Firasat Cinta Satu Malam


Meski dua purnama telah berlalu, namun ingatan kenangan itu tetap utuh dalam kotak fikiran. Cinta satu malam. Walau sekejap cuma, namun memadai untuk melepas rasa rindu. Itulah kali terakhir melihat dirinya. Kapan kita berjumpa lagi? I missed you a lot ..
Fikiran jauh melayang. Entah kenapa hari ini agak janggal dan pelik. Lagi rasa aneh. Sepertinya sesuatu yang bakal terjadi. Well, kadang-kadang aku merasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang yang punya firasat yang agak kuat mengikut kata naluriku. Seperti yang aku jangkakan, apa yang aku sangka ada di depan mata. Cintaku membawamu kemari. Sayangmu terpahat di hatiku.

Milik Cinta Hati


Hati ..
Tersimpan didalamnya banyak rahasia,
Terukir dibaliknya seribu satu ceritera,
Terpahat didasarnya semua nostalgia,
Hati ini ..
Bila dia gembira kau senyum tawa,
Degupannya bersama kau rasa,
Bila dia suka kau indah teruja,
Denyutannya bersama kau pinta,
Hati itu ..
Jangan kau sakiti rasa cintanya,
Bila berparut takkan kau rasa,
Jangan kau khianati rasa sayangnya,
Bila bercela lamanya nak sempurna,
Cinta hati ..
Kau jagalah kepingan hatinya,
Kerana cinta itu milik hatinya,
Kerana hati milik cintanya ..

Gula Apong Sarawak


Ohya, baru-baru ini saya membawa kawan dari Semenanjung untuk berjalan-jalan di Pasar Satok untuk membeli ikan Terubok. Melintasi satu persatu gerai di situ, perhatian saya teralih pada satu produk hiliran masyarakat kampung "Gula Apong". Jika Melaka terkenal dengan Gula Melaka atau Gula Merah, Sarawak pula
terkenal dengan Gula Apong, yang juga hampir menyerupai Gula Merah. Bezanya, Gula
Melaka terhasil menggunakan nira pokok kelapa atau pokok enau, sedangkan Gula Apong
dihasil menggunakan nira pokok nipah, yang sememangnya banyak terdapat di sepanjang sungai di Sarawak terutama di Kota
Samarahan dan juga Betong.
Kebiasaannya
pengusaha Gula Apong akan menadah air sadap menggunakan bekas buluh untuk
mengekalkan keaslian rasanya. Air sadap sebenarnya berpunca dari batang pangkal
mayang pokok nipah yang telah dicantas permukaannya. Proses akan dibiarkan semalaman
untuk memastikan bekas buluh tersebut penuh. Keesokan harinya seawal jam 7
hingga 9 pagi, pengusaha mula mengutip hasil air sadap sebelum memasaknya
menggunakan kawah besar yang mengambil masa selama kira-kira lima hingga enam
jam. Teknik konvensional yang digunakan sememangnya memerlukan ketelitian serta
kesabaran nan tinggi. Ia perlu digaul dengan cermat supaya masak sepenuhnya. Proses
yang rumit juga menyebabkan kapasiti pengeluaran terhad dan kadang kala tidak dapat
memenuhi peningkatan permintaan dari penggemar hasil Gula Apong.
Jika anda
berkesempatan ke pasar tamu yang berhampiran, Gula Apong Sarawak boleh didapati
dengan harga RM3 sebungkus. Penggunaan Gula Apong oleh penduduk kampung sangat
popular sebagai bahan utama untuk membuat pelbagai kuih muih tradisional
masyarakat Sarawak seperti Celorot dan Kuih Takir. Ia juga dijadikan perisa
bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau minuman terutamanya Teh C Peng
mahupun Kuah Rojak Istimewa.
[credit picture of Celorot for sarawakianaii.blogspot.com]
Selain kesedapan rasanya, Gula Apong dipercayai
mempunyai kelebihan untuk mengelak serta mengurangkan penyakit kencing manis
dan darah tinggi. Bagi yang pertama kali, dapatkan produk Gula Apong Sarawak
dan cubalah sendiri resipi berasaskan Gula Apong ini.

Ramadan Mubarak 2012


1 Ogos dah tiba, maksudnya dah 12 hari umat Islam berpuasa. Tahun ini, tahun aku paling banyak ikut berpuasa. Nak jugak sahur dan berbuka. Lebih-lebih lagi di samping orang tersayang. Eh? Siapa? ^_^
Teringat pertama kali berpuasa, nak berdiri pun tak larat, apatah lagi bila bersahur, dengan mata sebelah pejam sebelah celik sambil makan karipap yang dibeli semalamnya. Dia selalu cakap "semua yang dia berbuka pun nak post, tunggu berbuka pun nak post", dia tak tau, sebenarnya semua tu sebab saya rindu dia ..
Tahun ini, memberi pengalaman yang berbeza seperti tahun yang sudah. Bukan sahaja meninggalkan erti yang cukup berharga malah tahun ini menjadi suatu kenangan yang sukar dilupakan. Terima kasih kerana memori yang terindah.
DIA "3 hari yang lepas, saya tengah sebok nak berbuka dengan sayang saya, 2 hari yang lepas saya sebok masak untuk dia tapi tak berapa sedap. Semalam saya makan seafood dengan dia. Hari ini saya sangat rindu dia"
AKU "3 hari yang lepas, saya sebok bawa dia ke bazaar, suka tengok dia gembira, 2 hari yang lepas, dia masak untuk saya, comel tau dia masak, saya hanya dibenarkan tengok dia memasak. Semalam kami makan seafood, dia tak tau bertapa saya risau bila dia makan seafood, awal2 saya dah pesan jangan lupa makan ubat. Hari ini saya sangat rindu dia, saya pergi bazaar seorang diri, tapi tangan saya asyik BBM dia"
p/s Selamat berpuasa kepada semua orang, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa. Kepada dia, jangan makan banyak sangat nanti masuk angin perut tu. Jaga diri tau, saya sayang awak.

Most Memorable Memories


Back to basic, back to neutral .. it's Borneo Highland Resort
Separuh badan saya di Malaysia, separuh lagi di Indonesia ..
Melihat langit .. ketenangan yang sukar di ganti
it's Port Dickson .. finally i was here!
Melaka from Taming Sari Tower
Melaka from our room_Equatorial Hotel
Melaka 2.0
Setiap gambar ada cerita dan kenangan di sebaliknya; dan memori itu akan menjadi suatu ingatan yang kekal selamanya...

Big Family Big Gawai 2012



[Adik Spiderman]
[Anak2 kecil semasa sukaneka Gawai]
[Bala ipar bala petunggal]
[Abu, Nelly & Jeff]
[Pemenang Acara Tarik Tali]
[Me..Nelly and lupa nama hahahaha]
[Nelly show-off his tattoo]
[Adik and Kakak]
[Mandi manda di Tasik Permai]
[My mom punya garden]
[Taken by Adik, Kakak punya teddy]
[My mom punya garden lagi]
[Happy Birthday Abu]
[I'm gonna miss this]
[Meowww]
[Gawai Festival]
[My grandma tattoo, her ex bf's name]
[My big family gathering at Bukit Aup Sibu]
[Minah rempit]
[Mat rempit]
[Grandpa punya tattoo]
[Me as a driver]
[Anak2 kecil semasa sukaneka Gawai]
[Bala ipar bala petunggal]
[Abu, Nelly & Jeff]
[Pemenang Acara Tarik Tali]
[Me..Nelly and lupa nama hahahaha]
[Nelly show-off his tattoo]
[Adik and Kakak]
[Mandi manda di Tasik Permai]
[My mom punya garden]
[Taken by Adik, Kakak punya teddy]
[Happy Birthday Abu]
[I'm gonna miss this]
[Meowww]
[Gawai Festival]
[My grandma tattoo, her ex bf's name]
[My big family gathering at Bukit Aup Sibu]
[Minah rempit]
[Mat rempit]
[Grandpa punya tattoo]
[Me as a driver]
[ADIK]


Marvellous May - LMFAO


Ohoow. Yer saya tau May dah lama berlalu, dah masuk pun bulan Julai. Sibok dengan kerja, jadi tak sempat nak update tapi apapun kehadiran May tak mungkin saya lupakan. Kehidupan saya bagi tahun 2012 bagaikan baru bermula. Apa tidaknya, start January sampai la ke April macam-macam masalah yang timbul. Hanya kesabaran yang mampu aku berikan. DONE. Masuk bulan May, segalanya bagaikan berubah, banyak perkara2 indah yang tak mungkin aku lupakan. 1May, jumpa balik dengan Aril lepas setahun terpisah kerana mengejar ilmu katanya. Macam2 hal yang kami borak bersama, happy jugak la. Tak sampai seminggu, aku berjumpa pulak dengan si dia (ehem2) lepas lebih kurang 5 tahun tak pernah bersua, *kita berkenalan hanya dalam laman Myspace* hari itu adalah hari yang terindah, tak tau nak ucap apa lagi. Saya kenal dia sebelum dia keluar TV lagi, sentiasa sokong dia dari belakang, akhirnya berjumpa juga. Lain lagi, aku dapat kontrak buat editing dengan RTM sempena Hari Gawai Dayak. Buat research, script dan editing. Aku teruja sangat, setelah lama tak bermain visual akhirnya aku dapat juga melepas gian mencurahkan idea dan kreativiti. Kerja aku okay, banyak pengalaman yang aku dapat, walaupun kadang-kadang stress melayan vendor lain namun aku berjaya atasinya berkat kesabaran. Yeaa..Gawai dah dekat (masa tu), time to balek kampung, jumpa family, best giler dapat bertemu sahabat handai serta kasen masen aku. Dah besar panjang semuanya, sebab lama diaorang tak balek kampung jadi masing-masing kekok. Hahahhaha.. Bermula sejak May, hidup aku yang sepi dan sunyi kini mula bertukar jadi happy kembali! SYUKUR! Apa LMFAO? May for Love, Money, Friend and FAmily and Obsession!
(masa ni tunggu Baby balik jumpa client dia)

[ Happy Birthday 21 + 7 ]


Firstly, i want to thanks everyone for wishing me a great happy birthday via Fb, Hp etc. So, on 24/04 me, Lan, Zai, Kanda and Abang Man pergi celebrate my birthday countdown dekat Escobar DC. What a great nite, karox sampai pingsan. Thanks Abang Man for the cake. Nice!
The next day on 25/04 aku ngan Lan (my housemate) pergi jalan2 tengok wayang, cita "Battleship" ummm..boringgg.LOL. on 26/04 pula kita berdua keluar lepak2 malam tu, nasib ada Lan temankan, sebab member2 lain semua dok bz bagai. Kitaorang makan kat Secret Recipe. best giler, ada cake surprise plak! Thanks Lan.
On 27/4 lepak dengan Daniel. Dia belanja makan kat Sugar Bun Restoren. Makan ayam. Hehehe.. Thanks Bro! 28/4, TGIWA Thanks God It's Weekend Again! U know la kalau sudah weekend. Its Party Yo! What a great club, great people, great nite. I've lost control myself. Thankfully i have my friend to take care of me.
[ada gaya superstar tak]
[Amilee, Attymichie and me Aeppy]
Anyway, thanks for birthday present from my BFA (Best Friend Always. Saya sayang kamu)
[from Xamany Raffie]
[from Atty and Eddy]
[from Amilee]
[from BFA]

Subscribe to:
Posts (Atom)