abadikan salam terakhir



warga emas teras masyarakat



ranjau jalan kehidupan


Hidup adalah suatu perjalanan yang panjang .. dari anda berusia 1 hari hinggalah tibanya usia anda kini. Setelah 24 tahun 10 bulan hidup di dunia yang serba mencabar dengan segala sesuatu onak duri, aku akur andai hidup ini kadang2 suatu pengalaman yang banyak mengajar kita erti takdir dan ketentuan .. pernahkah anda terfikir? kadang2 sesuatu yang berlaku mmg telah anda jangkakan? baik buruk yang berlaku spt anda tidak mengendahkannya dan akhirnya apa yg berlaku di luar jangkaan anda. baik suka mahupun duka anda kena terima setiap satu darinya ..
aku mula berjinak2 dengan dunia alam maya ataupun e-lacur bak kata salah seorang kwn aku sejak 2004/05 cam tu la. kalu tak silap aku. baru2 gak la. setelah bbrp tahun melayari dunia maya ini aku banyak kenal dgn pelbagai kwn dr segenap pelusuk Malaya, Sbh, Swk, Brunei, Singapore, Thai n Indonesia .. mcm2 ragam yg aku temui .. bagaikan satu pengembaraan yg panjang .. aku mengenali sejuta satu sikap manusia yg kdg2 buat kita tak paham .. tapi satu yg tak dapat dilupa bila dapat mengenali ssrg yg kita temui dalam alam maya .. uniknya satu hubungan bila anda tidak pernah pun bertemu tp mampu melahirkan suatu perasaan yg dalam, penuh cinta n serasi uk bersama ..
apa yg lebih mengejutkan, org yg banyak bg dorongan, kata2 semangat, luahan perasaan, tapi tak pernah anda temui mampu membahagiakan anda .. dan tiba akhirnya anda temui mereka di suatu persimpangan jalan yang panjang .. dalam hidup ini anda akan menemui sesiapa sahaja uk seketika. memang dah takdirnya begitu dan di lain hari anda akan menemui org lain pula. pertemuan dan perpisahan itu seringkali suatu rempah dalam kehidupan. dan andainya aku menjadi salah satu persimpangan dalam liku2 kehidupan korang, inilah aku .. masa mencemburui kita lebih mengenali sesama .. andainya aku berdiam bukanlah maksudnya aku sombong dan bongkak, andainya aku tertawa bukanlah maksudnya aku mengada2 ceria, andainya aku menyenangkan .. terimalah aku seadanya ..
Is dan kawan2 dia .. pertama kali bertemu ..
Kazaf, Anas & Diedie .. kisah baru bermula ..
Boy .. pertemuan pertama setelah 3 tahun

menyintai tak semesti memiliki


mama ngan anak n cucu dia
bermulalah segalanya. pertemuan di jalanan akhirnya menemukan kami tapi aku tahu kami bukanlah pasangan yang serasi. walaupun di awal percintaan mmg seronok. hari2 nak "jumpa". hidup aku pun mula berubah. dari budak pendiam ke budak happy. sesuai ngan nama aku. beshnyer bercinta kan? hinggalah aku bertemu dengan penggantinya setelah kami break. aku memulakan buku baru. Dialah yang banyak mengajar aku erti rindu, cinta dan sayang .. kadang pun hidup tak selalunya indah kami tempuhi setiap dugaan biarpun adakalanya hati terguris jiwa menangis. setelah 2 tahun bersama aku merasakan dialah jiwa aku. banyak dugaan yang berjaya kami tempuhi bersama. hinggalah akhirnya mungkir Tuhan lebih mengerti kedukaan dan kesendirian aku tatkala merindu yang jauh dan mengenang yang tak pulang .. mujurlah aku diberikan cinta si pujangga .. biarpun secebis rasa sekejap cuma tp maknanya hingga ke akhir nyawa .. aku diuji lagi .. kasih yang ku harapkan pergi memisahkan .. biarpun bukan antara benua tp dalamnya lautan china selatan juga memisahkan .. ku simpan kenangan yang sedetik bersama menjadi azimat. mujurlah aku punya teman disaat berduka kawan disamping ceria.. adanya mereka kugembirakan hati yang lara ku jalani hidup sepi tanpanya. hingga akhirnya .. kini aku lebih mengerti .. teman2 di sekelilingku memberi aku inspirasi uk terus hidup ceria tanpa cinta. bersara kejap dari cinta. inikah hidup? kadang gembira kadang duka .. kadang suka kadang benci .. kini aku menyedari .. kadang pun kita menyinta sepenuh jiwa tp tak semesti kita memiliki semuanya .. Bagi yang sudi membaca luahan hati terjemahan nuraini yang ringkas tapi bermakna bagi aku ini, harap korang dapat mengenali serba sedikit siapa aku. bukan niat menyinggung sesiapa tp sekadar memfailkan kisah cinta yang biasa tp berjiwa bagi aku. makseh.

ni la kawan2 yang banyak mengisi kekosongan dalam hidup aku .. Eida, Ady, Adam, Epi, Daniel n Edy

k.a.m.e.k.o.r.a.n.g




Bila Aku Sudah Tiada - Noh


Klip ini cukup indah, cantik dan sangat kemas style editingnya. Menggunakan teknik black n white menjadikan konsep video yang trendy dan menarik. Aku suka sangat .. bangga pun ada. Bila muzik indie pun mampu menghasilkan klip yang memang agak menerujakan. Apa yang pasti aku dah tengok klip ini dekat 10 kali hari ni. Ada Nas-T kat sini .. Enjoy k ..

obsess; trauma; fobia


obsess .. menurut pemahaman aku, obsess dimaksudkan dengan perilaku atau perbuatan yang menyukai, menginginkan, minat dan menaruh kepada sesuatu perkara, benda dengan suatu perasaan yang berlebihan. aku obsess .. aku teramat obsess .. dengan banyak perkara .. dan bila aku obsess dgn sesuatu aku merasa bahagia .. suka n puas .. seakan2 benda yg aku obsess benar2 dan hidup dalam jiwa aku ..
sebagai contoh aku pernah obsess pada warna putih. sehinggakan hampir seluruh bahagian dalam jiwa n hidup aku diwarnai dgn warna putih .. dari pakaian sehingga pelbagai koleksi peribadi aku berwarna putih .. bila aku menggunakan apa2 sahaja yg berwarna putih timbul suatu perasaan yg berbeza .. unik .. betul2 berbeza ..
aku tak tau kenapa tapi aku suka .. kadang2 aku terfikir adakah ini penyakit atau hanya suatu perasaan fantasi saja. tapi buat masa ini aku belum membenarkan obsessku merosakkan aku. dan sekarang aku obsess dengan ... (rahsia.segan) sehinggakan dalam hp aku penuh dgn sgala sesuatu tentang itu .. puas.itu yg aku dapat rasakan..
*aku yg pertama jumpa ular ni ..
trauma .. fobia
aku mmg pernah mengalami kebakaran sedikit masa dulu. dan sampai sekarang aku mmg merasai trauma n fobia bila mengalami kebakaran itu dengan hanya aku sendiri tanpa ada org lain.. dan sekarang kesannya aku jadi seperti takut. bayangkan aku takut untuk mengunci pintu. kalaupun aku berjaya menutup pintu, aku akan pastikan pintu itu berkunci hingga betul2 berkunci .. mmg sangat sukar bila org lain sgt biasa n mudah tp aku mengalami perasaan yang sukar n susah .. suis .. aku tak dapat tutup suis dengan hanya sekali tekan .. sampai berkali2 .. sbb aku tak yakin n tak percaya suis itu tertutup .. sedangkan lampu dah padam n plug dah tercabut tp aku tak yakin juga .. pelikkan? itu yg aku alami sekarang ni .. dan aku mmg tgh belajar melupakan ketakutan itu ..

banjir. satu pengembaraan?



semalam banjir lagi. terus terang aku pertama kali merasai suasana banjir sepanjang aku d Kuching. kalu kat Kapit pun banjir org macam tak kisah .. sbb kat sana ada lagi banjir yang lebih besar. Kalu Kapit banjir, Kuching aku rasa mmg "tenggelam" .. sbb Kapit buminya lebih berbukit-bukau .. berbalik tentang semalam ..
pukul 5.00pm waktu nak balik kerja aku dapat info dr teman; dia cakap paras air dah naik kat area Jentayu; berdekatan dengan opis aku .. pastu dapat msg dari Daniel, dia taknak balik umah awal sbb takut jammed, so kitaorg nak lepak2 jap .. ermmm perjalanan dari Jalan P.Ramlee ke tol mmg satu pengalaman yg unik bagi aku .. dengan jammed nya .. dengan karenah manusia kat tepi2 jalan2 .. dengan banjir yang sekejap ada sekejap takde membasahi jalan2 d Bumi Kenyalang .. dengan pengalaman lucu antara Aku, Edi dan Daniel, satu pengembaraan yang sukar dilupakan bagi aku ..
dan aku terfikir sekejap .. "kadang2 suatu yang mungkin buruk dari luarannya, ada nikmat di dalamnya yang mungkin berbeza dari perspektif setiap manusia yang berlainan latar belakang budaya dan cara hidupnya".

aku suka Hujan ..



hari Jumaat tak tau nak g mana ..
Daniel n Azie ajak kuar g makan jap ..
aku ikot jer .. bosan dok opis ..
Budak 2 ekor ni tak tau nak g mana ..
Azie nak makan laksa kat Madam Tang ..
so pergilah ..
Guess Whattt?
kitaorg jumpa Noh makan kat situ ..
aku terkedu jap .. huhuhu ..
kitaorg tengok jer dia dr jauh ..
muzik Noh besh ..
dia ngan sum1 (kakak atau adik atau gf dia .. tak tau ...)
ngan Vocalis Evennstar (lupa nama dia ..)

rugi tul tak jadi g Bintulu 4 Hujan punya tour dulu ..
berhiburlah dengan lagu ni .. Pagi Yang Gelap .. hayatilah liriknya ..
kan?
Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu
Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang
Aku amat merindui kamu
Pagi yang gelap Kini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang I
nginku ulang ke masa dulu
Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
cerita hanya kita berdua
so Hujan still de ROCK!!!

pandu cermat, ingat yang tersayang


aku, Edi dan Daniel mmg plan nak pegi pantai ok uolls
memang dah dari minggu lepas dah plan dah nak pegi
sbb aku ni kaki pantai .. suka la sangat .. damai jer kan ..
tapi Edi cakap kol 2 baru dapat jumpa
pas ambik aku kat rumah, kitaorg ambik Daniel kat Sukma
jam dah kol 3 lebih
mula-mula nak makan jap .. tapi nak tengok tiket jap
nak tengok wayang apa yg ada ..
so g Cineplex .. jumpa Lan .. kol Agus jap ..
dia nak kasi tiket free (thanxz Agus)
tp pastu macam tak jadi plak .. g Star plak .. semua cita mcm tak besh
very de tak seronok
"apa lagi adik-adik"-ayat kawan Jelita (aku tak ingat sapa)
pastu g makan kat T.J jap ..
pas makan kitaorg g Batu Kawa ada butiq baru buka kat sana
kasut dia sangat cantik .. sangat taste aku ..
ada line merah kat tepi dia .. runcing ok !
pas jalan2 jap kat B.K kitaorg g Taman Sahabat ..
bagi anak-anak ikan makan .. makan bubuk
jam dah nak dekat kol 6.15 so kitaorg g Cineplex balik
tengok cita the Spirit ..
Lan cakap tak besh .. Agus pun cakap tak besh ..
tp kitaorg nak jugekkkkk tengok .. so lantaklah ..
mula2 intro lagi dah cita tu mmg tak masuk akal ..
layan jer lah .. Daniel mcm ngantok .. Edi diam jer .. aku fokus
cuba pikir positif n cari keistemewaan cita tu ..
tapi tak dapat ..
last2 kitaorg chow .. malas da ..
bermulalah segalanya ..
Epi:Bosan ohh ..
Daniel:yalah ngek ..
Epi:O D kmk nak g bank jap kaktok leh sik .. sikda wit ..
Edi:Ok lah ..
Epi:Tinggal mek kat tepi CIMB ya jak .. lak jumpa di McD
Edi&Daniel:Bye ngek ..
aku pun jalan terus g CIMB atm ..
tak sampai 3 minit aku nak amsuk ATM ..
(eh aku tak tau la bunyi dia mcm mana nak taip .. tp ada accident depan tu)
PakGuard:Siya..ada accident depan ya..motorsikal ya laju gilak ..
aku cuba tengok ke belakang .. jantung aku bagai nak pecah ..
sbb bab bab accident ni aku takut sangat ..
aku harap sangat bukan Edi ngan Daniel yang terlibat dengan kemalangan ..
aku kuatkan juga tengok ke belakang ..
YA ALLAH ...
aku terasa kaki aku keras dah nak berjalan ..
Sah la diaorg dah terlibat ngan kemalangan ..
aku tengok pembonceng motorsikal tu terduduk kat jalan ..
nak gak tengok kemalangan tu ..
aku teruskan niat nak ambik duit ..
tak sampai 30 saat aku pun mula bergegas ke tempat kejadian ..
masa tu Edi dan Daniel dah kat luar
aku takut sangat .. aku tak suka perasaan macam ni ..
Daniel pa lagi .. noya sangat ..
tapi kami tenang jer ..
nasib baik masa tu ada akak polis turut jadi saksi masa tu
dia cakap mmg budak mat rempit tu laju ..
pastu laki dia sarankan kami kol MP
u know MP? Military Police ok
yg aku bengang sangat kawan si setan mat rempit tu siap tengking kami
"Kau nak kol MP .. Kol lah" dia ulang berkali2 mcm tak puas hati
dipendekkan cerita pas MP datang padan muka diaorg
dahla askar tu takder lesen dah mati, side mirror pun takder ..
macam2 agi la ..
masa kat Balai Polis Pelancong tu hanya Tuhan saja yg tau ..
hurmmm malas nak cerita ...
tau tau jer la mcm mana polis layan budak nakal

blog pertama


absoLurve:epi .. aku bukanlah pemburu cinta tapi cinta adalah suatu perasaan yang lahir kadang-kadang bukan kerana nafsu semata-mata tapi sejauh mana anda menyenangi cintamu ..
