahkah kamu ingat? Namun percayalah, aku mampu melawan kesepian tanpa kamu. Aku masih kuat untuk melupakan setiap saat bersamamu biarpun kadang-kadang aku jatuh lemah tak bernyawa. Aku masih percaya kamu bukanlah pilihan yang tepat. Ada yang lebih menghargai, lebih baik dan lebih memahami seperti yang kamu sendiri akui. Terakhir, keputusan ini bukan aku yang pinta, tapi kamu yang memaksa !

Birthday Boy 21+6

This is lain_plan_lain_jadi birthday party. hahaha. Actually nak buat simple pre-birthday party at Waterfront KK, but my friends tukar plan terus pergi karok kat Junction with some VIP from KK. mula2 semua buat muka bodoh inosen, bila vip dah balik, semua jadi happening giler. Btw thanks for all my friends. love u guys! This is some pics for u ..





Thanks 4 birthday wishes !

Dear all,
Thanks for the wish for my very best birthday! Love u all ! Muahhhx. this is first 10 pages wishes from my friends from FB. Thanks ya. Check it out !

SABAH_my point of views !












We ❤ SABAH

Sabah .. a land below the wind. more than paradise here .. island, cultural, people, beach and more. miss sabah so much, aku pasti datang lagi !

jeti yang sentiasa sibuk dengan aktiviti nelayan laut dalam, di sinilah urusan jual beli hasil laut yang segar, kraf, hasil tani serta makanan tempatan seperti Amplang dan kueh cincin. di sinilah juga ada seorang gadis yang digelar "hirae~chi" ..

permandangan bandaraya Kota Kinabalu dari laut, sangat cantik dan mendamaikan bagi sesiapa yang tahu menghargai keindahan alam semulajadi ..

jauh di lautan sana, adanya perkampungan orang Filipino, mereka tinggal di sini sejak sekian lama walaupun asal usul mereka dari negara lain. menyaksikan kehidupan mereka mengingatkan aku apa itu erti kebebasan.

Pulau Mamutik, salah satu pantai yang sangat cantik yang ada di Sabah. Sangat teruja jika ingin melakukan aktiviti snorkling di sini. anda pasti tidak dapat membayangkan bertapa seronoknya berenang bersama ikan-ikan termasuklah Nemo.

Kundasang, tempatnya sangat eksotik!