gawai~istiadat ritual bersignifikan

Perayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaun Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun. Sejarah perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum dikelolakan di sebuah stesen radio pada tahun 1957 bagi membincangkan kepentingan mewujudkan suatu perayaan bagi suku kaum Dayak di Sarawak. Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan mengiktiraf perayaan tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa tersebut. “Hari Gawia” dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1 Jun 1965 oleh Dayak Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.

Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamaan bagi suku kaum Dayak yang terdiri daripada tiga suku kaum utama termasuklah Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara' pada setiap kali selepas musim menuai dan sebelum memulakan penanaman padi untuk musim seterusnya. Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan ‘semangat’ padi sentiasa dan terus dihormati.

Persediaan awal sebulan sebelum perayaan biasanya menyediakan air tapai yang dikenali sebagai Tuak. Pada sehari sebelum perayaan pula, kaum wanita akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa. Pansuh ayam menjadi kemestian untuk juadah bersama keluarga ataupun tetamu yang datang berkunjung. Dalam pada itu, golongan tua akan mula membakar lemang pulut di pekarangan rumah bagi kegunaan adat istiadat terutamanya upacara miring yang akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.

teresang akan didirikan di perkarangan rumah untuk digunakan semasa Adat Miring

Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional masing-masing dengan motif dan corak yang unik serta menonjolkan lagi kecantikan semulajadi paras rupa mereka. Anak-anak gadis akan mengenakan perhiasan perak dan gubahan manik yang diwarisi sejak turun-temurun serta memiliki seni estetika yang cukup mengagumkan. Khazanah yang eksotik ini menjadi kebanggaan bagi setiap suku kaum Dayak kerana ia merupakan peningggalan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

pahlawan Iban .. Tuai Rumah Sengkuai

Penduduk rumah panjang mula ziarah-menziarahi ataupun dalam dialek tempatan “ngabang” ke rumah kawan-kawan mahupun sanak saudara yang lain sementara anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari yang mengeratkan perpaduan sesama bangsa. Suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan kampung akan mengadakan rumah terbuka dan mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara yang terdekat untuk mengeratkan tali kemesraan.

ngabang ke rumah bala kaban belayan

Tarian Ngajat dan Ngajat Lesong dengan iringan alunan Sape yang dipersembahkan oleh muda mudi masyarakat Dayak menjadikan suasana Hari Gawai begitu meriah dan riuh rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang menghiburkan. Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai, Tawak, Gitar Buluh selain Serunai dan Seruling. Tarian Datun Julud yang dipersembahkan oleh kaum wanita dari suku kaum Orang Ulu ternyata begitu unik dengan gerak tari yang lemah gemalai.

Upacara Gawai Teresang Tinggi

Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada “Petara” demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian pertanian yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut kepercayaan daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan kepada Tuhan yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga dipersembahkan kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai “Petara Aki Ini”. Ketua Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.

Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak pada keaslian tenunan pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang bergemerlapan ketika menarikan Tarian Ngajat.
Pesta Gawai Dayak dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan. Majlis Ngulung Bidai seterusnya akan dilakukan yang memberi signifikan perayaan telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu.

ketika musim Gawai, banyak perkahwinan dilangsungkan .. salah satu permainan untuk keluarga pasangan

Adat Merik Anak Mit Mandi' .. Gawai 2007

Kini masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak. Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Perkongsian ilmu kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan keunikan bak kata pepatah ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ dengan menyuntik elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan bangsa.

hadiah ulang tahun kelahiran

Thanxz kepada kawan2 yang sudi bagi hadiah sempena birthday aku yg ke-25 .. korang mmg member yang de besh. sporting n kaw kaw punya kawan lah! u guys ROCK the LOVE tht nite .. im gonna miss this moments!

ni kek masa birthday part part:2 kat popwave .. thanxz Rozai, Azizan, Eida n Edi for coming ..

thanxz Zul for Cheese Cake .. sangat sedap!

thanxz Siti 4 Paul Smith's .. i like it so much!

thanxz Daniel for bottle opener .. pake apa lah ya o?

thanxz Zai for Sean John .. u knw i like it ha?

thanxz Adam and Adi for Honest Lighter .. nok .. suka lah ..

thanxz Stella n the gengs .. for the cute tie .. muahhh!

happy ~25~ birthday

hari ini tanggal 25.04.09 genaplah usia aku 25 tahun sejak 1984. hidup di dunia yang punya 1001 tingkah laku manusia dan 101 peristiwa suka dan duka yang kadang-kadang membuat kita rasa takut untuk menghadapi hari esok. kadang2 aku muak melayan segala kepahitan yang selalu dialami lalu menjadikan ia hanya kenangan yang sedikit sebanyak mendewasakan aku untuk terus melangkah dan terus melangkah .. tahun ni rasanya paling meriah sambutan ulangtahun kelahiran aku. entahla .. tp aku dapat rasakan, menjelangnya tarikh 25.04 dah bermacam2 aktiviti dan kejutan yang kawan2 aku buat. besh giler .. hinggalah pada mlm itu .. kami berjaya menjadikan LOVE is ROCK! Let's Get This Party Started guys!

b'day boy yang agak comel pd mlm tuu ..

ady .. daniel n edi .. sayang kalian ..

me n amy .. sapa paling kurus?

me n edi .. 1 minit be4 party

White is Love is Rock is Jeans!

Siti n me .. muahhh .. my sexy gurl!

adi n adam .. my luvly housemate

maG .. cool

cello .. fun & happy

momO & daNiel .. (n wedA) .. u guys fantastic!

my cutey dear .. stEeLa

ZuL .. cello .. Edi n MomO .. frenzEever

tangan sapa la yang gatal ya o?

cheng cheng! happy birthday!

ni la akibatnya kalau mempunyai kawan2 yang agak "ceridak"

my passion~

ini adalah salah satu montaj yang aku buat dalam projek Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2008 yang lepas. dekat seminggu lebih aku bersengkang mata bekerja siang malam untuk siapkan semua grafik untuk projek ni. dari montaj, teaser, audio mixing, visual editing n mastering semuanya aku kene complete before on air. dan aku puas hati .. cukup puas hati kerana setidak-tidaknya aku memberi lembaran baru untuk rtm sarawak dari segi grafik. dan aku pun terima respon yang cukup baik dari audiens tak kira yg pakar ataupun penonton biasa. namun bagi aku, ini adalah percubaan pertama yang boleh buat aku berbangga walaupun masih banyak lagi yang perlu dipelajari terutamanya dari segi motion n action. untuk montaj ni aku gunakan 3 rangkaian software iaitu Final Cut Pro, Motion dan LiveType ..

*kualiti video kurang memuaskan. harap maaf*

paris.lady.brit.chris^im serious^

Berikut adalah beberapa perkara lucu & ganas yang harus dikenang sampai bila-bila. vers."aku skandal"

~jangan memandu dalam keadaan emosi yang berantakan. kene cool dan bertenang. nyawa penumpang di belakang sangat mahal. sebab mereka sangat comel dan tak bersalah.

~jangan membaling hp kearah kekasih anda, tetapi lemparkan ke luar kereta, supaya orang boleh mengambilnya. Hahahhahaha

~jangan menangis di khalayak ramai. kalau anda merasakan orang memandang dengan sebelah mata maksudnya wajah anda ketika itu sangat tidak comel. paling tidak!

~berenang sambil bergossip sangat menggembirakan dan lebih seronok dari makan ABC di SweeKang.

~makan kari ayam, kobis goreng dan telor di tepi pantai sama perasaannya bila anda pertama kali berjumpa skandal, sangat excited dan tidak mudah dilupain.

~mandi di pantai dengan menggunakan boxer sambil merasakan dirinya Paris Hilton bukanlah suatu dosa sebenarnya tetapi mungkin kawan anda akan mentertawakan. cemburu lar tuuuu ..

~anda dibenarkan bercakap dalam bahasa English jika hampir2 lemas, contoh yang terbaik ialah "i'm seious!"

~ada beberapa permainan tradisonal masyarakat kampung yang selalu dianjurkan di pantai antaranya duduk di bahu kawan dan saling pukul memukul dengan pihak lawan, berendam dalam air untuk mengenalpasti siapa yang paling lama (walaupun menipu); keretapi dalam air, "jerung" dan juga renang berirama!!!

~saat yang paling bahagia adalah bila anda mampu bersorak sambil melambai-lambaikan tangan apabila memenangi kesemua acara, tak kira kalah atau menang; yang penting "kamek suka"

~harus balik dari pantai sebelum maghrib atau senja berlalu ok.

~dalam perjalanan pulang anda haruslah menyanyi beramai-ramai walaupun tak tau lirik dan anda berhak menukar ke lirik anda sendiri. itu tak jadi masalah..polis tak akan menyaman anda!

~jangan sesekali bermain bowling selepas mandi pantai. tetapi jika kawan anda memaksa, nak buat camana, pegi ajerlah..

~sayangi kawan anda, seperti anda menyayangi kekasih anda, dan jangan berskandal, sangat berdosa walaupun sangat2 seronok!


me and my brother ..

mungkin ramai yang tak tau aku ada abang. ada .. umur dia 27. tua 2 tahun dari aku. dah kahwin. tak lama lagi jadi bapak. cuti hari tu aku jumpa ngan abang aku. sejak kecil lagi aku tak rapat ngan dia. sbb sejak ayah meninggal, abg menjadi "pertukaran" menggantikan tmpt ayah apabila mak balik ke rumah keluarga asal. sebab itu aku tak rapat sgt ngan abg. tapi bila kami dah semakin dewasa, abang tetap menganggap kami keluarga asalnya. cuti hari tu, aku cuba menyemai kembali bait2 kasih sayang antara aku dan abang. satu malam .. kami duduk di ruang tamu. ditemani nenek yang sibok bercerita kisah silam. "dalam banyak2 anak nenek, takde yang sebaik menantu (ayah) aku ni .." antara kata2 nenek yang segar dalam ingatan aku. aku dan abang sama2 baring tepi nenek. manis sangat. macam comel jer. abang pun dah tahu, kenapa dia ditinggalkan masa kecil dulu. sekurang2 nya aku lega. bukan niat mama untuk tinggalkan abang. tiba-tiba aku terbayangkan..bagaimanalah nasib aku jika akulah yang menjadi "pertukaran" dulu? jadi beginikah aku? atau aku seperti mereka yang sebaya denganku tika ini? walaupun aku tak sesempurna mana, sekurang2nya aku amat puas dengan apa adanya pada diriku. banyak kisah yang aku ketahui dari abang pasal kisah keluargaku suatu masa dahulu. masa cuti juga aku betemu abang aku. baru pertama kali merasai aku ada abang. ada orang jaga dan tempat berteduh ketika memerlukan. dalam hati ku berdoa .. semoga kami sekeluarga tetap bersatu selamanya biarpun masa menjamah usia~

abang aku ..

adik ngan abg .. ada iras muka aku ker?

aku seadanya~

adat basa menua sebayan

Empai datai aku ke menua, laban ke kak engau nyenggai inik, diak bala petunggal aku bisi ngirum ke SMS madah ke Ayak Kajup udah gak nadai. nyadi ayak aku tok anak inik aku ke nadai sarinyak. lebuh maya iya nadai, bangkai inik aku agik ba sibu. angka otw ke menua meh maya nak. anak inik aku tok cacat lebuh maya iya ada suba. enti nitih ke umur amat iya udah 28 tahun lebih pelabak ke aku. tang laban ke bisi penyakit iya engai besai2. untak iya pan nyu baka anak mit. iya enggau indai iya amat rapat. nadai tau dikemisah. kini2 indai iya mesti kak engau. baka ke nemu maya idai iya nadai, diak ayak aku tok tadi pan nyu nadai gak. ngelamatok bisi gak iya sakit tang nadai gak raya amat sampai ke mutus ke seput. ninga ke tusi orang bukai .. indai iya ngemai tudah ke menua sebayan. laban nemu nadai org ulih nyaga anak iya. enti sari 2 angka meh org ulih nguan iya tang enti udah 3 4 taun, nadai orang ulih. bala menyadi iya ke bukai pin bisi meh pengidu dirik empu. kasih gak ninga lebuh maya orang madah baka nyak ..

rumah panjai kami

nyadi malam nyak. niang 2 iko disengai kami seretai. enda kala meda utai bakanyak. bala penghulu bala mambang. pan nadai kala meda utai bakanyak. enti parai eksiden tauka kena bunuh angka meh parai seretai mayuh. tok parai penyakit jarai ditemu sengai segulai. ke bisi didinga enti parai pan dudi 2 3 minggu tauka bebulan tauka betaun. tok dudi sari ajak. nyak kebuah alu disengai segulai .. maya kak nutup ke santubung diak anak indu inik aku bisi nyebut "lebu meh dik ngasi ke ucu dik indai .. enda gak dik ensepi ucu dik merik pengelantang agai dik .." teritik ai mata aku ninga anak iya ke indu nyabak nyebut utai nyak ..


lebuh maya pagi siti diak kami nganjung bangkai ke pendam. engau gak tudah aku laban kak merik pengasih ke penudi agai ini. enti orang bukai angka lubah aku tang meda indai ngasuh gak alu engau meh aku bebai ke bayak inik engau aya. enti udah ngemai barang baya nurun ke pemendai enda tau niki baru, piak kok indai aku madah. udahnyak nepan meh kami sebuat bala aki bala ayak engau menyadi ke bukai bela enggau madang2. aku ngeluan ke perau kami. datai bak nanga sependam, niki meh kami. raya gak pemedih. iya gak lutak iya gak santubung berat amat. dini kala tudah aku kala engau. pama meh ensepi penusah iya. ngangkut semen .. batu .. pasir ngau mayuh gik utai bukai. sidak ke indu nganti bak pemendai sungai berapi ke kami. enti bisi laluh utai dempa enda tau dibaik pulai. reti iya semua utai dempa dipakai ambih meh. enti bisi laluh buai ajak. udah orang tembu numbak sereta nyemen bak endur lantai pendam diak kami tadi asoh orang nurun ke baruh lalu niki baru bak tangga. lebuh maya nyak kami ensuruk batang akar ke digulung bala penghulu. sereta nyak kami ditabur ka berau. nyak reti kami tadi udah pulai meh ari menua sebayan lalu enda tau agik tama ke dalam pendam. udah ke tembu magang, santubung pin udah gak ditimbus baru, kami pan alu ngemulai ke dirik. utai baka tali ngemai santubung engau apa nama ajak utai kena maya bak pendam enda tau dibaik pulai. ditinggal ke semua bak pendam ..


sebedau pulai menyadi aku merik batang kayu. pepat pucuk ngau pun. nyadi pucuk iya ditanam bak tanah. nadai orang madah tang bak penemu aku awak ka pun kayu nyak enda nyadi idup sereta kitai pan enda gak kena pansa sebayan. udahnyak lalu ensuruk baru bak gelung akar kayu bak jalai pengabis bak menua pendam. udahnyak mulai ke diri meh kami 39 iko .. anak laki iya enda tau enda gak ngemai batang kayu ke mit sigik, kena ngujak ka tiang ulit. datai bak pemendai rumah panjai kami pan mandi. enda tau enda sama lebuh niki ke rumah panjai. mesti seretai. bebaris2. datai di tanju rumah sidak niang kami pan alu di tama ke dalam gelung akar baru, udahnyak bala penghulu pan nabur ke beras, kami pan negu berau sereta aik ke bisi batu pemali. enti bisi asu , tau gak tegu. mayau tau meh. enti kitai enda disalak asu reti kitai tok mensia meh, ukai antu. bisi kedak orang semengat iya tinggal ka pendam nyak kebuah enti uduk nyak nyalak iya. lalu enda tau enda dibedarak nyak. enti udah ngau orang nganjung bangkai anang guai meh negu anak biak. laban sidak tok agik lemik semengat. ngetu dolok lalu ninga ke jako tuai rumah madah kemaya ngepun ngulit lalu kemaya gak orang ngetas ulit. piak meh iya adat basa enti maya nganjung orang ke mati.

abadikan salam terakhir

"lambat Ugik datang arini" .. "banyak sangat keja kat opis, nek" .. itulah perbualan terakhir dengan nenek beberapa hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tanggal 19.03.09 sekitar jam 6pm.

setelah beberapa minggu bertarung dengan komplikasi penyakit kanser dan paru2 berair, akhirnya kesakitan yang ditanggung bukan sahaja dari segi fizikal, malah psikologi dan emosi kami sebagai anak dan cucunya akhirnya berakhir dengan pemergian nenek kepada penciptaNya. aku seperti tidak percaya. baru pagi semalam melihat nenek, petangnya ketika dalam perjalanan dari SGH ke Sibu, akhirnya segala yang dirancang telahpun Tuhan tentukan. beberapa hari sebelumnya, memang lah doktor telah menerangkan harapan untuk hidup amat tipis. jika pembedahan pun peluang hanya 50/50. dengan tenaga nenek yang makin lemah dan "kebelumpakaran" doktor yang mengubat nenek (bukan aku menuduh .. tapi kenyataan!) kami tidak bersetuju pembedahan dilakukan. hari ke hari langsung tiada perkembangan positif dari nenek, padahal sebelum masuk wad nenek nampak o.k malah dapat merokok dan bergurau-gurau dengan cucu dia ..

aku pasrah akhirnya .. mungkin ada hikmah disebaliknya. cuma kita saja yang tidak tahu bagaimana dan bila. aku puas. sekurang kurangnya aku habiskan tiap waktu dan masa terakhir bersama nenek. hinggalah ke lambaian terakhir apabila nenek dibawa pergi menggunakan ambulans ke Hosp.Sibu .. petang semalam, ketika aku sibuk menyiapkan tugasan montaj untuk dinner press, aku menerima panggilan dari Ato. "nenek dah tiada .." aku bagaikan terkedu seketika. tanpa titisan airmata seluruh jiwaku bergenang kesayuan. harapan untuk mendakap nenek yang akan pulih lenyap dibawa bersama ketentuanNya. kepada kawan2 yang banyak memberi sokongan, terima kasih. aku o.k. harap2lah ..

warga emas teras masyarakat

pernahkah terlintas di fikiran anda? sebaik terjaga dari lena, membayangkan diri seorang insan yang telah lewat usia dengan fizikal yang semakin di mamah masa? sukar untuk dibayangkan kerana apabila kita menjalani kehidupan yang serba serbi sempurna, kadang2 kita begitu mudah melupakan situasi kehidupan orang lain ..

aku baru saja balik dari hospital. melawat nenekku yang kini menghidap kanser hempedu setelah datuk aku akhirnya selamat menjalani rawatan menghidap jangkitan kanser tulang pada tahun lepas. ini bukanlah nenek yang melahirkan emak aku tapi nenek ini adalah adik beradik dengan nenek yang melahirkan emak aku. banyak sangat jasa dan budi orang tua ini yang tersimpan kukuh dan terpahat di dalam jiwa aku. masa mula2 masuk kolej dulu, adalah juga nenek ni menyumbang seringgit 2 untuk tujuan perbelanjaan aku walaupun kehidupannya sediri taklah berada sangat. masa itu, walau sedikit sumbangan tapi nilainya sukar ditukar ganti. apa yang aku lebih sukar lupakan ialah apabila nenek inilah yang merawat luka di dahi aku (tengok pic aku) yang berparut gara2 bergaduh dengan samseng kampung. huh .. nakalnya aku.

tadi masa aku sampai di wad, memang sukar aku jangkakan keadaan nenek aku. lemah sangat. kurus. tiada lagi riak wajah manis dan senyuman mesranya menyapa aku .. fizikalnya lemah sekali ketika disuap anaknya bubur. aku meramas-ramas tangannya .. dulu bibirnya itu pernah mencium aku bilamana aku lama tak balik kampung. masih terasa sentuhan mesra dan pujiannya yang manja bagi aku "inilah cucu aku yang paling hensem" katanya .. hermmm .. tapi aku tau. ini hanya sementara. nenek masih kuat dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan masih ada. ini sebahagian daripada dugaan DIA untuk makhluk yang lemah seperti kita.

lantas aku berfikir dalam perjalanan pulang, begitu banyak penderitaan, kesengsaraan, kemiskinan dan ketidakadilan yang masih membelengu kehidupan kita yang sukar dihuraikan dengan segala rundingan. jika kita masih berada di titik normal dan berfikiran waras, seharusnya kehidupan ini dinikmati dengan kedamaian dan keharmonian serta bersyukur dengan setiap ciptaan DIA tanpa prejudis dan salah sangka. keterbukaan pada setiap kelemahan dan kelebihan diri dan orang lain pasti mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna biarpun kadang kala kesilapan itu sebahagian dari rutin kehidupan kita.

ranjau jalan kehidupan

Hidup adalah suatu perjalanan yang panjang .. dari anda berusia 1 hari hinggalah tibanya usia anda kini. Setelah 24 tahun 10 bulan hidup di dunia yang serba mencabar dengan segala sesuatu onak duri, aku akur andai hidup ini kadang2 suatu pengalaman yang banyak mengajar kita erti takdir dan ketentuan .. pernahkah anda terfikir? kadang2 sesuatu yang berlaku mmg telah anda jangkakan? baik buruk yang berlaku spt anda tidak mengendahkannya dan akhirnya apa yg berlaku di luar jangkaan anda. baik suka mahupun duka anda kena terima setiap satu darinya ..

aku mula berjinak2 dengan dunia alam maya ataupun e-lacur bak kata salah seorang kwn aku sejak 2004/05 cam tu la. kalu tak silap aku. baru2 gak la. setelah bbrp tahun melayari dunia maya ini aku banyak kenal dgn pelbagai kwn dr segenap pelusuk Malaya, Sbh, Swk, Brunei, Singapore, Thai n Indonesia .. mcm2 ragam yg aku temui .. bagaikan satu pengembaraan yg panjang .. aku mengenali sejuta satu sikap manusia yg kdg2 buat kita tak paham .. tapi satu yg tak dapat dilupa bila dapat mengenali ssrg yg kita temui dalam alam maya .. uniknya satu hubungan bila anda tidak pernah pun bertemu tp mampu melahirkan suatu perasaan yg dalam, penuh cinta n serasi uk bersama ..

apa yg lebih mengejutkan, org yg banyak bg dorongan, kata2 semangat, luahan perasaan, tapi tak pernah anda temui mampu membahagiakan anda .. dan tiba akhirnya anda temui mereka di suatu persimpangan jalan yang panjang .. dalam hidup ini anda akan menemui sesiapa sahaja uk seketika. memang dah takdirnya begitu dan di lain hari anda akan menemui org lain pula. pertemuan dan perpisahan itu seringkali suatu rempah dalam kehidupan. dan andainya aku menjadi salah satu persimpangan dalam liku2 kehidupan korang, inilah aku .. masa mencemburui kita lebih mengenali sesama .. andainya aku berdiam bukanlah maksudnya aku sombong dan bongkak, andainya aku tertawa bukanlah maksudnya aku mengada2 ceria, andainya aku menyenangkan .. terimalah aku seadanya ..

Is dan kawan2 dia .. pertama kali bertemu ..

Kazaf, Anas & Diedie .. kisah baru bermula ..

Boy .. pertemuan pertama setelah 3 tahun

menyintai tak semesti memiliki

Aku lahir dalam keluarga yang biasa.sederhana. sejak lahir lagi aku tak pernah tengok muka ayah aku apatah lagi mendapat belaian kasih sayang lelaki bernama "ayah" .. mak aku plak terpaksa bekerja uk menampung kehidupan kami sekeluarga .. aiyo .. intro yg sedih .. aku benci part sedih2 dalam hidup aku ni .. so aku membesar dengan hidup berdikari dan belajar erti "sendiri" .. aku ada kakak n abang. dan seorang adik lagi .. bila aku mula masuk alam ke persekolahan, aku ditumpangkan dengan keluarga sebelah bapak aku. hidup bersama 4 lagi saudara yang hampir sebaya mmg suatu yg menyeronokkan apatah lagi layanan mereka tiada perbezaan dengan aku. namun pasir tak selalunya gah tatkala air mula bah.. darjah 5 aku bertukar ke sekolah lain. bila aku mula melangkah ke sekolah menengah, aku dok asrama. tak perlu menyusahkan org lagi. aku hidup berdikari. lagi senang nak jumpa mak. sbb mak keje kat pekan. aku congek la. tiap kali pas jumpa mak tiap ujung minggu aku mesti nangis2 balik asrama. aku sayang sangat mak aku.

mama ngan anak n cucu dia


masa sekolah menengah aku tak pernah jatuh cinta biarpun banyak gak aku dapat surat chenta dari pelajar lain. paling aku rasa lucu sangat time seorang pelajar senior tingkatan 5 bagi aku surat masa aku form 1. dah la masa tu muka aku memang la comot. pakai suar pendek lagi sbb form1 kene pakai suar pendek. comel gak. form2 pun aku ok lagi. cinta tak wujud lagi. form3 pun sama gak. form4 pun sama .. form 5 pun sama. aku tak pernah bercinta, walaupun ada gak aku rapat2 ngan budak lain. kuar jumpa dengan ada peneman. jantung gugp gup gup. malu n segan dgn perempuan. katanya~well aku pun tak pernah menghalang cinta datang pada aku..aku pernah jatuh suka pada seseorang. muka sweet hitam manis.suka sgt kat dia. hari2 nak terserempak ngan dia waktu balik sekolah. waktu rehat selalu belanja dia makan (berduit la kononnya) .. dia tau kut org suka kat dia .. yang beshnyer adik dia sama umur adik Epi..siap best frenz lagi tu..bila balik kmpg ada gak tanya2 pasal dia ni..tapi takat tu jer.dia dah kahwin kut. mybe.sbb ms study dulu pun dia suka bercinta n banyak cinta ..


abis form5 aku masuk form6 uk 2 bulan jer..sbb bosan sgt aku lari masuk kolej kat Kuching. tu merupakan perhijrahan aku yang kedua pas aku stay kat Klang 4 bulan sementara tunggu result. Masa study kat kolej aku mmg fokus abis abisan sbb nyesal s.p.m tak berapa bagus tapi aku ada dapat A gak k. Kat kolej skali lagi aku berjaya menghindari cinta. kat Kuching mmg ramai budak2 yang taste aku. Aiyo aku pejamkan mata keraskan hati. walaupun masa tu jiwa aku memberontak nak bercinta. Man ngan Ery jer kawan baik aku yang mengenali siapa aku. Aku belajar jer.dan akhirnya aku menjadi Pelajar Terbaik uk program aku dengan CGPA 3.79 .. pastu aku ikot latihan industri kat filem negara bersama 3 lagi pelajar. pas abis praktikal aku disambar rtm untuk kontrak penyunting visual. aku pun mula bekerja. pas 2 tahun bekerja aku pun mula mencari teman sehinggalah aku bertemu dengan cinta pertamaku ..


bermulalah segalanya. pertemuan di jalanan akhirnya menemukan kami tapi aku tahu kami bukanlah pasangan yang serasi. walaupun di awal percintaan mmg seronok. hari2 nak "jumpa". hidup aku pun mula berubah. dari budak pendiam ke budak happy. sesuai ngan nama aku. beshnyer bercinta kan? hinggalah aku bertemu dengan penggantinya setelah kami break. aku memulakan buku baru. Dialah yang banyak mengajar aku erti rindu, cinta dan sayang .. kadang pun hidup tak selalunya indah kami tempuhi setiap dugaan biarpun adakalanya hati terguris jiwa menangis. setelah 2 tahun bersama aku merasakan dialah jiwa aku. banyak dugaan yang berjaya kami tempuhi bersama. hinggalah akhirnya mungkir Tuhan lebih mengerti kedukaan dan kesendirian aku tatkala merindu yang jauh dan mengenang yang tak pulang .. mujurlah aku diberikan cinta si pujangga .. biarpun secebis rasa sekejap cuma tp maknanya hingga ke akhir nyawa .. aku diuji lagi .. kasih yang ku harapkan pergi memisahkan .. biarpun bukan antara benua tp dalamnya lautan china selatan juga memisahkan .. ku simpan kenangan yang sedetik bersama menjadi azimat. mujurlah aku punya teman disaat berduka kawan disamping ceria.. adanya mereka kugembirakan hati yang lara ku jalani hidup sepi tanpanya. hingga akhirnya .. kini aku lebih mengerti .. teman2 di sekelilingku memberi aku inspirasi uk terus hidup ceria tanpa cinta. bersara kejap dari cinta. inikah hidup? kadang gembira kadang duka .. kadang suka kadang benci .. kini aku menyedari .. kadang pun kita menyinta sepenuh jiwa tp tak semesti kita memiliki semuanya .. Bagi yang sudi membaca luahan hati terjemahan nuraini yang ringkas tapi bermakna bagi aku ini, harap korang dapat mengenali serba sedikit siapa aku. bukan niat menyinggung sesiapa tp sekadar memfailkan kisah cinta yang biasa tp berjiwa bagi aku. makseh.


ni la kawan2 yang banyak mengisi kekosongan dalam hidup aku .. Eida, Ady, Adam, Epi, Daniel n Edy

k.a.m.e.k.o.r.a.n.g

minggu yang indah .. percutian yang hebat .. tiada apa yang aku nak ceritakan cuma gambar2 ini sahaja yang mampu membicarakan bertapa kami melalui pengalaman yang cukup bermakna untuk tatapan dan ingatan di hari yang mendatang ..
me n my best buddy .. adam (bukan nama sebenar) - pertemuan kami bermula apabila si Kamal menawarkan teman untuk rumah sewa..kini hamir 3 tahun .. kami berkongsi suka dan duka

minggu yang dasyat kan ngek?

im gonna miss this .. this is Eida .. reporter a.k.a news reader .. dah jd macam kakak aku

kanak2 yang teristemewa .. hujung skali is Daniel - kawan Edi ..
dulu tak rapat skrg mcm belangkas ..
mimpi indah wahai sahabatku ..
penat lah tek?
motif? kaki sapa paling berbulu ..?
bersantai d lobi H.V ..

me n arjuna (katanya) .. kami pun kiut gak kan?
ida.epi.daniel.edi.ady n adam .. motif ambik gambar macam ni mmg tak tau ..

kononnya nak ambik gambar keluarga ala2 zaman 70an .. tegak n sopan santun ..