Pre-Birthday '11

Menghitung hari demi hari. seperti tahun yang sudah-sudah, tanggal 25.04 menjadi tarikh yang aku nanti-nantikan. sambutan ulang tahun kelahiran. sedar tak sedar dah 26 tahun umur aku. selang beberapa hari lagi, 27 pulak. aduii dah tua dah pakcik nih. nah untuk sapa-sapa yang taknah tengok muka aku masa kecik, ni dia aku tayang kat sini. comel tak? wakakakak .. makseh.

Masa tahun 2009, memang gila party and clubbing. menghabiskan sisa-sisa muda remaja masa tu berhibur sama teman-teman. tapi kita bukan macam remaja liar lain, tak amik dadah, tak buat benda-benda terkutuk. sekadar menari dan bergembira. masa ni memang gempaq giler la. dengan tema white and jeans, habis la satu muka kena conteng ngan kek. rindu sangat time tu.

Yang ni plak, masa aku buat private birthday party kat Sematan Beach Resort dengan bff aku. memang happy giler tengok pantai, bbq and mandi waterfall. percutian 2 hari 1 malam kat situ meninggalkan kenangan yang memang tak dapat nak dilupakan. thanks kawan-kawan yang sudi datang gak n bagi hadiah.

tahun ni .. ada idea tak? ingat nak buat party karok jer kat rumah, sambil bbq, ok tak?

Apa Salahnya Rindu?

Apa salahnya rindu? Hanya rindu tau kenapa rindu

Apa salahnya bila hati terkenang pada dia?

.. ingin bersamanya

Apa salahnya bila asyik teringat pada dia?

.. setiap saat dan waktu yang berlalu

Apa salahnya bila kepala asik memikirkan dia tanpa henti?

.. walau mencoba untuk menafi realiti.

Apa salahnya bila terkenang dia yang jauh?

.. sebab dihati selalu rasa mendampingi.

Apa salahnya menginginkan dia meskipun hanya sebentar cuma ..?

Apa salahnya dia yang dirindu, tahu tapi tak tahu?

Apa salahnya bila dia yang dikenang tidak mengenang?

Apa salahnya dia yang diingat tidak mengingat?

Apa salahnya dia yang dipikir tidak memikir?

Apa salahnya mengenang dia yang selalu dekat dihati?

Apa salahnya menginginkan dia?

Salahkah merindui dia? Salahkah menyintai dia? Walaupun terkadang dia tak tau siapa ..

Marvelles March?

Bulan March yang lalu bermula dengan banyak tekanan bagi aku. Dengan bajet yang tidak menentu, rutin kerja yang semakin mencabar, kisah peribadi yang kadang2 menyiksa jiwa cukup menguji kesabaran aku untuk terus melangkah maju kehadapan. Syukurlah aku punya kekuatan dan keinginan untuk menempuh onak duri yang sesekali sekala meruntuhkan tembok diri. Dalam sedar tak sedar bergelut dengan emosi yang kadang-kadang tak tenteram, masih ada kenangan di bulan March yang pasti menggembirakan aku. Antaranya;

Percutian sekejap sehari semalam ke KL sedikit sebanyak melepaska tekanan yang aku lalui.Walaupun sekejap tapi cukup meninggalkan kenangan yang manis untuk diingati.

Finally .. ER2011 Photography and Photoshop Workshop. must be attend! Tapi sekarang dah bulan April. harap2 April memberi makna yang hebat seperti di tahun-tahun yang sudah. amen.

Tentang Hidup Ini

Hidup adalah kejadian normal yang sukar dimengertikan apatah lagi didefinisikan. Fenomena kitaran hidup sering menjadikan emosi kita bertukar silih berganti. Mungkin saat ini kita gembira, tiada jaminan minit seterusnya kita masih bersuka cita. Jika hari ini kita berduka, tidak mungkin pastinya hari esok masih gundah gulana. Tidak mudah menafsir sebuah kehidupan. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berbicara namun ketentuannya .. kita juga yang merasakannya. Baik suka atau tidak, harus dilalui. Jangan sesekali takut pada kesedihan dan kesunyian, kerana itu memberi anda pengertian bahawa hidup ini ada satu titik untuk lebih memahami diri sendiri dan melupakan kebergantungan pada orang lain. Itu semua kerana .. hidup memang begitu. Berani bermain sama api, berani terbakar sendiri. Berani main badai, berani lemas sendiri .. tersadai. Jadi waspada jangan sampai alpa lupa diri segala. Kalau berani juga, cubalah. Menyesal atau tidak, itu belakang kira lor.

Fabulous February

Hari terakhir di bulan Febuari. Febuari selalunya dikaitkan dengan bulan cinta. ya memang itu bulan cinta. cinta yang memberikan aku nyawa untuk bernafas semula. cinta yang kita cari selama ini. tiba dan menyentuh setiap hati nuraini manusia. awal Febuari memang sesuatu yang mengujakan apabila "kekasih hati" yang terbaru mr.FL tiba menyinari hari-hariku. jadi temanku kemana sahaja ku berlari, mengiringi kemana saja ku melintasi.

Hari demi hari ku berlalu dengan cukup indah bila kita terasa disayangi, dirindui dan dikasihi oleh insan yang benar2 memahami .. biarpun tanpa ungkapan tapi jauh disudut hati ia ada .. ya cinta itu ada tanpa perlu pengungkapan .. ia akan hadir tanpa dipaksa tapi untuk dirasai ..

Semoga March yang menjelang esok hari membawa pengertian yang beerti buat kita semua, jangan takut pada perpisahan yang sementara, kerana itu akan mengajar kita erti pengorbanan dan kesetiaan. cinta akan menjadi satu inspirasi bila kita benar mengasihinya. Salam


St.Valentine 2011

Hari ini 14 Februari. Tarikh yang cukup sinonim dengan perayaan Hari Kekasih, Hari Kasih Sayang dan Hari Cinta. Indah bunyinya kan. Tapi malang kali sedihnya bilamana hari yang sepatutnya kita merasakan suatu yang cukup istimewa dengan berkongsi kegembiraan, kebahagiaan dan kecintaan dengan insan yang paling kita sayangi dan cintai itu telah dikotorkan, disumpahseranahkan dan dipandanghinakan dengan perbuatan yang tidak bermoral? Kenapa menyalahkan Hari Valentine jika pasangan itu yang mengingkarinya? Kenapa dihukum Hari Valentine jika manusia itu yang menjahanamkannya? Kenapa menafikan indahnya Hari Valentine jika mereka yang membencinya? Cinta adalah suatu perasaan yang cukup indah, ikhlas dan memang wujud dalam hati setiap insan. Cuma kita yang kadang2 ego untuk mengakui kita jatuh cinta ! iya kan?

Dalam banyak2 fakta-fakta wikipedia tentang Valentine yang betul dan ada yang dipalsukan dan ada yang ditukarbelitkan, aku paling suka fakta ini.

“St. Valentine adalah seorang ahli agama yang hidup di Rome pada abad ke-III. Dia hidup di kerajaan yang pada masa itu dipimpin oleh Raja Claudius yang terkenal sangat kejam. Claudius mengimpikan memiliki pasukan tentera yang besar, dia ingin semua lelaki di kerajaannya bergabung di dalamya. Sayangnya keinginan itu tidak disokong. Para lelaki enggan terlibat dalam peperangan. Karena mereka tak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih hati. Hal ini membuat Claudius marah, dan memerintahkan untuk melarang adanya pernikahan. Pasangan muda saat itu menganggap keputusan ini sangat tidak masuk akal. St. Valentine pada masa itu melaksanakan tugasnya sebagai ahli agama, iatu menikahkan para pasangan yang tengah jatuh cinta meskipun secara rahsia. Hal ini akhirnya diketahui oleh Raja yang segera memberinya peringatan, namun ia tidak dipedulikan dan tetap memberkati pernikahan dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin.

Sampai pada suatu malam, ia tertangkap memberkati salah satu pasangan. Pasangan tersebut berjaya melarikan diri, namun malang St. Valentine tertangkap. Dia dipenjara dan dijatuhi hukuman mati dengan dipenggal kepalanya. Bukannya dihina oleh orang-orang, St. Valentine malah dikunjungi banyak orang yang menyokongnya. Mereka melemparkan bunga dan pesanan sokongan di jendela penjara dimana dia ditahan. Salah satu dari orang-orang yang percaya pada cinta kasih itu adalah anak penjaga penjara sendiri. Sang ayah mengizinkan anaknya untuk mengunjungi St. Valentine. Gadis itu menumbuhkan kembali semangat St. Valentine dan mengatakan dia telah melakukan hal yang benar dan betul.

Pada hari saat dia dipancung kepalanya, iaitu tanggal 14 Februari, St. Valentine menyempatkan diri menuliskan sebuah pesanan untuk gadis anak penjara tadi, ia menuliskan “Dengan Cinta dari Valentinemu”.

Kini setiap tanggal 14 Februari orang di berbagai belahan dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat St. Valentine sebagai pejuang cinta, sementara Raja Claudius dikenang sebagai seseorang yang berusaha memusnahkan cinta.

p/s esok cuti sempena Maulidur Rasul bagi umat Islam. selamat menyambut hari keputeraaan rasul anda. semoga hidup kita semua terus diberkati dan dilimpahi cahaya keberkatan. peace !

Another Sweetheart ~FL~

Early February was so great. Thanks God for all you given to me :) Bukan mudah untuk mencapai semua ini. Ia memerlukan pengorbanan, kegigihan dan kesabaran. Bagi insan yang biasa seperti aku ia adalah anugerah yang cukup untuk dibanggakan.




Jazzy January




Bulan Januari mengakhiri kisahnya dengan penuh kemeriahan dan keseronokan dalam hidup aku. Pelbagai kenangan manis yang tersimpul menjadi lipatan kenangan yang cukup indah. Antaranya aku akhirnya mampu memiliki DSLR Nikon D3100 hasil titik peluh aku sendiri yang mana aku idamkan sejak sekian lama. Bangga dan rasa yang teramat puas bila memiliki kamera yang menjadi aset untuk ku perkembangkan bakat. Pasni bolehla shooting sampai pengsan.

Hari terakhir bulan Januari juga cukup menceriakan apabila akhirnya satu lagi "baby" aku akan keluar dan menjadi aset untuk berjalan ke sana kemari. Bulan Februari pasti dinanti-nantikan kerana masih banyak lagi kisah yang menanti. Syukur atas nikmat yang Tuhan berikan selama ini.

Banyak lagi peristiwa manis bulan Januari yang pasti sukar dilupakan sampai bila-bila. Terasa hidup betul-betul indah. Semoga Februari yang baru bermula memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berjaya. Salam !

Tentang Sebuah Perasaan

Semua manusia ada perasaan cinta, benci, sayang, rindu, marah .. perasaan yang wujud tanpa paksaan, penuh kerelaan. Ia bukan sekadar pilihan tetapi pakej dalam kehidupan. Kadang2 sukar mengungkap perasaan apatah lagi bila fikiran jadi tak keruan dan pendirian kadang2 sukar dimengertikan. Dan kerana perasaan itulah kita mencintai orang lain, dan kerana rasa itu juga kita menyayangi, merindui dan rasa ingin memiliki si cinta hati. Kerana perasaan jugalah kita membenci orang lain, mendendami dan kadang kala bermusuhan. Tanpa sedar, perasaan menjadi titik tolak terjadinya pertelingkahan jika tiada lagi persefahaman. Perasaan juga memberikan kita keyakinan, semangat dan inspirasi untuk terus bangun dari setiap kegagalan. Tanpa perasaan, hidup manusia tiada ertinya.

Teringat kata seorang teman, "biarlah hidup bersendirian, asalkan perasaan pada seseorang masih kuat dan teguh kerana cintanya kini milik orang lain" .. pernah juga terbaca dan terlihat atau berpengalaman kerana perasaan yang tidak menentu, hidup menjadi kian bercelaru. Apa yang penting kawan2, hidup mestilah diteruskan sekalipun pancarobanya kuat melilit minda, mencengkam jiwa nestapa. hidup memerlukan keberanian. berani untuk terus berjaya, berani untuk melepaskan masa silam, berani untuk menggapai kejayaan !

*thanks GOD for superb January*

goodbye 2010, welcome 2011

Sedar tak sedar, hampir seminggu kita di tahun baru 2011. Bermacam kisah suka duka mendepani kita mengusik rasa sepanjang tahun lepas. Sedang Piala Suzuki didakap erat Harimau Malaya, Garuda Indonesia terpaksa menanti tahun ke16 untuk menggenggam piala kebanggaan Asean itu. Di lingkungan global, Manchester United terus mendominasi musim 2010/2011 kempen EPL tanpa episod kekalahan setakat ini. Lain kisahnya dalam dunia hiburan, pemergian mengejutkan seniman dan seniwati negara silih berganti. Ahli2 politik mengalami fenomena yang sama dengan kehilangan tokoh2 korporat yang memaksa pilihanraya kecil bertukar ganti. Krisis ekonomi tiada penyudahnya dengan kenaikan harga minyak tanpa segan silu di awal tahun 2011. Tidak cukup dengan iklim dunia menjadi topik hangat sepanjang tahun, perang di serata asia terus berlanjutan menjadikan negara2 asia penuh kontroversi di tahun 2010.

Bagi aku, pengakhiran 2010 dihabiskan di wilayah Sibu bersama orang2 yang aku sayangi. Tenang rasanya jauh dari kesesakan kotaraya dan karenah manusia. Pastinya kenangan di akhir tahun memberikan aku senyuman sebagai rumusan 2010 berlalu dengan penuh kebanggaan dan kejayaan bagi aku. Banyak kenangan manis yang sukar dilupakan. Lebih menggembirakan, hari terakhir 2010 aku sempat melawat sanak saudara di Kapit. Pekan kecil yang mendewasakan aku. Pekan kecil yang anda boleh menjumpai wajah2 eksotik tetapi ada sedikit senyuman urban terselit di situ. Sangat unik dan sukar ditemui di tempat lain. Itulah istemewanya penghuni Bandar Kapit. Biarpun tanpa perayaan glamer dan classy seperti tahun2 yang lepas di awal tahun, tapi bagi aku tahun baru disambut bersama keluarga tercinta lebih beerti tanpa perasaan dengki, hipokrit dan iri hati. Hanya sederhana tapi menjanjikan kebahagiaan abadi.

Semoga tahun 2011 yang terus berlalu memberikan inspirasi kepada kita untuk terus menjalani hidup penuh kedewasaan. Tak payah memikirkan hal orang lain tapi fikirlah pada kita sendiri. Baik buruknya biarlah bermula dari kita, jangan menuding jari sewenangnya pada orang lain. Semoga berjaya dan mulakan hari dengan senyuman beserta azam baru untuk mencipta kejayaan. Jika anda yakin, semuanya pasti terjadi!

What A Great Life

Hari ini aku MC, so maknanya aku tak keja. Duduk rumah dan berehat sepanjang hari. Bila bersendirian banyak pulak benda yang aku pikirkan. Mengenang kembali perjalanan 26 tahun di dunia yang penuh pancaroba ini. What a great life i’ve done //

Sometimes banyak benda yang aku nak buat in my life. Again .. i really want to tattoo-ing my skin with cool design. Aku suka seni, seni memang mengalir dalam jiwa aku. Suka pada benda-benda abstrak dan ada sifat untuk terus diingati. Pain is not problem for me coz i used to be hurt. Sound’s weird .. Ohmygucci i really want to have my own SLR. So that i can driving my self to long journey and taking picture with my angle. I know, sometime i see, there is so many photographer out there but no story, art and creativity on their picture. I love to travell, walking and talking to the world how great our life if you happy, smile and sharing with others.

You know what, one day i want to have license to do scuba diving, which is my favourite free-time. I really love beach .. water and sky .. its our GOD’s amazing given. Hanya itu yang kadang-kadang boleh buat kita bahagia dan tenang. But we can’t deny it, we need some friends or lover to share everything in our life .. this is crazy, but i also want to go to Miami.. really want it .. damn birds, take me there plz!

Memang banyak yang kita impikan dalam hidup ini. Aku pasti soon or later semua ini pasti menjadi kenyataan. It’s all about money. See .. money is everything dude. So sekarang ni aku harus kerja kuat untuk mencari duit. Aku masih muda, aku tahu apa yang harus dibuat. Apa yang penting aku kena berusaha. Aku harus berjaya dalam kehidupan ini. Aku tak ingin membuang masa dengan melihat situasi dunia yang penuh “drama”. Setiap manusia ada jalan hidup tersendiri, aku pasti aku berbeza!

jangan menyerah!

‎7 bulan 17 hari di tahun 2010. pasti banyak yang telah terjadi tanpa kita sedari. setiap hidup ada kisahnya yang tersendiri dan telah tertulis watak dan perwatakan kita. cerita hidup kita mungkin tiada bezanya cuma sekuat minda dan setabah jiwa yang menjadi tali pengukur segalanya, jangan patah semangat, kenali kata hati tapi jangan sampai lupa diri. terkadangpun hidup ini selalunya memang tak adil, tapi jangan disesali, angkat rebah dalam perjuangan kita pasti jadi pengalaman yang mematangkan fikiran. teruslah bernafas dengan penuh senyuman dan harapan. ku layari hidup hingga ke saat ini penuh pengertian. mengerti bahawa indahnya hidup ini, memahami inilah hikmah disebalik segala yang terjadi, apa yang penting aku menghargai setiap yang ku lalui. kita semua pernah terluka, dan luka itulah yang membuatkan kita lebih dewasa dan tabah. dan kerna ketabahan itulah aku gagahi jua langkahku menuju ke destinasi. destinasi yang mungkin kita semua tak tahu dimana pelabuhannya. rahsia itu hanya Dia yang tahu. mana tahu, ada yang lebih baik menanti? fikirkanlah~

ღ kenali siapa aku ღ

siapa aku? kenalkah anda dengan aku? mungkin bagi yang pertama kali mengenali aku, pasti dicop aku seorang yang happy go lucky, kaki enjoy, sosial, nakal dan maybe juga aku dikatakan pencinta yang hebat. mungkin ya mungkin tidak. namun apa yang pasti aku cukup menghargai apa jua ada padaku. syukurlah dengan setiap kurniaan Tuhan. mari kita berbicara pasal "cinta" pula kali ini.

aku memang seorang pencinta. aku mudah jatuh cinta. dalam sekelip mata bila kena pada seleranya. sebab cinta itu sungguh indah. orang kata, jangan terlalu cepat dan mudah jatuh cinta, tapi nak buat macam mana, aku dah rasakan itu cinta, jadi seharusnya aku menghargai perasaan cinta itu. am i rite? tapi bila dah berpunya, aku cukup setia. aku akan menghargai cinta yang kekasih berikan. oleh itu jangan sesekali mencurangi dan mendustai aku. jangan buat aku syak dengan kesetiaan. bila perasaan itu datang dalam jiwa aku, akan bermulalah rasa benci dan berakhir dengan kata putus. tapi aku takkan berdendam, malah berdoa semoga bekas kekasih akan mendapat cinta baru yang lebih buruk dari aku, pada akhirnya. biar dia tahu, menyesalnya menduakan aku dalam cinta. hahaha

aku kekasih yang sukakan kejutan dalam cinta. bukannya aku suka mengharapkan sesuatu tapi aku suka dimanja dan dikejutkan dengan cinta yang mendalam. sebagai contoh, bila tibanya hari lahir, aku suka dikejutkan dengan pemberian hadiah seminggu sebelum harijadi, sebab aku tahu pada tarikh sebenar memang akan diberi hadiah. dan mungkin mengejutkan lagi bila hari lahir akan diucapkan dengan kata cinta yang indah pula. aku romantik dan jiwang. ya itu memang aku. bukan aku materialistik cuma aku suka dengan pemberian walaupun seketul batu buruk, aku pasti menyimpannya dengan baik.

aku tidak suka berpegang pada kata pujangga "fight for love". aku tak suka bersaing. sebab bila dan berebut-rebut, timbul pula isu, macam lah takda orang lain? aku lebih suka mengalah dan memberi peluang kepada orang lain jika terpaksa memilih.

akhir sekali, aku takkan membina kebahagiaan diatas penderitaan orang lain. aku takkan merampas kekasih orang, malah aku pastikan orang yang aku cintai masih single dan available. sebab aku tahu, bila kita berniat ingin memiliki hak orang lain secara sengaja atau tak sengaja, lambat laun Tuhan pasti memberikan balasan yang setimpal. buruk padahnya.

Gawai disyukuri, Tradisi dirai

Dewasa ini sambutan Hari Gawai diraikan dengan pelbagai aktiviti oleh penduduk kampung bagi mensyukuri hasil tuaian padi terutamanya suku kaum Dayak di Sarawak. Ada yang menari poco-poco, Ngajat dan tarian joget dengan iringan muzik yang cukup menyeronokkan. Ada yang sibok melayan tetamu dengan makanan dan minuman tradisional tuak serta pelbagai jenis minuman keras. Walaupun suasana cukup hingar bingar dengan gurauan dan gelak ketawa bersama, namun tingkah laku sentiasa dijaga dan maruah keluarga sentiasa dipelihara dalam melayani setiap pengunjung yang datang.

Bagi rumah panjang Nanga Selaut di Bahagian Kapit, majlis Hari Gawai tetap meriah tanpa meninggalkan adat istiadat budaya bangsa yang cukup unik dan mengagumkan. Teresang Tinggi, Ranyai, Ai Pengayu dan Upacara Miring menjadi upacara tradisi turun temurun yang masih dikekalkan.

penyediaan Teresang oleh Jeff dan Abu ..

hasilnya, Teresang didirikan dan pada Hari Gawai akan diletakkan Piring diatasnya

suku kaum Iban sememangnya kaya dengan budaya bangsa yang unik dan berestetika tinggi.

kisah kita .. berakhir di sini

maafkan aku. hanya itu saja mampu ku ucapkan. mungkin ini keputusan paling sukar aku lakukan sepanjang lebih 4 tahun usia perkenalan kita. dan mungkin ini juga takdir terbaik untuk kita tempuhi bersama. mungkin bagimu aku merelakan perpisahan ini. dan mungkin kau menganggap aku manusia kejam, tiada perasaan. sesungguhnya, jauh dari sudut hatiku, cinta padamu masih ada, sayang padamu mekar sentiasa. tidak dapat ku nafikannya setelah sekian lama hidup ini kita harungi bersama. setelah kisah ini kita lalui bersama. namun aku merelakanya pergi .. kerana aku hanya menyatakan apa yang ku rasa. tiada siapa tahu sedihnya hatiku, tiada siapa mengerti sakitnya hatiku, tiada siapa paham, kenapa jadi begini. dan selebihnya aku berharap kau temui insan yang lebih baik dari aku, lebih memahami jiwamu lebih mengerti apa keinginanmu .. dan aku, biarlah, aku rela hidup begini. single.

ulangtahun 26 kelahiran

Aku suka pantai, laut dan deruan ombak yang tenang. Memang dari dulu lagi aku mengimpikan untuk menghabiskan masa menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini bersama insan yang aku sayangi. Tanggal 24 hingga 25 April 2010 aku bersama beberapa teman telah bersetuju untuk memilih Palm Beach Resort untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran aku. Memang seronok sangat, berkesempatan untuk melihat keluasan permandangan laut bagaikan lukisan mimpi. Deruan ombak yang sekali sekala membasahi kaki dengan terik mentari membuatkan jiwa aku begitu tenang dan bahagia sekali. Jauh dari kancah kota dunia, tekanan dan masalah kehidupan. Gelak ketawa dan senyuman mesra terukir dibibir sepanjang percutian kami. Santapan hidangan bbq sepanjang malam dan mengunjungi kejernihan air terjun di hari terakhir menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Inilah hadiah ulang tahun yang paling bermakna dan terindah dalam hidupku. Semoga Tuhan terus memberi aku nikmat kehidupan, kesihatan yang baik disamping teman dan keluarga tercinta yang menjadi inspirasi untuk aku terus berjaya di hari-hari mendatang.

cup cake di hari lahir .. cute sangat2!

teman2 yang menghadiri majlis hari lahir

.aku suka pantai.

.aku suka pantai.

kejernihan air terjun Sematan

love u all guys

Proud 2 B Tribe

at last, i have my own. my own tattoo .. it's Iban's motif and i really proud to present my own tribe and cultural thru my body.

indi band's unplugged

Ni 1st time aku buat review pasal jamming indi band. pas aku stuck ngan group Moon Light dulu, aku suka ngan group Elektrograsi, tapi pastu aku diam sekejap. sekarang ni aku tgh hot dengan group Dance On Your Grave (DOYG). tak tau sebab apa. suka suki sahaja. back to the story, aku datang jam 11 malam. sorang diri, sbb member lain dok layan karok. masa tu DOYG tgh perform. well, best, happening and memang layan la, walaupun aku tak clear sangat vokalis dia sebut. tapi attitude and stail dia .. aku suka .. cool! sambil borak2 ngan Wawa, Ami and Cindy, aku layan cock - sex on the bar <-- nama dia agak pelik tapi aku suker .. DOYG tak banyak beza dengan band lain, tapi tabik la kat drummer dia Leit sebab full of energy semalam. member lain pun ok la .. support each other. aku nak chow. nanti ada gig lagi aku update lor. tQ kat Adam sebab sudi antar aku ke Amoe.

sorila, satu pic saja dapat klik. DOYG tgh perform

reunion friendship party!



"A friend is someone who knows you as you are, understands where you have been, accepts who you've become, and still, gently invites you to grow"


pengalaman adalah kenangan

Aku bukanlah mengejar nama dan kemasyhuran. tidak ku pinta bayaran yang lumayan. tiada dalam kamus hidupku untuk mencapai status popular. bukan nak jadi artis. sekadar ingin mencuba dan menguji tahap keyakinan dan kemahiran berhadapan dengan lensa kamera. namun disebalik pengalaman yang menerujakan ini ada yang lebih hebat aku perolehi. mempelajari adat budaya suku kaum lain, mendengar sendiri rintihan serta pendapat orang lain, itulah yang dapat ku sematkan dan mematangkan aku. banyak tempat dah aku jelajahi. pelbagai karenah telah ku temui. inilah pengalaman yang akan ku rakamkan menjadi kenangan yang cukup indah di usia mudaku. terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mencuba dan mengasah bakat yang ada menjadi sebahagian dari personaliti tv.

i miss her ..


Pernah kah kau ingat masa pertemuan pertama kita dulu?
Pernah kah kau ingat tika kau menangis di sisiku?
Pernah kah kau ingat saat kita ketawa bersama?
Pernah kah kau ingat bila hidup tak sempurna tanpa kita?
Pernahkah kau ingat semuanya?
Apakah aku begitu hina di matamu?
Hingga kau lupakan aku hanya kerna dia ..
Adakah kau tau apa erti sahabat?
Tahukah kau apa erti teman?
Fahamilah apa erti kawan ..

Dikau Pergi Jua

*dedikasi buat insan yang kini tiada lagi .. jauh pergi*

Awal tahun 2010 ni banyak sekali rencana yang terjadi dalam kisah hidup aku. Suka duka ku jalani dengan penuh kesabaran kerana aku cukup optimis perjuangan ini masih jauh lagi. Walaupun aku hanyalah watak sampingan dalam telenovela kehidupan kalian, namun kesan nya cukup mendalam hingga kadang kala aku rasakan, hidup ini bagaikan tak adil! Satu persatu teman dan kenalanku pergi jua menghadap Yang Esa. Menemui Penciptanya. Meninggalkan kita di dunia yang berbeda. Meninggalkan kita dengan harapan mampu mengharungi hari yang berlalu dengan penuh kekuatan tanpa mereka. Meninggalkan kita yang ditinggalkan meratapi satu kehilangan, biarpun dimata tiada tangisan hiba namun jauh di sudut hati pemergianmu amat dirasai, pedih menahan lara.

Masih ku terasa gelak tawa dan sapa manja dari mereka dan hari ini kenangan indah itu hanyalah titik noktah menjadi sebuah kisah klasik yang memilukan. Kenapa dulu kita tidak menyedari kerinduan ini pasti berakhir? Kenapa dulu kita tak sedar hubungan ini pasti jadi yang terakhir? Kenapa dulu kita tak tahu kisah ini akan sampai di sini sahaja? Kenapa dulu kita tak memahami yang hidup akan mati .. yang datang pasti akan pergi? Kenapa ..?

Salam sayang dari kami, semoga rohmu dicucuri rahmat. Semoga pemergianmu memberi kami kekuatan untuk terus bersatu. Ku kirimkan doa menjadi penghubung kisah kita. Semoga dirimu ditempatkan dikalangan orang-orang yang baik jiwanya. Aku pasti merinduimu. Merindui riang tawamu, gelak manjamu dan seribu satu kata pujanggamu .. merinduimu yang pernah menjadi sahabat baikku ..

apa ertinya kehilangan?

kadang-kadang kita dengan senangnya memutuskan sesuatu hubungan. kadang-kadang dengan mudahnya kita melupakan seseorang. dengan alasan jemu, bosan dan mungkin juga dah ada yang lain. tapi pernahkah kita membayangkan bila kehilangan seseorang yang kita sayang sepenuh hati, cinta sedalamnya dan kasih seluhur jiwa raganya? hidup bagaikan tiada erti tanpa dia. hari berlalu bagaikan satu penyiksaan bagi kita. nyawa bagaikan dicabut bila tiap kali mengenang saat kita bersama mereka. hanya air mata yang menjadi peneman sisa hidup tanpa mereka.

semalam, aku menghabiskan beberapa masa di wad hospital, menemani rakanku yang menjaga adiknya yang kini kronik penyakit kanser. tengah aku sibuk melayan sms dari seorang rakan, aku dikejutkan dengan teriakan dan jeritan dari sebuah keluarga yang tidak jauh dari wad adik kawan aku. ada ahli keluarga mereka yang meninggal. ku lihat dari jauh dengan mata yang sedikit bergenang. melihat mereka yang baru saja kehilangan insan yang dicintai .. disaat itu, tiada apa yang dapat menghalang kehendak Yang Esa. masa itu juga, kita akan terasa lemahnya kita. kerdilnya kita di mata Dia ..

sempena Hari Valentine yang baru saja berakhir, ingin rasanya aku mengutuskan rasa rindu dan cinta bagi teman, rakan, kawan, family dan sesiapa sahaja yang pernah mengenali aku. aku sayang banget sama kalian. maafkan jika aku tersalah melukai hati anda tapi berikanlah sedikit ruang bahawa aku juga manusia biasa. punya hati dan perasaan yang sama.

wajah terbaru aku ~ shooting doku Anah Rais sempena Valentine ..

.hari sibuk sedunia.

dah lama rasanya tak menjenguk ke blog aku ni. rindu plak rasanya ngan kawan-kawan yang suka berceloteh dengan kehidupan masing-masing. seronok plak baca. biasala adat dunia, ada yang suka ada yang gembira. sekurang-kurangnya dengan adanya blog, masing2 mampu meluahkan apa yang tersirat di hati. sebab adanya manusia yang pandai berkata-kata tetapi jika berhadapan bersemuka, mereka jadi kelu diam tak bersuara. bukan kerana mereka sombong tapi mungkin perasaan segan itu masih wujud.

panjang plak introduction aku. weh aku bz la sejak dua menjak ni. macam2 aktiviti yang aku buat sama teman-teman gue. life aku sekarang ni dah macam traffik kat KL .. bz memanjang .. Isnin dan Selasa kena pergi Gym dekat Crowne Tower. *nak buat badan cantik2* Rabu kena pergi Red Carpet Premiere utk Movie Day *sa artis sa* Khamis ada trainning Badminton plak *wakil utk skuad Amoe*, Jumaat plak kena hadiri Cocktail Party dekat T.One .. *sekarang dah jadi budak baik, layan muzik saja, *no cigarette, less alcohol* hahahaa .. tu yang aku bz sangat sekarang ni .. time keja plak, memang susah sangat nak online lama-lama cam dulu .. sekarang ni nak kena jaga 9 site. hari-hari kena turun naik wad and klinik. nasib aku suka jalan-jalan .. MPOR sikit dowh. Hujung minggu lagi la .. macam-macam benda nak buat. letih-letih pun masih nak bergasak begadang sama saya teman-teman .. but anywy thanks a lot to all my friend yang tak henti2 menelefon invite ke banyak acara. nanti dah kahwin dah tua, mana dapat buat semua tu kan?

Ok la geng. aku nak chow, jap lagi boss aku nak sampai. nak pergi ke site KKTP plak. ada problem TPC kat sana. jumpa lagi yer. bye

tahun baru, azam baru ker?

hai semua. pejam celik pejam celik dah seminggu kita melayari tahun 2010. tak sedar cepatnya masa berlalu kan. bila bercakap pasal tahun baru, mula lah kita nak pasang azam baru. masing-masing ada azam dan impian sendiri. ada nak kumpul duit la, ada nak jaga body la, ada nak kahwin la, ada nak melancong ke serata dunia la. bagus la bila (sekurang-kurangnya) kita ada azam dan semangat untuk teruskan kehidupan. biarpun kadang kala azam tahun baru ni hanya "panas" dalam masa sebulan dua. pastu masing-masing meneruskan perjuangan hidup. ada yang sekadar menjalani rutin hari yang biasa. kerja pagi. balik petang. malam tido. ada yang berjuang dengan kehidupan. dari pagi hingga ke malam menahan kepedihan melawan kesakitan. ada yang terus melakar hari-hari yang berlalu dengan seribu pengalaman.
bagi aku, tahun ni banyak sangat benda nak buat. yang paling utama, aku nak kumpul duit banyak2 tahun ni. sebab bila duit dah banyak boleh la aku bawa family aku melancong jalan-jalan cari makan. niat aku cuma satu jer. bahagiakan diaorang. sekarang dah sampai masanya untuk aku balas balik jasa family aku. tahun ni gak, aku ada sesuatu yang buat "surprise" nak bagi tau korang.. tungguuuu!
ok la kawan-kawan. ada keja sikit ni. ada masa kita jumpa lagi. salam tahun baru. jangan lupa. senyum selalu. ingatlah yang tersayang kalau orang yang ada pandang tu meloyakan tekak, menyesakkan mata dan telinga k. jangan marah-marah .. bubyeee..

Putaran Roda Kehidupan 09'

selamat tinggal 2009,
hari ini adalah hari terahir sebelum tertutupnya tirai 2009.
kemudiannya kita akan menempuh alam baru 2010
walaupun pada zahirnya tiada apa yang berubah.
suasana yang sama, alam yang sama .. situasi yang sama.
cuma yang membezakan hanyalah tahun yang berlainan.
bagi aku berakhirnya 2009 meninggalkan kesan yang mendalam dalam putaran kehidupan.

adakalanya gembira bersama rakan-rakan berpesta.
adakalanya sepi aku sunyi bila semuanya tiada khabar berita.
adakalanya sayu dan sedih bila teringat yang telah tiada
adakalanya jiwa tersiksa hati menderita, tiada yang tahu ..
adakalanya bahagia bila bertemu keluarga dan orang tercinta
adakalanya melupakan yang lama demi masa depan
adakalanya marah dan kecewa dengan lumrah manusia biasa
adakalanya keliru, bila semuanya berakhir?

gathering miak sarawak 2009

saat bergembira bercuti bersama teman2 d kL

gathering chatolic's youth 09

pesta muda mudi

pertemuan setelah lebih kurang 5 tahun tak jumpa ..

saat2 terakhir di RTM