Best Vacations on 2013

HEY..such a long time not update my blog. Kinda bz with my personal life, work and work and work. Terpaksa mencuri masa yang ada untuk bercuti bersama family dan juga kawan-kawan. Here is my photo log on travel on 2013.

[new year vacation with my BFF @Retreat, Lundu]



[This is my some photo during vacation at Jakarta and Bandung, Indonesia]


[During my way to back to "kampung"]


 

[Day trip to Satang Island]

 
[My latest vaccay with family at Penang, Malaysia]

[View from Bukit Bendera, can see the bridge!]

Love Lent Project 2013

Love Lent Project 2013 kembali lagi! Seperti tahun yang lepas, aku mengambil bahagian sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan yang kekurangan makanan. Bayangkan kita hari-hari terlebih makan, apa salahnya jika sesekali kita luangkan masa bersama mereka, merasakan apa yang mereka alami. Bukan sehari tapi mungkin banyak hari yang harus mereka tempuhi. Syukur dengan setiap apa yang kita ada. Jom, ini sedikit gambar pada hari itu.

[pembahagian kumpulan, seperti tahun lepas, tahun ni saya beroperasi di Kampung Kudei, Satok]

[Volunteer : HIFFI, Let me be Christ to you!]

[persiapan makanan sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan]

[tidak kira tua dan muda, lelaki dan wanita, saling tolong menolong]

[menanti ketibaan pasukan yang bertugas]

[beratur dengan sabar ya adik-adik ..]

[si cilik tetap gigih membantu mengagihkan makanan]

Muay Thai - Challenge Yourself

Bagi sesiapa yang kenal saya, saya merupakan seorang lelaki biasa yang sangat aktif bersukan sejak dari bangku sekolah lagi. Olahraga, renang, bola tampar, bola keranjang adalah antara sukan yang saya pernah wakil sekolah ketika itu. Kalau nak dikenang memang manis saat-saat dikalungkan medal, dan kesemua pingat yang diperolehi masih saya simpan hingga kini.

[antara pingat yang diperolehi dalam bidang sukan dan akademik]

Sekarang dah tua dan berkejaya memang susah untuk terlibat dengan mana-mana sukan. Yang masih aktif hanyalah terlibat dengan gym, itupun dibuat selepas balik kerja, tak dapat nak fokus sangat. 

Sukan lasak Muay Thai mungkin belum biasa kedengaran bagi masyarakat kita. Ia adalah seni mempertahankan diri ala boxing yang berasal dari negara jiran, Thailand.


[petikan dari Wikipedia]


Oleh kerana ingin melihat sejauh mana kemampuan aku dalam sukan ini, aku register untuk memulakan latihan sebagai seorang ahli dalam kumpulan ini. Latihan dijalankan 3 kali sehari, selama 2 jam setiap sesi. Aku hanya mampu membuat 2 kali latihan setiap hujung minggu. Memang penat, lasak dan memerlukan stamina yang sangat tinggi.

[diskusi setelah tamat latihan]

[acara sparing akan diadakan bagi melihat kemampuan ahli setelah diberi tunjuk ajar]

[nah, ni le kesan latihan yang lasak, padat dan hebat. hahaha, tapi tak sakit, cuma lebam]

[cabar diri anda!]

Big Family, First Christmas

Rasanya post ini agak outdated disebabkan jadual harian yang padat menjelang awal tahun. Well, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Natal, Merry Christmas buat my big family, kawan-kawan serta sesiapa sahaja yang kenal Hiffi Salang. 14 tahun aku tak pernah celebrate Krismas bersama keluarga, sebab hanya pada tahun ini keluarga aku baru convert to Christian, sebelum ini masih mengamalkan kepercayaan lama. Aku pula masuk Kristian ketika berusia 14 tahun di Gereja Katolik Kapit. Sejak itu aku tak pernah celebrate Krismas bersama keluarga, yang ada hanya bersama kawan-kawan dan kadang kala aku hanya pergi ke gereja pastu makan dan balik. Seperti tiada apa-apa.

[Pertama kali menjejakkan kaki ke gereja bersama keluarga. Ini ketika minggu terakhir sebelum Krismas. God Bless Us]

[Pagi Krismas, sembahyang di Gereja Methodist Iban, Kapit]

[Aktiviti BBQ bersama keluarga]

[Ketika musim perayaan, jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk]

[Menonton perlawanan bola sepak ketika cuti perayaan bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan]

[My best friend]

Tahun ini, seluruh seisi keluarga bergembira, excited pergi ke gereja untuk sembahyang di pagi Krismas. Aku membantu mengiringi nenek yang tidak dapat berjalan dengan kuat lagi. Balik dari sembahyang, aku, adik aku Padtery serta sepupu Jeff, mula mem'bbq sambil ditemani tin-tin beer. Memang seronok, berbual, berjenaka dan bergembira bersama. Kawan-kawan yang lain pun turut datang memeriahkan suasana. Pastinya, Krismas tahun ini adalah sebagai satu permulaan bagi kehidupan kami yang lebih sempurna di masa depan. Terima kasih Tuhan!

BFF Vacation New Year 2013

Dah hampir seminggu berada di tahun baru 2013. Kalau tahun yang sudah-sudah, aku hanya menghabiskan masa di rumah ketika sambutan tahun baru. Eh, tapi tahun lepas aku kat KL. Tahun ni ada plan bersama kawan-kawan nak pergi vacation katanyer ke Retreat @Siar Beach Resort, Lundu. Nak dijadikan cerita, bermulalah perjalanan kami lima orang berkongsi satu kereta. Aku, Zaidi, Farrah, Atty dan Ariel. Deen pulak datang lambat sikit guna kereta dia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam memandangkan hujan agak lebat yang menyukarkan laluan trafik.

[aku dengan Miss Atty, masa sebelum gerak ke Retreat, sempat pose]

[perjalanan menuju ke Lundu yang diselubungi kabus]

Sampai kat sana, kami terus mandi laut. Seronok giler sebab lama sangat tak mandi laut walaupun pada masa tu "gigitan" obor-obor agak terasa gatal. Lepas tu, sambung pula mandi kat kolam renang. Kat sini ada menyediakan rumah berurut (orang kurang upaya), pusat karaoke, sauna, kafeteria selain tempat penginapan yang selesa.

[pantai Retreat mengingatkan aku dengan pantai Port Dickson, biasa2 saja tapi pasti diingati]

[antara tempat penginapan yang disediakan di sini, bergantung dengan hari atau musim perayaan, pakej yang disediakan agak berpatutan, kurang dari RM300 untuk sebuah rumah]

[persekitaran di sini juga terjaga rapi dengan laluan pejalan kaki yang di hias menarik]

[antara tarikan utama Retreat ialah kolam renang yang menghadap laut serta berdepan dengan kawasan penginapan utama]

[all the boys out for karaoke session, tapi tak nyanyi sebab song list guest lain full]

Malam tu sebelum tahun 2012 berakhir kami sempat BBQ di tepi pantai. Bakar sosej, ayam serta udang galah yang dibeli di Pekan Lundu. Malam ketika tahun baru 2013, suasana memang meriah dan seronok dengan percikan bunga api serta letupan mercun yang kadang-kala menyakitkan telinga. Pengunjung-pengunjung lain keluar berjalan-jalan bersama keluarga dan sahabat handai. Seperti suatu festival, masing-masing gembira di tahun baru.

[udang galah memang sedap di bakar, sewa untuk perlatan bbq di sini ialah rm100 tapi arang dan makanan lain, anda sediakan sendiri yer]

[best tak?]

[aku tak pasti ni muka kekenyangan atau kepenatan sebab nak menghidupkan api punyalah susah]

Tahun baru, mesti nak azam baru la kan? Aku? Semoga hidup ini lebih bermakna, menjalani hari-hari yang berlalu dengan rasa gembira dan ceria. Pedulikan apa orang nak cakap dan nilai kita, yang penting kita tahu apa yang kita buat. Semoga rezeki makin baik tahun ini. Dan semoga orang-orang yang aku sayang akan selalu merasa bahagia jugak!