2011 Review - Perfect Year

Tinggal beberapa hari lagi maka berakhirlah tahun 2011. pejam celik pejam celik sekejap rasanya waktu pantas berlalu. bermula di awal tahun semua orang memasang cita-cita. nak jadi itu nak jadi ini nak buat itu nak buat ini. aku? macam biasalah ada juga impian. nak beli kereta, akhirnya dapat. nak beli DSLR pun dapat. nak bawa family datang Kuching jalan2 pun akhirnya dapat. walaupun sekejap tapi itu cukup bermakna bagi aku. so boleh katakan tahun 2011 perfect bagi aku. semua yang aku inginkan menjadi kenyataan dan lebih dari tu, banyak lagi yang berlaku diluar jangkaan aku. memang sangat2 happy. syukurlah kerana diberi kesempatan menikmati kebahagiaan duniawi.

Dalam menempuh hari2 yang terindah kadang2 kita manusia biasa tidak terlepas dari dugaan, cubaan dan akhirnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. memang aku silap kerana mudah memberi hati dan kasih kepada yang tidak seharusnya. akhirnya bila cinta dan persahabatan menjadi taruhan, semuanya pasti menjadi sangat sukar. apatah lagi bila erti pengorbanan itu hanya sia-sia. aku akhirnya mengalah biarpun terpaksa berdepan dengan kata nista sebagai perampas hak orang lain, kejam dan tidak perikemanusiaan. bagi yang memahami kisah sebenarnya pasti mengetahui kebenaran. tapi aku tiada ruang untuk bersuara. di mata mereka akulah watak antoganis nya. tak apalah. aku redha.

Lupakan kisah duka, meh aku ceritakan banyak lagi kisah menarik sepanjang 2011 ni. bagi aku perayaan sepanjang tahun ini adalah terbaik yang pernah aku rasakan. Gawai di kampung. memang terbagus dan paling meriah. bersama teman, saudara dan keluarga. sampai aku lupa segala tekanan di kota. wah bahasa jiwa bangsa sangat. Raya plak memang meriah tahap gaban. aku dengan housemate memang beraya sakan. bersama meraikan iftar dan kemudiannya Aidilfitri disambut dengan menziarahi rumah kenalan. Krismas pula aku raikan bersama cousin. dimulakan dengan Christmas Eve dan Missa di pagi Krismas. Malamnya pula family aku datang ke Kuching. lengkaplah segala yang aku impikan. semoga kegembiraan ini terus berkekalan hingga ke tahun yang mendatang.

Tahun 2011 banyak benda yang aku pelajari dalam meningkatkan kemahiran dalam kerjaya. walaupun kadang2 aku akui tekanan memang terasa namun semuanya aku jadikan pengalaman dalam mematangkan diri. di waktu yang terluang aku banyak menghabiskan masa mencari ilmu baru dalam bidang yang berbeza. aku raih peluang yang ada biarpun terpaksa membahagikan masa yang pasti memerlukan sedikit pengorbanan. namun apa yang lebih penting segala susah payah aku membuahkan hasil yang berbaloi. hilang segala penat lelah bila hasil kerja kita diberi perhatian. bagi aku tahun 2011 memang tahun rezeki dan selagi termampu aku akan mengejar setiap peluang untuk memajukan diri.

Kisah cinta menjadi agenda utama tahun 2011. aku akui aku pernah mencintai dan pernah dicintai tapi akhirnya aku yang menderita sengsara. aku dibuang begitu sahaja. cinta yang aku berikan. kasih yang aku curahkan. akhirnya aku terperangkap sendiri. memang menyakitkan. tapi Tuhan itu Maha Adil. aku ditemukan dengan insan yang tahu menghargai aku, menerima aku seadanya. syukur sangat2 kerana aku kini telah dimiliki si dia yang nyata menyintai aku sepenuh hati dan apa yang aku harapkan cinta ini akan berkekalan hingga akhinya.

Oklah. apa yang aku harapkan semoga tahun 2012 memberikan sinar baru kepada aku, kawan2 serta keluarga yang tercinta. eh apa azam korang? aku? tengoklah macam mana. selain nak menambahkan "empayar bisnes" semoga tahun depan hidup makin sukses. kesihatan makin unggul dan kebahagiaan disamping orang2 yang aku sayangi. Selamat tahun baru!

MALACCA - Historical City

Travell lagi. kali ni pergi ke Kuala Lumpur. bandaraya yang menjadi kemegahan rakyat Malaysia. lama tak shopping. aku kalau g KL memang nak borong semua. heaven giler. tapi kalau perabih duit rasanya memang tak berbaloi gak. so plan nak g Melaka. bandaraya bersejarah. di sinilah bermulanya Wilayah Kesultanan Melayu Mlaka. di sini jugalah sejarah yang banyak mendewasakan kita. so nak kongsi sikit gambar-gambar kat Melaka from my friend and me's point of view.

[my favvy picture, amik masa kat satu lubang kecil kat satu kubu kat sana]

[berlatar belakang patung penduduk zaman dahulu ketika urusan sistem barter]

[ni pulak kat Muzium Kapal]

[bersama Abang Tuah]

[berhadapan dengan Fort A Famosa, dulu masa study tengok dalam buku teks, sekarang dah berdiri depan kubu]

[salah satu meriam kat area kubu, posing merata yer]

[sedang asyik jalan2 terjumpalah puan puan dari Singapore ni, join la posing sekali]

[meriam lagi]

[memang ramai sangat pelancong kat Melaka]

[memang cool]

[salah satu Tokong yang cantik kat sini]

[beca, salah satu pengangkutan zaman dahulu yang masih dipraktikkan di sini]

[salah satu restaurant yang sempat dilawati..memang sedap makan kat sini]

[selamat tinggal Melaka, sampai kita berjumpa lagi]

Sweet November - most memorable memory

HELLO .. tengah layan lagu The Book Of Morris Johnson by Zee Avi. Jatuh cinta buat pertama kali dengar lagu ni. Sesuai untuk jiwa yang selamba, cool, happy go lucky and easy-going.

Lama tak update blog, maybe sibuk dengan kerjaya kot. yerla usia muda ni kena la kumpul duit banyak2 semampu yang boleh. bukan jer sibuk dengan keja tapi banyak agenda penting yang kena buat. mula-mula masuk 01.11.2011 memang takut sangat sebab banyak perkara yang aku pertaruhkan dan totally aku sangat2 fobia kalau semua yang aku rancang tak jadi kenyataan.

Sekarang dah 01.12.2011, maksudnya November dah berlalu pergi. apa yang aku rasa? November inilah yang terbaik yang pernah aku alami sepanjang 27 tahun hidup. memang kenangan yang paling sukar dilupakan. bak kata Justin Bieber *wakil org puteh* the most memorable memory. kenapa aku sangat2 happy? sebenarnya takda lain yang aku harapkan selain memiliki keluarga yang menyayangi aku dan sahabat yang menemani aku. aku benar2 berharap ada yang menyintai aku seadanya. lebih drpd itu, si dia yang menyintai aku lebih dari yang aku ketahui. menyintai aku seadanya dan lebih drpd aku menyintai diri sendiri. Thanks!

Short Trip to SIBU - City Of Swan

Memang lama dah plan nak balik Sibu my second home, tapi banyak kerja jadi terpaksalah ditangguh sampai la last week 23.09.11 aku balik juga ke Sibu. Mula2 plan nak drive ikut jalan darat, itupun kalau dapat co-driver, tapi semua member pun bz jadi terpaksala balik sorang2 by river. Express. Hummm. But it's ok. I kinda like it. Amazing journeys gonna be.

[kena beli tiket dulu. tingkat atas rm45, tingkat bwh rm45 .. apa beza?]

[permandangan sangat hebat .. melihat luasnya lautan]




[sepanjang perjalanan .. terdapat banyak kapal-kapal perindustrian]


[kawasan pembalakan juga banyak terdapat di sepanjang Sungai Rejang]



[akhirnya dah sampai]

[my lovely cousin]


[my lovely anak buah .. Ara & Anding with my mom .. having ABC]


[beer time with my 'abang ipar']


[last nite at Sibu, attend my boss birthday dinner]

[bye SIBU .. i will be BACK]

[Healthy is Wealthy]

Inilah aktiviti masa lapangku. Menyihatkan badan dengan mengunjungi gym. Bukanlah impian untuk memiliki susuk tubuh yang tegap dan mantap semata-mata tetapi mengekalkan kesihatan dan kecerdasan. Menghabiskan masa terluang dalam gym pasti nantinya sedikit menghilangkan stress hidup, minda kian bersemangat dan selalu berfikiran yang positif. Jadi ayuh kawan-kawan, kesihatan itu adalah kekayaan! Jom bersukan!





Fobia Kenangan Silam

Kata orang, hidup takkan tenteram bila dibayangi dengan cerita kenangan silam, kisah lama yang sering menjelma dan pengalaman lalu yang kadang kala menghantui jiwa. sesiapa pun pasti ada kenangan silam samada baik atau buruk. gembira atau suka mahupun sedih dan membuat kita derita sengsara, hanya kerana sebuah cinta. meskipun cerita itu telah berlaku begitu lama namun kesannya cukup mendalam dan membuatkan kita fobia. malah yang lebih memedihkan bilamana turut memberi effect dengan kehidupan kita pada masa kini.

Bagi yang putus kasih pada masa lalu, pastinya membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup. tetapi sejauh manakah kita mampu meneka siapakah yang terbaik buat kita. mungkin dulu pasangan kita tak setia dan bila kita bertemu dengan orang baru pasti ada terselit naluri ketidakpercayaan kepada pasangan baru. ini semua disebabkan oleh fobia kenangan silam. jangan begitu, kadang kala kita harus redha dengan permainan duniawi. memberi dan menerima, memaaf dan melupa adalah antara kunci dalam kebahagiaan. berilah penuh kesetiaan kepada pasangan dan menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. itupun jika ia adalah suatu kesalahan yang boleh dimaafkan. terpulanglah kepada anda.

Apa yang penting anda happy dan puas hati dengan apa yang anda lakukan. jangan sampai menyiksa hati sendiri bila memikirkan kisah kenangan silam yang pernah ada. lupakan dan binalah hidup baru. ini adalah kerana hidup yang indah adalah hidup yang tahu mengenal cinta, menghargai dan memiliki cinta.

[ Diary AidilFitri ]

I'm not Muslim. but Raya is one of my can't-wait festival. visit my frens house, eat, drink and laughing. it's so nice gathering. for me, Raya this year is the best. meet new friends. from virtual to real friend. and the most important, can wear baju melayu till the Syawal ends. ^_^ i love the culture but i'm still Iban inside my mine. and here i share with u guys my collections of baju raya.

[raya day 1]

[raya day 2]

[raya day 3]

[raya day 4]

[raya day 5]

[and to all my friends, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. See ya at 2012]

[ Iftar Ramadhan at Kuching Sarawak ]

Salam Ramadhan. Tak lama lagi menjelmanya Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam. Seperti tahun yang sudah2 aku turut terasa kehangatan bulan kemuliaan bagi kaum muslimin dan muslimat ini. Ramadhan tak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke Bazaar. Pelbagai kuih muih dan lauk pauk dijual nyata menarik minat sesiapa sahaja. Kalau malas bersesak di bazaar elok makan di rumah saja, lagi selamat dan jimat. Aku dengan housemate seperti biasa sibuk pula menyediakan juadah berbuka puasa walaupun aku berpuasa semadi-nadai saja. haha!

[ ni dia sosej goreng ala sutun ]

[ sayur kegemaran sejak azali lagi ]

[ aku memang suka kuih berasaskan nasi spt lemang, pulut sambal dan tapai madu ]

[ tak dilupa juga buah kurma dan popia ]

[ makanan feveret orang Sarawak .. mee kolok goreng ]

[ hari2 makan ayam .. muka pun dah macam ayam der ]

[ Sekali sekala teringin juga beriftar di luar, lokasi kali ini Coffee O Corner ]

[ inilah dia lokasinya di kawasan Satok ]

[ menghadap makanan .. belum cukup waktu so kena la tunggu ]


[ pelbagai makanan dan pencuci mulut disediakan di sini ]


[ tak lupa juga rokok sebagai penghidup nyawa .. eak? ]

[ memang ramai sangat pengunjung yang datang .. cukup meriah ]

[ Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 ]