KAPIT .. bumi penuh kebanggaan

Kapit.mungkin ramai yg tak tau apa? mana? ada apa? kenapa? kami sgt bangga jd anak jati Kapit. bagi sesetengah pddk lokal, ia dikenali sbg pulau.. mengapa? sbb nak datang sini, cuma satu jalan jer, guna boat xpress dr Sibu selama 3 jam.

perjalanan yang menerujakan dengan permandangan yang mengagumkan

Fort Sylvia menjadi tarikan pengunjung yang cintakan sejarah silam

pada zaman dahulu kala, (brooke n the geng) kat sinilah tempat pendamaian semua suku kaum etnik kat Sarawak sbb zaman dulu2, etnik Iban, Kayan n Bidayuh (antaranya..ada 37 lagi semuanya) mmg tak sebulu.. selalu perang.. potong kepala n bermusuhan berabad lamanya tp lepas tu Brooke buat satu pendamaian di Kapit jadi semua suku kaum pun datang ke Kapit n buat satu pendamaian. tmpt dia kat Kubu Sylvia. pas dari hari tu.. suku kaum etnik tak lagi bermusuhan n hidup aman damai mcm sekarang..

masyarakat Iban di Kapit ketika menjelangnya musim perayaan Gawai

Kat Kapit anda akan menemui pusat pembuatan Pua Kumbu Asli Iban yang jarang terdapat di tempat lain. kat sini juga musim buah2an mmg sgt dinanti2 kan. buah durian, dabai n mcm2 ag mmg sgt sedap jika dibanding dgn tmpt lain. bahasa kat sini Bahasa Iban dengan 95% berbangsa Iban. nama berita kaban? manah?(apa khabar kawan? sehat?) tmpt rekreasi banyak kat sini. ada Balleh Safari Raft yang bertaraf antarabangsa, tiap2 tahun ada pertandingan berakit dr sungai ke sungai.. mmg mencabar!

bentuk muka bumi yang berbukit bukau dengan likuan anak sungai yang mencabar menjadi salah satu cabaran bagi penggemar aktiviti lasak

barang kraf ada gak dijual kat sini.. tp kalo nak lagi adventures, dialu-alukanlah.. kalu berkesempatan pg rumah2 panjang (Rumah Sengkuai Nanga Selaut) mmg besh .. nak tau? rumah panjang kat sini sgt moden.. ada astro, ada parabola.. rumah batu dah. tp elektrik belum 24 jam lagi.. mlm jer, siangnya idop mcm tu jer.. org kampong suka borak2 n buat kraftangan.. boleh pegi air terjun kat belakang umah, nak jungle hiking lagi la ada.. kalu berkesempatan pg huma.. permandangan mmg menakjubkan. boleh tgk 2 banjaran berwarna kuning atau hijau yg ditanam dgn padi. persekitaran dgn kicauan mergastua.. udara segar sgt seronok!

rumah panjangku ..

kutemukan sahabat di Kapit

rasa macam tak percaya.bilamana Edi, Stella n Bob datang Kapit n "ngabang" ke rumah aku di Kapit. sebelum ni aku tak pernah ada kawan selain kawan sekolah datang ke rumah aku. suka sangat. dengan itu makin aku bangga jadi sebahagian dari anak jati Kapit. aku berkenalan dengan mama dan bapa Stella. tadi pun aku kenalkan Edi, Stella n Bob ngan family aku. semoga persahabatan kami akan terus berkekalan dan dengan kemesraan ini menjadi ikatan yang tak kan putus selamanya.

stella n me .. waiting 4 edi n bob

edi, bob n stella .. lunch at M.I Restaurant

bob n stella .. sapa lagi comel?

stella n zai .. lepak at my house

menyusuri perjalanan yang jauh

jauh perjalanan, luas pengalaman .. namun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik tempat asal usul kita .. walaupun bandar Kapit hanyalah pekan kecil yang jauh di pedalaman, namun rasa kerinduan dan kebanggaan terhadapnya membuatkan aku pasti kembali lagi ke sini ..

Kch - Sbu

Sbu - Kch

Kapit

pekan2 kecil sepanjang Sg. Batang Rajang

otw ke Kuching

terminal Sarikei

gawai~istiadat ritual bersignifikan

Perayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaun Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun. Sejarah perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum dikelolakan di sebuah stesen radio pada tahun 1957 bagi membincangkan kepentingan mewujudkan suatu perayaan bagi suku kaum Dayak di Sarawak. Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan mengiktiraf perayaan tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa tersebut. “Hari Gawia” dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1 Jun 1965 oleh Dayak Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.

Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamaan bagi suku kaum Dayak yang terdiri daripada tiga suku kaum utama termasuklah Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara' pada setiap kali selepas musim menuai dan sebelum memulakan penanaman padi untuk musim seterusnya. Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan ‘semangat’ padi sentiasa dan terus dihormati.

Persediaan awal sebulan sebelum perayaan biasanya menyediakan air tapai yang dikenali sebagai Tuak. Pada sehari sebelum perayaan pula, kaum wanita akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa. Pansuh ayam menjadi kemestian untuk juadah bersama keluarga ataupun tetamu yang datang berkunjung. Dalam pada itu, golongan tua akan mula membakar lemang pulut di pekarangan rumah bagi kegunaan adat istiadat terutamanya upacara miring yang akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.

teresang akan didirikan di perkarangan rumah untuk digunakan semasa Adat Miring

Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional masing-masing dengan motif dan corak yang unik serta menonjolkan lagi kecantikan semulajadi paras rupa mereka. Anak-anak gadis akan mengenakan perhiasan perak dan gubahan manik yang diwarisi sejak turun-temurun serta memiliki seni estetika yang cukup mengagumkan. Khazanah yang eksotik ini menjadi kebanggaan bagi setiap suku kaum Dayak kerana ia merupakan peningggalan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

pahlawan Iban .. Tuai Rumah Sengkuai

Penduduk rumah panjang mula ziarah-menziarahi ataupun dalam dialek tempatan “ngabang” ke rumah kawan-kawan mahupun sanak saudara yang lain sementara anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari yang mengeratkan perpaduan sesama bangsa. Suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan kampung akan mengadakan rumah terbuka dan mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara yang terdekat untuk mengeratkan tali kemesraan.

ngabang ke rumah bala kaban belayan

Tarian Ngajat dan Ngajat Lesong dengan iringan alunan Sape yang dipersembahkan oleh muda mudi masyarakat Dayak menjadikan suasana Hari Gawai begitu meriah dan riuh rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang menghiburkan. Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai, Tawak, Gitar Buluh selain Serunai dan Seruling. Tarian Datun Julud yang dipersembahkan oleh kaum wanita dari suku kaum Orang Ulu ternyata begitu unik dengan gerak tari yang lemah gemalai.

Upacara Gawai Teresang Tinggi

Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada “Petara” demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian pertanian yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut kepercayaan daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan kepada Tuhan yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga dipersembahkan kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai “Petara Aki Ini”. Ketua Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.

Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak pada keaslian tenunan pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang bergemerlapan ketika menarikan Tarian Ngajat.
Pesta Gawai Dayak dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan. Majlis Ngulung Bidai seterusnya akan dilakukan yang memberi signifikan perayaan telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu.

ketika musim Gawai, banyak perkahwinan dilangsungkan .. salah satu permainan untuk keluarga pasangan

Adat Merik Anak Mit Mandi' .. Gawai 2007

Kini masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak. Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Perkongsian ilmu kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan keunikan bak kata pepatah ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ dengan menyuntik elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan bangsa.

hadiah ulang tahun kelahiran

Thanxz kepada kawan2 yang sudi bagi hadiah sempena birthday aku yg ke-25 .. korang mmg member yang de besh. sporting n kaw kaw punya kawan lah! u guys ROCK the LOVE tht nite .. im gonna miss this moments!

ni kek masa birthday part part:2 kat popwave .. thanxz Rozai, Azizan, Eida n Edi for coming ..

thanxz Zul for Cheese Cake .. sangat sedap!

thanxz Siti 4 Paul Smith's .. i like it so much!

thanxz Daniel for bottle opener .. pake apa lah ya o?

thanxz Zai for Sean John .. u knw i like it ha?

thanxz Adam and Adi for Honest Lighter .. nok .. suka lah ..

thanxz Stella n the gengs .. for the cute tie .. muahhh!

happy ~25~ birthday

hari ini tanggal 25.04.09 genaplah usia aku 25 tahun sejak 1984. hidup di dunia yang punya 1001 tingkah laku manusia dan 101 peristiwa suka dan duka yang kadang-kadang membuat kita rasa takut untuk menghadapi hari esok. kadang2 aku muak melayan segala kepahitan yang selalu dialami lalu menjadikan ia hanya kenangan yang sedikit sebanyak mendewasakan aku untuk terus melangkah dan terus melangkah .. tahun ni rasanya paling meriah sambutan ulangtahun kelahiran aku. entahla .. tp aku dapat rasakan, menjelangnya tarikh 25.04 dah bermacam2 aktiviti dan kejutan yang kawan2 aku buat. besh giler .. hinggalah pada mlm itu .. kami berjaya menjadikan LOVE is ROCK! Let's Get This Party Started guys!

b'day boy yang agak comel pd mlm tuu ..

ady .. daniel n edi .. sayang kalian ..

me n amy .. sapa paling kurus?

me n edi .. 1 minit be4 party

White is Love is Rock is Jeans!

Siti n me .. muahhh .. my sexy gurl!

adi n adam .. my luvly housemate

maG .. cool

cello .. fun & happy

momO & daNiel .. (n wedA) .. u guys fantastic!

my cutey dear .. stEeLa

ZuL .. cello .. Edi n MomO .. frenzEever

tangan sapa la yang gatal ya o?

cheng cheng! happy birthday!

ni la akibatnya kalau mempunyai kawan2 yang agak "ceridak"

my passion~

ini adalah salah satu montaj yang aku buat dalam projek Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2008 yang lepas. dekat seminggu lebih aku bersengkang mata bekerja siang malam untuk siapkan semua grafik untuk projek ni. dari montaj, teaser, audio mixing, visual editing n mastering semuanya aku kene complete before on air. dan aku puas hati .. cukup puas hati kerana setidak-tidaknya aku memberi lembaran baru untuk rtm sarawak dari segi grafik. dan aku pun terima respon yang cukup baik dari audiens tak kira yg pakar ataupun penonton biasa. namun bagi aku, ini adalah percubaan pertama yang boleh buat aku berbangga walaupun masih banyak lagi yang perlu dipelajari terutamanya dari segi motion n action. untuk montaj ni aku gunakan 3 rangkaian software iaitu Final Cut Pro, Motion dan LiveType ..

*kualiti video kurang memuaskan. harap maaf*

paris.lady.brit.chris^im serious^

Berikut adalah beberapa perkara lucu & ganas yang harus dikenang sampai bila-bila. vers."aku skandal"

~jangan memandu dalam keadaan emosi yang berantakan. kene cool dan bertenang. nyawa penumpang di belakang sangat mahal. sebab mereka sangat comel dan tak bersalah.

~jangan membaling hp kearah kekasih anda, tetapi lemparkan ke luar kereta, supaya orang boleh mengambilnya. Hahahhahaha

~jangan menangis di khalayak ramai. kalau anda merasakan orang memandang dengan sebelah mata maksudnya wajah anda ketika itu sangat tidak comel. paling tidak!

~berenang sambil bergossip sangat menggembirakan dan lebih seronok dari makan ABC di SweeKang.

~makan kari ayam, kobis goreng dan telor di tepi pantai sama perasaannya bila anda pertama kali berjumpa skandal, sangat excited dan tidak mudah dilupain.

~mandi di pantai dengan menggunakan boxer sambil merasakan dirinya Paris Hilton bukanlah suatu dosa sebenarnya tetapi mungkin kawan anda akan mentertawakan. cemburu lar tuuuu ..

~anda dibenarkan bercakap dalam bahasa English jika hampir2 lemas, contoh yang terbaik ialah "i'm seious!"

~ada beberapa permainan tradisonal masyarakat kampung yang selalu dianjurkan di pantai antaranya duduk di bahu kawan dan saling pukul memukul dengan pihak lawan, berendam dalam air untuk mengenalpasti siapa yang paling lama (walaupun menipu); keretapi dalam air, "jerung" dan juga renang berirama!!!

~saat yang paling bahagia adalah bila anda mampu bersorak sambil melambai-lambaikan tangan apabila memenangi kesemua acara, tak kira kalah atau menang; yang penting "kamek suka"

~harus balik dari pantai sebelum maghrib atau senja berlalu ok.

~dalam perjalanan pulang anda haruslah menyanyi beramai-ramai walaupun tak tau lirik dan anda berhak menukar ke lirik anda sendiri. itu tak jadi masalah..polis tak akan menyaman anda!

~jangan sesekali bermain bowling selepas mandi pantai. tetapi jika kawan anda memaksa, nak buat camana, pegi ajerlah..

~sayangi kawan anda, seperti anda menyayangi kekasih anda, dan jangan berskandal, sangat berdosa walaupun sangat2 seronok!


me and my brother ..

mungkin ramai yang tak tau aku ada abang. ada .. umur dia 27. tua 2 tahun dari aku. dah kahwin. tak lama lagi jadi bapak. cuti hari tu aku jumpa ngan abang aku. sejak kecil lagi aku tak rapat ngan dia. sbb sejak ayah meninggal, abg menjadi "pertukaran" menggantikan tmpt ayah apabila mak balik ke rumah keluarga asal. sebab itu aku tak rapat sgt ngan abg. tapi bila kami dah semakin dewasa, abang tetap menganggap kami keluarga asalnya. cuti hari tu, aku cuba menyemai kembali bait2 kasih sayang antara aku dan abang. satu malam .. kami duduk di ruang tamu. ditemani nenek yang sibok bercerita kisah silam. "dalam banyak2 anak nenek, takde yang sebaik menantu (ayah) aku ni .." antara kata2 nenek yang segar dalam ingatan aku. aku dan abang sama2 baring tepi nenek. manis sangat. macam comel jer. abang pun dah tahu, kenapa dia ditinggalkan masa kecil dulu. sekurang2 nya aku lega. bukan niat mama untuk tinggalkan abang. tiba-tiba aku terbayangkan..bagaimanalah nasib aku jika akulah yang menjadi "pertukaran" dulu? jadi beginikah aku? atau aku seperti mereka yang sebaya denganku tika ini? walaupun aku tak sesempurna mana, sekurang2nya aku amat puas dengan apa adanya pada diriku. banyak kisah yang aku ketahui dari abang pasal kisah keluargaku suatu masa dahulu. masa cuti juga aku betemu abang aku. baru pertama kali merasai aku ada abang. ada orang jaga dan tempat berteduh ketika memerlukan. dalam hati ku berdoa .. semoga kami sekeluarga tetap bersatu selamanya biarpun masa menjamah usia~

abang aku ..

adik ngan abg .. ada iras muka aku ker?

aku seadanya~